Setiap wanita adalah berbeza. Disebabkan itu, mereka akan mengalami proses kehamilan yang mungkin sedikit berbeza dengan wanita lain. Namun begitu, terdapat beberapa perubahan yang akan berlaku pada tubuh badan setiap wanita apabila mereka hamil.

Bila Positif Hamil? Anda Akan Kerap Kencing & Alami Kekejangan Serta Pendarahan

Berikut merupakan simptom-simptom wanita itu sedang hamil;

Sakit pada payudara

Jika payudara anda mula berasa sakit dan sensitif, ini merupakan tanda kehamilan yang paling awal. Ketika ini, bahagian sekeliling puting (areola) anda juga akan menjadi lebih besar dan gelap. Ini disebabkan oleh hormon progesterone. Selain itu, payudara anda juga akan membengkak kerana tubuh badan anda memerlukan lebih banyak air ketika hamil yang akan menyebabkan tubuh badan anda terasa kembung. Oleh itu, ketika ini anda perlu memakai baju dalam yang sesuai terutamanya ketika melakukan senaman.

Keletihan

Kandungan hormon progesterone bukan sahaja akan menyebabkan payudara menjadi sakit malahan boleh mengakibatkan keletihan ketika trimester yang pertama. Keletihan ini kebiasaannya akan berlaku satu minggu selepas wanita itu hamil. Oleh itu, anda perlu berehat dengan secukupnya. Selain itu, makan makanan yang kaya dengan protein dan zat besi untuk mengawal keletihan ini.

Sukar mengawal emosi

Ketika awal kehamilan, emosi anda mungkin sukar untuk dikawal dan anda mudah tertekan. Ini disebabkan oleh perubahan neurotransmitter yang berlaku akibat perubahan hormon dalam tubuh badan anda. Perubahan emosi ini kebiasaannya akan dialami ketika trimester pertama dan trimster terakhir ketika badan anda mula bersedia untuk proses kelahiran.

IKLAN

Pening kepala

Ketika awal kehamilan, sesetengah wanita mungkin akan mengalami pening kepala malahan ada juga yang mengakibatkan pitam. Ini disebabkan oleh perubahan hormon atau tekanan darah yang rendah. Anda perlu makan lebih banyak dan kerap dalam masa satu hari bagi membendung permasalahan ini.

Bila Positif Hamil? Anda Akan Kerap Kencing & Alami Kekejangan Serta Pendarahan

Muntah-muntah

Gejala ini boleh berlaku tanpa mengira waktu terutamanya waktu pagi. Namun begitu, ada juga wanita yang tidak akan mengalaminya. Punca sebenar ini berlaku masih tidak dapat dipastikan namun disyaki berkait rapat dengan perubahan hormon kehamilan. Kebiasaannya gejala ini akan hilang dengan sendirinya ketika kehamilan mula mencecah sekitar 12 hingga 16 minggu. Bagi mengurangkan gejala ini berlaku, anda perlu makan makanan kaya protein dengan lebih banyak dan kerap selain banyakkan minum air.

IKLAN

Perubahan selera makan

Kebanyakan wanita akan mengalami perubahan pada deria baunya. Ketika trimester pertama, ada wanita yang mula mengidam sesuatu yang pelik seperti sesuatu yang mempunyai rasa besi atau tembaga. Bagi memastikan kandungan anda sihat dan tidak mengalami sebarang kecacatan, anda perlu mengambil vitamin pranatal dalam usaha mendapatkan nutrien yang secukupnya.

Kerap buang air kecil

Ini kebiasaannya akan berlaku sekitar 6 atau 8 minggu selepas hamil. Buah pinggang anda mula memproses urin dengan lebih aktif semasa kehamilan. Rahim anda pula akan memberi lebih tekanan kepada pundi kencing anda yang akan menyebabkan anda lebih kerap terasa ingin membuang air kecil.

Kekejangan dan pendarahan

IKLAN

Kekejangan dan pendarahan mungkin akan berlaku sebelum waktu anda datang bulan. Ini merupakan petanda persenyawaan telur anda dengan sperma telah berlaku dan mula melekat pada dinding rahim,

Selain daripada pendarahan, lelehan berwarna putih juga mungkin akan keluar daripada vagina anda. Lelehan yang tidak berbahaya ini akan terus keluar ketika kehamilan dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Namun jika lelehan tersebut berbau busuk dan menyebabkan rasa sakitdan gatal, segera berhubung dengan doktor untuk memeriksa sama ada anda terinfeksi yis atau bakteria.

Tidak datang haid

Ini merupakan petanda paling jelas yang menunjukkan kehamilan. Namun begitu, tidak semua kes tidak datang atau lambat datang haid disebabkan oleh kehamilan. Ini mungkin juga disebabkan oleh perubahan hormon, perubahan berat badan, keletihan atau tekanan.

Wanita hamil mungkin akan mengalami kesemua simptom-simptom ini atau mungkin hanya mengalami beberapa simptom sahaja. Jika simptom-simptom ini menjadi satu kebimbangan kepada anda, bebincanglah dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat atau rawatan. Simptom-simpton ini juga hanyalah sekadar panduan semata. Bagi mendapatkan kepastian, lakukan ujian kehamilan atau ultrasound.

Sumber: Hello Doktor

Bila Positif Hamil? Anda Akan Kerap Kencing & Alami Kekejangan Serta Pendarahan

Saksikan rancangan TV Pa&Ma Musim ke-4 Selasa ini, 19 Mac 2019 pada pukul 12 tengah hari dan ulanganya 9 malam di Astro Prima & Prima HD dengan topik “Bila Positif Mengandung”

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI