Bila anak dipuji, sesekali kita tak tahu nak respon macam mana kan? Cuma lebih banyak terfikir yang pujian tu hanyalah sekadar untuk mengambil hati kita, jadi untuk membalasnya biasanya kita akan terus-terusan untuk menafikannya kan?
Bagi mendapat penjelasan lanjut, perkongsian Puan Hanis Athirah Rusli yang juga ibu kepada dua cahaya mata ini boleh dijadikan panduan. Kalau rasa serba salah nak jawab macam mana, tip ini boleh mama papa buat ye!
❌Eh mana adaaa, depan orang je anak saya duduk diam. Kalau tak buas jugak tuu. Panjat sini sana, haaaa tak berhenti.
❌ Ishhh taklah, nampak sopan sebab datang rumah orang, haa kalau dekat rumah dia lah paling banyak buat sepah, rumah kejap simpan lepas tu berselerak lagi, haa ni lah juaranya.
❌ Oh biasa-biasa je, mana ada rajin, dekat rumah saya suruh buat apa-apa malas jugak. 10 kali suruh barulah bergerak.
Betulkah tindakan kita ni? Nak mengiyakan nampak sangat berbangga, tapi takkan nak biarkan saja pujian itu tergantung sebegitu? Cuba bayangkan bila anak-anak mendengar respon kita, perasaan mereka bila kita hebahkan kelemahan mereka?
Anak pasti terkilan dan percaya apa yang didengarnya. Kita pula menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu. Sedangkan itu aib mereka. Tanggungjawab kita untuk melindungi, menasihati secara personal sehingga mereka berubah bukan berbangga dengan kelemahan mereka.
Ads
Apa yang kita cakap mungkin dapat membuatkan diri kita kelihatan rendah diri ketika dipuji, tapi lebih kepada menghiris perasaan anak-anak bila didengari. Apabila sentiasa diulang-ulang, ini menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka dan ibu langsung tak menghargai perubahan mereka.
Sebenarnya, setiap kata-kata yang yang keluar dari orang lain merupakan satu doa. Sebab itu orang tua-tua selalu pesan
“Sebut dan kata yang baik-baik supaya yang baik-baik juga yang akan datang dalam hidup kita.”
Sebaliknya, bila dipuji senyum, syukur pada Allah dan jawab
✅” Haaza min fadhli rabbi”
Ini semua dari kurniaan dan kelebihan Tuhanku.
✅”MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah”
Sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud.
✅ Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah.
Ads
Jadi, tiap kali ada yang memuji atau mengungkap kata-kata yang manis didengar, ucapkanlah ayat di atas semoga dapat akan memberi kebaikan buat diri sendiri dan yang mendoakan. Supaya kita terbit rasa syukur kepada Allah, dijauhkan rasa sombong, bongkak, bangga diri kerana semua ini berlaku dengan pertolongan dari Allah. Dalam masa sama kita juga tidak melukai hati mana-mana insan yang mendengarnya.
Setiap patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa. Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan. Carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil.
Subur-suburkanlah kebaikan itu. Tapi, jangan sampai berlebihan memuji anak, sampai anggap sesuatu kebaikan itu terjadi adalah disebabkan diri sendiri. Kita lupa sebenarnya ALLAH lah yang menjadikan perkara itu terjadi.
Sesungguhnya kita tak berdaya. Kita hanya makhluk lemah. Hakikatnya semua dari Allah.
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Kalau isteri cepat sentap bila suami cakap terkuat sikit tu bersyukur lah. Ya la, suami pun manusia biasa. Manusia biasa emosi senang-senang je nak turun naik sekelip mata. Kadang-kadang tak perasan pun volume suara tu ternaik.
Tahu-tahu dah termarah. Lelaki kan mudah marah, wanita pula mudah sentap.
Tapi anda patut bersyukur kalau dengar suami cakap kuat sikit je terus jadi sentap, terus air mata tu nak meleleh sendiri.
Padahal dalam hati dah tahu yang suami tengking tu bukan sebab marah tapi emosi dia tengah kacau, tetap juga air mata melelehkan. Rapuhnya emosi wanita.
Apapun alasannya..
Anda patut bersyukur jika mudah sentap, tu tanda sistem emosi anda belum imun lagi dengan kata-kata kasar dari suami.
Maknanya suami jarang-jarang tinggi suara dengan anda.
Bagi isteri yang dah selalu dengar suami cakap kuat, menengking, herdik dan seangkatan dengannya sudah pasti jadi imun.
Tak perlu lama, cukup je 40 kali kena tengking confirm telinga jadi imun.
Makin lama kena tengking hati isteri jadi makin keras, telinga jadi makin kebal dan akibatnya rasa benci pun makin menebal.
Masa ni dah tak ada lagi rasa sentap, rasa sedih dan rasa nak menangis sebaliknya yang ada cuma rasa menyesal dan rasa sakit hati.
Sangat penting seorang ketua keluarga untuk jaga 5 benda ni dalam rumahtangga supaya isteri tak imun dengan benda negatif seperti ini,
1 – Jaga pertuturan jangan sampai menguris hati pasangan. Lagipun setiap perkataan yang keluar dari mulut tu adalah doa. Jangan sampai mendoakan yang buruk buruk untuk keluarga sendiri pula.
2 – Jaga emosi sendiri. Kalau tengah marah jauhkan diri, bawa bertenang. Jangan jadikan masalah luar jadi pencetus pergaduhan rumahtangga pula.
3 – Jaga masa dan jangan membuang masa dengan perkara yang tak bermanfaat. Lebihkan perhatian pada isteri, jika nak keluar, keluar sama-sama isteri bukan tinggal di rumah jaga anak.
4 – Jaga nafkah zahir dan batin sebaik mungkin. Jangan culas bab nafkah walaupun sekali.
5 – Jaga solat diri sendiri, dan jaga solat isteri. Kalau dapat berjemaah lagi bagus. Solat berjemaah dapat buat suami rasa di hormati dan isteri rasa di sayangi.
Jaga je 5 benda dan kuatkan 5 benda ni sudah pasti tak akan ada lagi konflik rumah tangga yang remeh temeh.
Isteri yang menangis tu biasa tapi suami yang pandai memujuk tu yang luar biasa.
Bila anak semakin meningkat usia, dan mula petah bercakap, banyak soalan akan dipersoalkan termasuklah soal keagamaan. Tambah pula bila dalam nasihat kita sehari-hari sebut pasal Allah, syurga, neraka dan perkara ghaib yang sukar dijangkau dek pancaindera manusia.
Bila anak tanya pasal Allah, kadang peningkan nak jawab, kena bijak bagi jawaban supaya tak terpesong akidah dan tak timbul soalan lain yang lagi pelik.
Sebenarnya mudah nak mendidik anak jadi soleh dan solehah jika ibu bapa tahu panduan untuk melakukannya.Hakikatnya untuk menjadi ibu bapa cemerlang buat anak-anak, ‘keyword’ nya adalah sikap penyabar dan tahu ilmu keibubapaan dalam mendidik anak-anak.
Perkongsian Puan Hjh.Zaharah Awang mengenai petikan ceramah Ustaz Pahrol Mohd Joi boleh menjadi penanda aras untuk kita mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah.
Antara perkongsiannya:
Kalau kita berasa sukar mendidik anak bersabarlah. Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri utk istiqamah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Quran sekurang-kurangnya semuka sehari, puasa Isnin Khamis dsbnya… tambah lagilah utk mendidik orang lain…maka bersabarlah dalam mendidik. Dalam banyak keadaan matlamat kita utk anak-anak sudah benar tapi kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.
Tuntutlah ilmu berterusan walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.
Jangan label anak. Boleh kata anak malas tapi jangan label dia ‘pemalas’. Panggil nama anak dengan nama yang baik sebab itu adalah labelnya.
Letakkan misi dan visi yang jelas kpd anak. Jadi hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. Ditambah dgn acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK drp didik anak jadi CERDIK.
Anak bukan milik kita tapi amanah kpd kita. Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. Jgn bawa anak2 kpd kita, bawalah anak2 kpd Allah.
Ibu sama dgn Ramadhan sb ibu adalah madrasah anak2 dan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu ada cuaca dlm rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kpd anak drp ayah.Sb itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.
Pendidikan anak-anak bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya. Yang sudah berkahwin dan ada anak2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan…didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.
Didiklah anak dgn Al Quran. Ibnu Sina hafiz pd masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dlm kandungannya ia telah dididik oleh ibu yg hafizah.Kita bukan hafiz tp pastikanlah anak2 sekurang2nya kenal huruf Al Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.
Ibu bapa pemimpin kepada anak-anak. Pemimpin yang baik adalah yang besar pengaruhnya kepada anak. Sekarang ni anak tadika lebih percaya ustazah di sekolah dari ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan dari ibu bapanya. Akhirnya ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tapi sempadan amat besar pengaruhnya.
Tingkatkanlah pengaruh dari rasa percaya dan kepercayaan. Dlm rmhtangga, dipercayai adalah lebih utama drp dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya…
Walk the talk. Didiklah diri kita dlm usaha mendidik anak-anak kita. Bantulah anak-anak menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak-anak mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.
Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan seperti sedekah banjir dan sebagainya tawasul anak menjadi baik. Contoh: moga dengan sedekah ini, tetaplah solat anak2ku..
Sayangilah anak-anak kerana kita sayang dia bukan kerana dia sayang diri kita. Cth: kita jadikan anak-anak kuda lumba untuk kebanggaan kita. Anak dapat result yang baik terus ruar-ruarkan… anak yang tak dapat elok diamkan dan dimarah kerana memalukan kita… jangan membezakan anak-anak yang pandai dengan yang kurang pandai
Mohonlah hidayah dan agar mudah dalam mendidik anak-anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!