Orang tua selalu cakap ‘baby hisap ibu jari kaki tanda dia nak adik lagi’. Dengar je ayat macam ni mula la mama risau. Bukan apa baby kecil lagi tak kan la nak bagi adik dah kat dia. Sekurang-kurangnya biarlah besar dulu baru fikir kan semula.
Ok berdasarkan perkongsian Idati Malek, sebenarnya tindakan bayi menghisap ibu jari kakinya bukan nak adik tapi sebagai rangsangan otak untuk berkembang.
Now let me tell you guys a story. Ada seorang perempuan, aku namakan Puan N. Pregnant 5 bulan. Bila scan 5D, nampak baby dia tengah hisap jari kaki.
Jadi doktor cakap apa tau? ‘dia nak adik lagi lah tu….’ Tak tak. doktor tak cakap macam tu. mau kena lempang.hahaha.
Ads
Actually the fact is : baby adalah reflexologist pertama di dunia. Ha, tukang urut la senang katanya.
Ads
Nak tahu kenapa?
Sebenarnya, setiap kali baby menghisap ibu jari kakinya, baby sebenarnya sedang merangsang otaknya untuk berkembang. Setiap bahagian tapak kaki kita ada bahagian yang berfungsi terhadap organ tertentu. Jom kita tengok bahagian tapak kaki baby ni yg aku attach ni.
Sekiranya baby nak tumbuh gigi pulak, cuba tengok bahagian mana yang sering menjadi perhatian baby.
Ya, baby akan menarik-narik bahagian belakang telinga yang tidak gatal kerana di belakang cuping telinga mempunyai dental reflexes.
Subhanalllah. Hebat sungguh ciptaan Allah kan? Sebab itu kita perlu belajar sedikit sebanyak tentang urutan baby. Selain dapat memanjakan dan menenangkan baby, urutan juga dapat merangsang otak dan emosi mereka.
“Alah, bayi baru lahir bukan tahu apa nanti dia akan berkembang sendiri”
Tahukah mak ayah yang sebenarnya kita dah boleh merangsang perkembangan bayi sejak dari lepas lahir lagi.
Tujuan merangsang perkembangan bayi bukan untuk jadikan bayi kita lebih genius dari bayi orang lain tapi untuk memastikan perkembangannya normal.
👶CARA RANGSANG PERKEMBANGAN BAYI 0-3 BULAN👶
Sepanjang pengalaman menjadi terapis, jangan terkejut kalau saya kata yang 70% mak ayah yang mempunyai anak kelewatan perkembangan tak tahu akan fakta ini dan terasa sayang sangat masa genting anak membesar sudah berlalu.
Walaupun bayi selepas lahir memang hanya terbaring, nampak macam tak faham apa-apa tetapi sangat rugi kalau mak ayah tak manfaatkan waktu ini untuk merangsang perkembangannya seawal mungkin.
NAK RANGSANG APA??
Jawapan saya, semua komponen perkembangan. 😍
Mak ayah perlu ingat yang 100% perkembangan otak anak bawah 2 tahun bergantung kepada rangsangan deria. Perkembangan deria inilah yang akan mempengaruhi perkembangan skil anak di masa akan datang. Sewaktu ini anak tak pandai cari, semuanya bergantung kepada persekitaran dan rangsangan dari mak ayah sahaja.
– Memandang dan bercakap dengan jarak 8-10 inci kerana penglihatan bayi masih kabur-kabur lagi.
– Pemilihan mainan dengan warna dan corak yang kontra. Kontra yang kuat seperti merah, hitam dan putih.
– Tarik perhatian bayi dengan menggerakkan mainan dari kanan ke kiri, atas ke bawah dan sebaliknya secara perlahan-lahan.
– Kerapkan senyum dan buat ekspresi muka semasa bercakap ataupun berinteraksi bersama bayi. Lagi “over” lagi bagus. 😂
⚠️ PENTING UNTUK:
Skil pertuturan,
Skil Fokus,
Persepsi Visual,
Koordinasi Mata dan Tangan
2. DERIA AUDITORI 👂
– Bercakap dengan bayi menggunakan intonasi dan nada yang menarik serta berbeza-beza.
– Respon seperti berbual apabila bayi mula keluarkan bunyi selain menangis.
– Pemilihan mainan yang berbunyi seperti “rattles” dan mainan yang ada muzik.
– Goncang mainan yang berbunyi untuk tarik perhatian bayi dan gerakkan ke kanan dan kiri, atas dan bawah.
– Menyanyi atau berselawat bersama bayi.
– Dapatkan pemeriksaan pendengaran jika mak ayah dapati bayi tak respon terhadap suara mak ayah atau bunyi yang kuat. Lagi cepat lagi bagus. ✅
⚠️ PENTING UNTUK:
Skil Bahasa dan Pertuturan
3. DERIA SENTUHAN ✋
– Tak perlu pakai sarung tangan dan kaki sekiranya persekitaran tak sejuk serta mak ayah bersama bayi jika risau bayi tercakar muka.
– Urut bayi sejak hari pertama kelahiran.
– Pemilihan mainan yang pelbagai tekstur.
– Kerapkan kontak kulit ke kulit.
⚠️ PENTING UNTUK:
Perkembangan Fizikal,
Skil Motor Halus,
Skil Motor Kasar, Kognitif,
“Special Bonding’ Mak Ayah dan Anak,
Skil Sosial dan Perkembangan Emosi
4. DERIA SENDI 🏃♂️
– Lakukan “Tummy Time” seawal baru lepas lahir. (Saranan saya selepas tali pusat bayi dah tercabut). Lakukan sekejap sahaja tetapi kerap. *Akan kongsikan di masa akan datang
– Urutan gusi.
– Kerap memeluk bayi.
– Membedung bayi melalui teknik yang betul.
⚠️ PENTING UNTUK:
Skil Motor Halus,
Skil Motor Kasar,
Skil Menulis,
Skil Pertuturan
5. DERIA RASA 👅
– Urutan gusi.
– Jangan terlampau halang bayi belajar menghisap tangan, jari atau mainan! Ia adalah normal semasa meniti perkembangan bayi.
– Mohon jangan beri bayi “rasa-rasa” makanan orang dewasa, boleh merosakkan perkembangan deria rasa anak.
⚠️ PENTING UNTUK:
Skil Urus Diri (Makan),
Skil Pertuturan
6. DERIA BAU 👃
– Kerap memeluk bayi untuk beri bayi bau unik mak ayah.
– Beri masa untuk bayi mencari puting sekiranya menyusu badan.
– Tinggalkan baju yang telah dipakai berdekatan bayi semasa kali pertama tinggalkan bayi bersama orang lain.
⚠️ PENTING UNTUK:
Skil Urus Diri (Makan),
“Special Bonding” Mak Ayah dan Anak
7. DERIA VESTIBULAR 🧠
– Menggunakan buaian dengan cara yang betul.
– Mendukung bayi dengan pelbagai posisi.
– Meniarapkan bayi di atas “gymball”.
⚠️ PENTING UNTUK:
Skil Motor Kasar,
Koordinasi badan,
Kesedaran Ruang,
Posisi Tubuh
Sudah terlampau banyak kes yang saya jumpa dimana mak ayah menyesal tak bantu perkembangan anak sejak lahir dan baru sedar bila anak dah pun terlewat perkembangan.
Saya harap dengan perkongsian ini dapat memberi idea pada mak ayah cara merangsang perkembangan bayi seawal sejak lahir. 😉
Kenapa kena rangsang?
1. Usaha.
Kita usaha dahulu, jika memang ditakdirkan bayi kita mempunyai masalah perkembangan ataupun sindrom/disorder di masa akan datang sekurang-kurangnya kita tahu yang kita sudah buat yang terbaik untuk rangsang anak sejak lahir.
2. Intervensi awal.
Rangsangan ini juga penting untuk memastikan tahap perkembangan bayi dan keperluan intervensi awal sekiranya memerlukan. Lagi awal bayi dapatkan bantuan terapi, lagi cepat “progress” perkembangan bayi.
Tips ini juga boleh digunakan untuk bayi pra-matang dan bayi yang ada masalah kesihatan sejak lahir (perlu tanya pendapat doktor/terapis yang mengendalikan kes anak).
Sekian, semoga bermanfaat untuk mak ayah yang baru sahaja mendapat anak, ibu mengandung atau mak ayah yang merancang mendapatkan anak. Boleh simpan siap-siap tips ini. 😘
Selamat merangsang perkembangan anak!
Terima kasih, silakan SHARE.
Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak iaitu tonsil dan farinks dan menghasilkan toksin yang boleh menyebabkan keradangan disekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit mengalami kesukaran bernafas.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan satu kes kematian yang disyaki akibat jangkitan difteria di daerah Johor Bahru pada 15 Oktober baru-baru ini.
Menurut kenyataan itu, kes berkenaan membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 14 bulan. Pesakit berkenaan tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria akibat keengganan keluarga. Kanak-kanak berkenaan meninggal dunia akibat Severe Diphtheria with multiorgan failure.
Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak pesakit menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphteriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan ujian pengesahan makmal.
Selain itu, KKM juga menasihati orang awam agar sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, measles, mumps dan lain-lain.
Perkhidmatan imunisasi ini boleh diperolehi daripada klinik kesihatan kerajaan dan swasta. Kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada jangkitan kuman malahan boleh membahayakan komuniti.
Berdasarkan kertas kerja WHO mengenai vaksin difteria yang melibatkan maklumat dan jadual yang disyorkan, cadangan semasa WHO yang bermula dari tahun 2006 menyatakan bahawa siri pertama vaksin yang mengandungi DTwP- atau DTaP- perlu diberikan dalam 3 dos bermula seawal umur 6 minggu, dan diberikan dengan selang masa minumum 4 minggu.
Sebelum bayi keluar gigi pertama, sebaiknya ibu bapa dah mula membersihkan gusi mereka dengan kain lembut yang dibasahkan atau berus gigi jari khas untuk bayi, selepas menyusu dan sebelum masa tidur.
Ibu bapa perlu mula memberus gigi anak sebanyak dua kali sehari. Sekali pada waktu pagi (selepas sarapan) dan sekali lagi selepas makan malam sebelum tidur. Ini untuk membiasakan anak supaya mudah menggosok gigi bila dah besar dan elakkan gigi cepat rosak.
Malah ada yang masih ragu-ragu adakah berus gigi jari sesuai untuk bayi?
Menurut Dr Iqbal Rosali berus gigi jari khas ini sebenarnya boleh membantu ibu bapa membersihkan gigi anak kecil lagi-lagi yang baru tumbuh gigi dan rasa tak selesa.
Finger toothbrush. Boleh ke? Betul ke? Bagus ke?
Finger toothbrush banyak di jual. Di pasaraya, kedai bayi, online pun ada.
Berus gigi jenis ini diperbuat daripada silikon. Berusnya tak sama dengan berus gigi biasa.
Finger toothbrush boleh membantu ibu bapa untuk bersihkan gigi anak kecil. Boleh juga guna untuk urut gusi anak kalau tak selesa gigi baru nak tumbuh.
Berus gigi jenis ini dimasukkan pada jari. Jadi pastikan jari ibu bapa muat-muat dalam sarungnya.
Finger toothbrush bukan alat mainan. Hanya digunakan oleh ibu bapa.
Sebelum guna basuh atau rendam dalam air panas untuk membersihkannya. Macam anda bersihkan botol susu.
Periksa dulu finger toothbrush sebelum guna. Pastikan tak ada koyak. Berus gigi cukup bilangan. Periksa juga yang sama selepas guna dan semasa membasuh
Bersihkan gigi anak dalam bentuk bulatan. Jangan digosok melintang atau ke kiri ke kanan.
Gosok ke semua gigi dan permukaan gigi. Termasuk gigi belakang juga.
Gosok dengan lembut pada gusi juga. Di situlah tempatnya berkumpul plak dan sisa makanan.
Semakin anak besar, biasakan dengan berus gigi kanak-kanak. Minta anak pula berus gigi sendiri. Untuk latih dia punya pergerakan motor.