Sebagai ibu bapa, terkadang kita selalu menyangka anak kita akan sentiasa mendengar kata dan mudah untuk dikawal. Tahukah anda bahawa anak-anak juga mempunyai fasa-fasanya yang tertentu dan mereka dalam proses untuk membentuk diri mereka sendiri.
Menurut perkongsian Faizatul Iman, dia berkongsi tentang “Fasa Individuating Anak Umur 2 Tahun” yang di pelajari oleh Ibu Rose (Penulis keibubapaan).
Fasa Individuating Anak Umur 2 Tahun
Apa yang perlu kita expect.
✅ Anak-anak berusia 2 tahun memang akan tidak mendengar cakap.
✅ Sering mengatakan NO, atau yang sewaktu dengannya.
✅ Ibu bapa akan menyangkakan anaknya yang dulu baik dan mendengar kata, sudah mula degil
Apa itu fasa individuating?
Ads
Ia adalah fasa yang menegapkan kewujudannya. Fasa dimana dia mahu menyatakan dia juga punyai hak memilih. Fasa ini perlu dikendalikan dengan baik, jika tidak ianya akan memberi kesan buruk bila anak itu besar nanti
Sampai bila fasa individuating ni?
🙋🏻♀️ Ibu menerangkan bahawa fasa ini boleh jadi sekejap sahaja iaitu hingga anak 3 tahun jika ibu bapa dan orang yang mendidiknya bijak mengendalikan fasa ini dengan baik.
Ads
Apa yang kita perlu lakukan?
1️⃣ Jangan cepat melebel anak dengan lebel yang tidak elok sebab itu akan membawa kepada identiti diri anak itu dan pada usia 3 tahun, anak itu akan mengambil identiti yang sering diulang terhadap dirinya.
2️⃣ Marah berpatutanlah jika perlu sangat. Tapi perlu faham anak pada usia ini belum faham pun jika kita marah.
3️⃣ Jika ada benda bahaya ambil sahaja dia dari situ dan tunjukkan benda yang selamat.
Ads
4️⃣ Jika dia meronta, pegang dan tenangkan anak. Kita perlu tarik nafas dan tenang. Jangan terikut sekali untuk mengamuk. Memang anak pada usia akan menangis bila disekat anginnya. Jadi, expect that without thinking anak itu degil.
Oh begitu rupanya,
Belajar tarik nafas dan tenang waktu anak meragam ye.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada apa yang membanggakan kita sebagai ibu ayah melainkan melihat pencapaian anak setiap hari. Ada sahaja yang anak-anak buat akan buat kita rasa gembira, sepanjang nak membesar banyak yang mereka belajar.
Untuk anak yang sedang bersekolah, ibu ayah pasti teruja bila lihat anak-anak semakin bijak dan memahami setiap apa yang dipelajari. Tak kisahlah sama ada anak belajar di sekolah mahupun yang diajarkan sendiri oleh ibu ayah, selagi ada perkara baru yang anak dapat ‘tangkap’, ia sememangnya pengalaman yang menyeronokkan.
Begitu juga dengan pelakon dan usahawan, Dazrin Kamarudin yang berkongsi video anaknya sedang menulis. Yang menarik perhatian bukan sahaja kebijaksanaan Dasuki mengeja tetapi juga tulisannya yang cukup teliti dan kemas.
“Ini sangat comel, Masya Allah dah tentunya saya seorang ayah yang bangga. Syukur, Alhamdulillah tak ada apa yang menggembirakan saya dari melihat perkembangan anak saya. Salam Jumaat semua..”
Di dalam video tersebut, Dasuki yang kini berusia empat tahun diminta oleh ibunya untuk menulis beberapa perkataan. Biarpun perkataan yang ringkas namun ia satu pencapaian yang sangat bagus untuk kanak-kanak sekecil Dasuki. Tambah menarik kerana si comel ini menulis tanpa ada rasa ragu-ragu.
Memang bijak betul Dasuki ni, tak lama lagi bolehlah dia menulis perkataan lain yang lebih panjang. Semoga anak lelaki kepada pasangan Dazrin dan Nur Fazulin akan membesar menjadi anak yang soleh dan membanggakan kedua orang tuanya.
Bila anak mula pandai mengeluarkan perkataan pertama, ibu ayah adalah orang yang paling teruja sekali. Jika boleh ingin dirakamkan momen tersebut untuk dijadikan kenangan paling berharga.
Perkataan pertama anak adalah penunjuk aras kemahiran bertutur si anak untuk terus berkembang. Maka penting sebenarnya untuk ibu bapa memantau perkembangan pertuturan anak mereka menjelang usia dua tahun.
Menurut Puan Maryam Jamadi, Terapis Carakerja ada lapan perkataan pertama anak yang mesti dikuasai sebagai terlebih dahulu berbanding lain-lain perkataan. Apakah ia? Jom sama-sama semak adakah anak anda sudah menguasainya atau belum.
PERKATAAN PERTAMA ANAK
Semua perkataan penting, tetapi kalau tanya saya perkataan apa yang paling penting untuk anak belajar dahulu, sudah tentu perkataan:
1. Panggilan Mak Ayah. 2. Meminta atau menyampaikan maklumat, seperti “nak” atau “tak nak” sambil menunjuk ke arah yang dikehendaki ataupun “ya”/ “tak” sambil mengangguk atau menggelengkan kepala. 3. Keperluan asasi seperti air, susu atau nasi/makan. 4. Rutin wajib harian seperti mandi, makan, tidur, main, minum susu, buang air kecil dan buang air besar. 5. Panggilan ahli keluarga. 6. Anggota badan. 7. Nama makanan dan minuman. 8. Benda sekeliling seperti cawan, pinggan, bantal, baju, seluar, berus gigi dan sebagainya.
Kalau 8 senarai di atas belum dapat dicapai, usahakan di atas ini dahulu barulah usahakan perkataan “ilmiah” yang lain seperti warna, bentuk, abc, 123, buah-buahan ataupun binatang.
Untuk anak bawah 2 tahun jangan lupa rule 7 saat setiap suku kata ya ☡ Sebenarnya kalau kita selalu cerita apa yang kita sedang lakukan, pergi ke mana, siapa itu ini, makanan apa yang anak sedang makan dan beritahu apa benda sekeliling anak, sangat mudah untuk anak belajar mengenali dan memahami arahan kita.
Apa-apa pun, mak ayah perlu letakkan niat untuk anak belajar bercakap untuk memudahkan anak menyampaikan info pada kita dan bukannya untuk berlumba serta membandingkan siapa paling cepat pandai bercakap atau belajar.
Setiap perkembangan anak adalah berbeza, di atas ini adalah daripada pengalaman sebagai ibu dan pediatric occupational therapist. Semoga bermanfaat, terima kasih.
Kes anak lambat bercakap ni sebenarnya banyak je berlaku di Malaysia. Umur 2 tahun masih belum dapat membuat ayat dan masih lagi menggunakan bahasa “Jerman”. Kadang-kadang buntu juga dimana silap hingga menyebabkan anak tergolong dalam golongan (Speech delay).
Sebenarnya, mama papa kena peka dengan perkembangan anak-anak dan wajib tahu tahap-tahap bahasa yang anak perlu kuasai mengikut umurnya biar selari dengan perkembangan mereka. Kalau mama papa nampak sesuatu yang tidak kena dengan perkembangan anak-anak, mama papa WAJIB dapatkan nasihat daripada pakar.
“Saya tak pernah ajar anak saya bunyi binatang, kalau nampak kucing cakap “kucing” bukan meow meow”
Teringat saya ada seorang ibu yang mempunyai anak lewat bercakap (speech delay) dengan bangga dan yakin kata begitu. Saya cuma mampu membebel dalam hati sahaja.
MERANGSANG PERCAKAPAN DARI SELEPAS LAHIR
Mak ayah perlu ingat, setiap skil yang dipelajari anak ada tahapnya, sama juga macam skil motor kasar mula-mula meniarap, merangkak, duduk, berdiri, selepas itu baru berjalan. Dalam skil bahasa pun sama, bukan tiba-tiba anak akan pandai cakap ‘kucing”, “mama”, atau “papa”. Jika kita terus ajar perkataan yang complex, kadang-kadang ia terlampau susah untuk anak belajar terutamanya anak yang mengalami lewat bercakap. Umpama umur 7 tahun diajar subjek darjah 6.
Untuk anak bawah setahun, saya pecahkan kepada 3 tahap umur. Pastikan anak belajar mengikut tahap,
TAHAP 1 (0 HINGGA 3 BULAN)
1. Senyum
2. Buat bunyi “aaaa”, ‘eeee”..
3. Senyap atau senyum setiap kali kita bercakap dengannya.
4. Mengenal suara orang tersayang (mak atau ayah).
5. Suara menangis yang berbeza mengikut keperluannya.
Tips:
– Banyakkan berbual dengan jarak yang dekat sebab masa ini pandangan mereka masih
lagi kabur-kabur, pandang mata.
– Belai-belai dan kerapkan mengurut bayi selepas mandi.
– Sikat dan usap rambut sambil menyusu.
– Beli mainan yang ada bunyi dan rangsang anak utk melihat ke arah bunyi.
– Untuk yang menyusu badan, biarkan 10 saat anak merengek sebelum menyusu supaya
dia tahu kepentingan komunikasi (secara menangis) untuk dapat apa yang dia nak.
– Kerap menyanyi bersama bayi, buka mulut besar-besar sambil menyanyi tak payah
sopan-sopan sangat
TAHAP 2 (3 HINGGA 6 BULAN)
1. Ketawa mengeluarkan bunyi semasa bermain.
2. Berbual dengan mak ayah menggunakan bahasa “alien”
3. Pandai menunjukkan reaksi dan suara suka atau tidak suka (menjerit).
4. Respon dan pandang ke arah bunyi.
5. Kenal mainan yang mengeluarkan bunyi.
6. Fokus terhadap bunyi muzik.
Tips:
– Kerap ketawa bersama bayi.
– Kerap berbual. Bila anak sedang bercakap bahasa “alien”, angguk mengiyakan konon-konon faham. Selepas itu cakap lagi, angguk geleng-geleng lagi. (Supaya anak belajar tunggu giliran untuk bercakap).
– Banyakkan bagi rangsangan bunyi, panggil nama anak dari arah yang berbeza.
– Tunjuk barang atau binatang sambil sebut nama (walaupun orang dulu-dulu tak bagi tunjuk-tunjuk guna jari telunjuk, buat jugak). Tunjuk guna jari penting sebab tahap ini anak belum pandai fokus lagi.
– Menyanyi sambil tepuk tangan.
TAHAP 3 (6 BULAN HINGGA 12 BULAN)
1. Cuba untuk mengikut bunyi.
2. Menyebut “bababa”, “mamamama” seperti panggilan mak ayah tetapi masih lagi belum
spesifik.
3. Memahami arahan mudah seperti “datang sini”.
4. Mengenal beberapa barang kebiasaan seperti susu.
5. Pergi ke arah bunyi.
6. Menggabungkan bunyi vokal dan konsonan (dadada, nananna, tatatata)
7. Menyebut perkataan pertama seperti “bye- bye”, “hai” atau “mama”.
Tips:
– Minta anak lihat mulut kita sambil sebut nama benda.
– Ulang-ulang dan ulang.
– Jangan cakap terlampau laju, anak tak dapat tangkap. Panjangkan setiap suku.
– Ajar anak minum air guna straw seawal umur 6 bulan (untuk oral motor).
– Ajar “flying kiss” bersama dengan gerakan mulut dan tangan.
– Kerap membersihkan dalam mulut bayi, sama ada guna kain lembab atau berus gigi bayi
yang lembut.
– Beri arahan sambil guna pergerakan badan.
– Sama-sama ikut anak bercakap seorang diri “tatatata” atau “nananana” sebagai tanda
kita berminat untuk mendengar.
– Tepuk tangan dan senyum setiap kali anak berjaya sebut.
– Ajar bunyi-bunyi binatang sambil tunjuk ke arah binatang contohnya “Ini kucing, bunyi
kucing “meoww””.
– Abaikan hp semasa anak sedang bercakap, kerapkan mendengar dan melayan.
– Banyakkan rangsangan deria rasa makanan, seeloknya buah dan sayur yang pelbagai.
– Jangan cakap pelat dengan anak
Point paling penting dalam merangsang percakapan anak adalah ELAKKAN GANGGUAN GADGET ATAU TELEVISYEN, banyakkan masa bercakap dengan anak. Ada yang mengadu dengan saya,
Client: “Anak saya speech delay, tapi saya selalu bercakap dengan dia”.
Saya: “Berapa jam buka tv dan gadget di rumah?”
Client: “Memang kerap buka, tapi anak saya tak tengok pun tv”.
Jadi mana silapnya? Ok, anak bawah umur 1 tahun akan menyerap segala bentuk rangsangan yang ada terutamanya bunyi sebab bunyi ada dimana-mana. Walaupun kita kerap bercakap dengan mereka, tapi dengan ada ‘background” tv walaupun mereka tak tengok tetap dikira gangguan. Anak jadi susah untuk fokus bunyi mana yang sepatutnya didengar dan tidak patut (auditory filtering).
Sudah ada kajian pada awal tahun ini terhadap kesan penggunaan gadget terhadap 900 bayi 6 bulan hingga 2 tahun, hasilnya memang terbukti penggunaan gadget boleh meningkatkan risiko masalah lewat bercakap. Setiap 30 minit terdedah dengan gadget meningkatkan 49% risiko lewat bercakap (expressive speech delay).
Dalam menjayakan setiap tahap ini memerlukan kerjasama semua 7 komponen sensori, kalau salah satu komponen sensori yang terlebih atau terkurang akan menyebabkan anak mengalami kecelaruan sensori. Sebab itu dalam tips di atas ada saya masukkan kerap mengurut bayi dan sebagainya
Selalunya anak yang lewat bercakap memang akan ada masalah kecelaruan sensori, jadi disarankan mak ayah untuk berjumpa occupational therapist (OT) untuk penilaian sensori supaya rawatan yang bersesuaian dapat dilakukan secepat mungkin. Saya ada menyediakan perkhidmatan OT di Selayang, sesiapa berminat boleh pm saya.
Terima kasih, semoga bermanfaat
Kredit:
Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.