Kadang-kadang orang mengandung ni mengidam macam-macam. Bukan saja makanan, ada juga yang teringin nak buat perkara pelik. Sesetengah perkara tersebut mungkin kedengaran agak sukar untuk dibuat namun selagi tak memudaratkan atau bertentangan dengan syarak, suami pasti akan cuba untuk memenuhinya.
Seorang wanita hamil berkongsi kisahnya di akaun TikTok wanyanjee yang mengidam untuk memegang seekor memerang. Kebetulan dia dan suami berjalan-jalan di zoo, pekerja di sana memberi peluang untuk dirinya memegang haiwan comel tersebut.
Demi memenuhi permintaan si isteri, suaminya meminta kebenaran dari pekerja zoo. Memahami situasi wanita hamil yang mengidam, pekerja zoo tersebut menangkap salah seekor memerang untuk diberikan kepadanya.
Hamil luar rahim sangat bahaya kerana boleh akibatkan pendarahan banyak. Turut mengingatkan untuk scan pada minggu 6-8 pastikan kedudukan kandungan.
Kehamilan luar rahim atau ectopic pregnancy adalah situasi yang banyak berlaku di awal kehamilan. Ia mungkin tidak dapat disedari oleh para ibu kerana kerap terjadi pada peringkat awal kehamilan.
Perkongsian daripada Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak ini mengenengahkan isu hamil luar rahim membincangkan lebih lanjut tentang simptom, ibu yang berisiko, diagnosis serta rawatan yang akan diberikan.
Kehamilan luar rahim adalah kehamilan yang terjadi dan membesar di luar rahim. Nisbah 1 dalam 90 kehamilan adalah kandungan luar rahim. Wanita yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim mempunyai risiko yang tinggi untuknya berulang.
Kehamilan luar rahim sangat berisiko dan berbahaya kepada wanita.
Secara normalnya, telur wanita yang telah disenyawakan akan digerakkan masuk ke dalam rahim melalui Tiub Fallopian, di dalam rahim inilah telur yang disenyawakan menempel dan berkembang menjadi janin dan seterusnya bayi. Jika keadaan ini tidak berlaku, telur yang disenyawakan ini akan menempel di luar rahim dan terjadinya kandungan luar rahim.
Kehamilan luar rahim berbahaya kerana apabila kehamilan ini berkembang dan menjadi besar, ianya boleh pecah menyebabkan kesakitan yang amat, dan pendarahan di ruang abdomen.
Kebanyakkan kehamilan luar rahim terjadi pada tiub Fallopian (Tubal Pregnancy), walaupun begitu, 3-5 % kehamilan luar rahim boleh juga berlaku di tempat lain.
Apakah maksud kehamilan yang tidak diketahui lokasinya (Pregnancy of Unknown Location)?
Bermakna seseorang wanita itu disahkan hamil, walau bagaimanapun kehamilan itu tidak kelihatan melalui pemeriksaan Ultrasound.
Boleh terjadi atas beberapa sebab :
Kehamilan masih terlalu awal, berada dalam rahim tapi terlalu kecil untuk dilihat melalui pemeriksan ultrasound
Ketidakpastian ini menyebabkan anda berasa stress, begitu juga dengan ahli keluarga anda yang lain. Ianya memerlukan sedikit masa untuk doktor membuat diagnosis yang betul sebelum doktor memberikan jenis-jenis rawatan yang ada.
Anda akan dinasihatkan untuk menjalani ujian darah untuk memeriksa paras hormon kehamilan dan rawatan susulan akan ditentukan berdasarkan keputusan darah ini, pemeriksaan ultrasound dan pemeriksaan klinikal.
Apakah simptom-simptom kehamilan luar rahim ?
Setiap wanita yang mengalami masalah ini mempunyai gejala yang berbeza-beza. Ada yang tiada langsung simptom, ada yang mempunyai beberapa simptom, malah ada yang ada pelbagai simptom.
Lazimya wanita akan mempunyai simptom pada minggu ke 6 kehamilan ( selepas 2 minggu tak datang haid ). Anda mungkin sedar atau tidak sedar anda sebenarnya mengandung lebih-lebih lagi jika haid tidak teratur atau pun kaedah perancangan keluarga anda gagal/tidak berjaya.
Simptom yang berbeza antara individu ke individu menyebabkan ianya bukan perkara yang mudah untuk membuat diagnosis kehamilan luar rahim.
Simptom-simptom yang biasa diperhatikan termasuklah :
#1: Sakit di bahagian bawah perut – Kadang-kadang sakit ini datang tanpa sebab musabab, dan datang secara tiba-tiba untuk beberapa hari, dan boleh terjadi pada sebelah bahagian sahaja.
#2: Pendarahan pada alat kelamin/vagina -tompokan darah mungkin kelihatan, ataupun anda mengalami pendarahan yang bukan seperti haid anda yang biasa.
#3: Sakit pada bahu ( shoulder tip pain ) – sakit ini disebabkan darah yang terkumpul di dalam ruang abdomen akibat kehamilan luar rahim yang telah pecah. Anda boleh mengalami sakit perut yang amat dan boleh pengsan secara tetiba, akibat kehilangan darah yang banyak. Dalam keadaan kecemasan ini, seharusnya berjumpa kakitangan kesihatan/doktor dengan segera.
Adakah saya berisiko untuk hamil luar rahim?
Semua wanita dalam umur reproduksi ( child bearing age ) boleh mengalami kehamilan luar rahim. Risiko ini meningkat sekiranya :
Bagaimana kehamilan luar rahim dikenalpasti ?
Hampir kesemua kandungan luar rahim dijangka berlaku pada tempoh kandungan 6 hingga 10 minggu. Walau bagaimanapun kehamilan luar rahim boleh dikesan cepat.
Perlu diingat, sekiranya masih berada di peringkat awal kehamilan, doktor boleh mengambil masa yang sedikit lama untuk membuat diagnosis kehamilan luar rahim.
Diagnosis dibuat berdasarkan :
Pemeriksaan doktor – doktor akan menanyakan beberapa soalan berkaitan serta sejarah perubatan kemudian melakukan pemeriksaan kepada abdomen anda. Dengan kebenaran anda, doktor akan melakukan pemeriksan vagina dengan kehadiran female chaperone – untuk menemani anda sepanjang pemeriksaan.
Ujian kehamilan – jika ujian kehamilan belum dilaksanakan, sampel kencing akan diminta untuk melakukan ujian ini. Jika keputusan nya negatif, biasanya ianya bukanlah kehamilan luar rahim.
Pemeriksaan ultrasound – alat ultrasound akan dimasukkan secara perlahan ke dalam alat kelamin/ vagina ( transvaginal scan ) kerana pemeriksaan jenis ini lebih tepat berbanding dengan scan yang dilakukan ke atas abdomen ( transabdominal scan ). Maka anda akan diberikan cadangan untuk melalui pemeriksaan transvaginal ultrasound untuk mengenalpasti lokasi sebenar kehamilan anda. Walaupun begitu, ianya bukan mudah untuk mengenalpasti kedudukan kehamilan lebih-lebih lagi pada peringkat awal kehamilan, dan anda mungkin perlu mengulang pemeriksaan ini selepas beberapa hari.
Pemeriksan darah – untuk memeriksa paras hormon kehamilan ( beta- HCG). Lazimnya, pemeriksaan darah ini akan dijalankan setiap 48 jam. Jika hormon ini meningkat sebanyak 63% setiap 48jam ( doubling time ) maka kehamilan selalunya berada di dalam rahim. Sebaliknya , jika paras hormon in rendah dan tidak meningkat seperti sepatutnya atau kekal pada nilai yang sama, berkemungkinan besar anda mengalami kandungan luar rahim.
Laparoskopi – jika keadaan masih tidak pasti dan masih tidak dapat mengenalpasti lokasi kehamilan, sejenis pembedahan akan dilakukan, anda akan diberikan bius penuh. Beberapa lubang kecil akan dilakukan pada abdomen supaya kamera dan peralatan lain boleh dimasukkan. Jika kandungan luar lahim sudah dikenalpasti, rawatan membuang tiub yang mengandungi kandungan luar rahim akan dilakukan dengan kebenaran anda, sebelum pembedahan ini dilakukan, melainkan dalam keadaan kecemasan yang boleh meragut nyawa.
Bagaimana dengan kehamilan berikutnya ?
Peluang untuk hamil seterusnya bukanlah satu masalah buat anda, walaupun anda mempunyai satu tiub Fallopian tiub sahaja.
Untuk kebanyakkan wanita, kehamilan luar rahim ini terjadi sekali sahaja. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya peluang anda mendapat sekali lagi kehamilan luar rahim meningkat 7-10% jika dibandingkan nisbah 1 dalam 90 dalam populasi amnya.
Anda seharusnya berjumpa doktor awal bila mengetahui anda sebenarnya hamil. Pemeriksan ultrasound akan dilakukan awal dalam 6 hingga 8 minggu kehamilan untuk memastikan kandungan anda kali ini berada dalam rahim.
Jika anda belum lagi bersedia untuk hamil, boleh dapatkan khidmat nasihat perancangan keluarga dari klinik perancangan keluarga ataupun doktor sendiri kerana ada jenis-jenis perancangan keluarga yang lebih sesuai selepas mengalami kehamilan luar rahim.
Kebelakangan ini memang kita sering mendengar berita gembira tentang kehamilan dan kelahiran anak-anak selebriti tanah air. Memang meriah dengan kehadiran bayi yang comel-comel. Malah wajah-wajah ibu hamil ini juga kelihatan berseri-seri.
Pelakon Eyra Hazali yang juga sedang hamil 30 minggu baru-baru ini mengemaskini status di Instagram miliknya tentang jantina bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Isteri kepada penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli mendedahkan bahawa mereka berdua bakal dikurniakan seorang bayi lelaki.
Dalam perkongsian tersebut, Eyra menyatakan rasa syukurnya dan tak sabar untuk menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Tambahnya lagi, suaminya Haziq Nadzli merupakan orang paling teruja kerana bakal dikurniakan anak lelaki. Lebih comel bila suaminya siap menempah baju khas buat anak yang bakal dilahirkan.
Walaupun begitu, Eyra dalam kapsyennya menyatakan bahawa dia tetap baby girl untuk suami tercinta.
“It’s a boy ! Alhamdulillah,Mama and Papa cant wait to meet you ! *Papa paling excited sebab ada geng sampai baju tu custom made . Im still your Baby girl okay @haziqnadzli#30weekspregnant,” tulisnya.
menjenguk ke ruangan komen, ramai rakan artis dan peminat yang menitipkan doa buat pasangan ini dan juga anak yang bakal dilahirkan.
Dalam beberapa entri lain di Instagram, Eyra turut berkongsi perkembangan dirinya yang sedang sarat hamil. Dalam satu perkongsian, dia menyatakan bahawa sudah menambah berat badan sepanjang 7 bulan hamil.
As a first time parents,of course Eyra and Haziq akan cari barang2 yang terbaik untuk baby. One of the things yang Eyra selalu buat research is carseat ! Banyak ciri2 yang kitaorang cari dalam carseat tp yang paling is keselamatan bila baby dalam carseat and Alhamdulillah Eyra jumpa Carseat Seat4Fix from @chiccomalaysia ! Car seat ni support from newborn sampai 36kg. Semua yang kitaorang cari,” tulisnya lagi.
Eyra Hazali dan suami Muhammad Haziq Nadzli melangsungkan perkahwinan pada November 2019. Pada Februari tahun ini pasangan ini berkongsi berita gembira tentang kehamilan cahaya mata sulung mereka.
Tahniah diucapkan pada pasangan ini, semoga semuanya dipermudahkan buat Eyra Hazali.
Sumber: IG Eyra Hazali
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika ada yang gemar makan beras mentah ketika mengidam, lain pula kisahnya dengan ibu hamil ini yang dikenali sebagai Ekin Norash di Tik Toknya, @ekinnnorash.
Paling gemar makan ais batu. Begitu kongsi Ekin di Tik Toknya. Malah katanya kandungan kembarnya kali ini agak pelik berbanding sebelumnya.
“Sapa mengandung ada pengalaman mengidam pelik-pelik. Kali ni mengandung Twin pelik ngidam,” tulisnya ringkas.
Dek kerana terlalu kuat keinginan untuk makan ais batu, ada waktunya dia sanggup berada di dalam kereta semata-mata untuk menyedut bau penghawa dingin.
Bukan itu sahaja, bahkan di tempat kerjanya, dia acapkali membuka peti ais untuk menikmati bau yang dikeluarkan di tempat beku.
Malah katanya lagi, jika sehari tidak dapat makan ais batu, boleh jadi serba tak kena.
“Sehari tak dapat makan ais batu, Ekin akan sedut bau aircond atau peti ais dekat tempat beku.
“Kalau tak dapat memang tak boleh nak duduk, serba tak kena,” kongsinya.
Bahkan kata Ekin lagi menerusi perkongsian video berlainan, dia juga kurang gemar megenakan make up sepanjang hamil kembar sebaliknya cukup hanya dengan lipstick supaya tidak nampak pucat ke tempat kerja.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.