Berkhatan adalah kemestian yang perlu dilaksanakan kepada anak-anak. Tapi benarkah berkhatan awal boleh menyebabkan anak cepat baligh? Adakah khatan boleh dilakukan selepas kelahiran? Ini pandangan Imam Muda Jabbar
Bagi anak perempuan, khatan sinonim dilakukan dalam tempoh berpantang. Soalnya kini, bagaimana dengan anak lelaki. Hal ini kerana ramai yang keliru masa yang sepatutnya dan tepat untuk mengkhatankan anak lelaki.
Menurut Ustaz Abdul Jabbar Mohammed Kahar, pendakwah dan Pengarah Urusan AJAQ Consultancy & Management, berkhatan adalah sunah Rasulullah. Seperti mana sabda baginda yang bermaksud;
“Lima perkara fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur) dan memendekkan misai”. (Hadis Riwayat Muslim).
Pandangan para ulama dalam memahami hadis di atas terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita sebagai pandangan Imam Malik.
Manakala bagi mazhab Shafie, khatan diwajibkan bagi lelaki dan wanita. Bagi Mazhab Hanafi, berkhatan hukumnya adalah sunat sahaja bagi kedua-dua lelaki dan perempuan. Imam Ahmad pula berpandangan khatan hanya wajib ke atas lelaki sahaja sunat ke atas perempuan. USIA UNTUK BERKHATAN
Bagi ibu bapa, tentunya ingin mengetahui waktu yang sesuai untuk melaksanakannya. Bagi anak perempuan, khatan akan dilakukan selepas kelahiran atau dalam tempoh berpantang. Manakala bagi anak lelaki, ia perlu dilaksanakan sebelum mencapai usia baligh. Dalam masyarakat kita, waktu berkhatan tidak disyaratkan ketika kecil. Kebanyakannya berkhatan ketika dewasa antara tujuh hingga 10 tahun. Namun demikian, disunatkan para wali mengkhatankan anaknya pada hari ketujuh kelahiran.
Saidatina Aisyah menceritakan; Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husein pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)
Ads
Kebanyakan ahli ilmu berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa budak lelaki meningkat umur baligh. Malah ada yang berpendapat lebih afdal bagi pihak ibu bapa atau penjaga melaksanakan khatan ke atas anak lelaki mereka sejak mula hari kelahirannya.
Maka tidak salah untuk melakukan khatan awal bagi anak lelaki kerana ia memberikan banyak kebaikan kepada si anak. Kulitnya juga masih lembut dan ia juga memberikan banyak manfaat dari segi kebersihan jika dilakukan pada peringkat awal usia.
KHATAN AWAL CEPAT BALIGH?
Ads
Tiada fakta yang menyokong kenyataan kanak-kanak yang berkhatan awal dikatakan mengalami akil baligh. Malah orang-orang Arab mengamalkan khatan anak lelaki selepas kelahiran dan anak-anak lelaki mereka tidak mengalami akil baligh awal seperti mana didakwa. Jika benar anak-anak akan menjadi cepat matang, maka ia lebih baik kerana dengan berkhatan anak akan dapat mengawal syahwatnya, berfikir dengan waras dan ia merupakan ciri-ciri mukmin yang berjaya.
MAJLIS ATAU JAMUAN, WAJIBKAH DIADAKAN SEMASA ANAK BERKHATAN? Kanak-kanak lelaki yang telah berkhatan akan merasakan diri mereka berbeza daripada kanak-kanak kecil yang lain dan seolah-olah seperti agenda dalam kehidupan menuju ke alam dewasa. Maka tidak salah untuk mengadakan majlis untuk meraikan anak-anak dan menzahirkan rasa syukur. Seperti mana firman Allah dalam surah Dhuha ayat 11 yang bermaksud “………dan adapun dengan nikmat Tuhanmu maka sebut-sebutkanlah (sebagai tanda bersyukur).
Pun begitu, mengadakan jamuan makan apabila melaksanakan kewajipan kepada anak tidaklah wajib hukumnya. Laksanakan dahulu kewajipan berkhatan dan jangan pula kerana tiada kemampuan untuk mengadakan jamuan maka kita akan melengah-lengahkan kewajipan berkhatan kepada anak.
Ads
Hikmah berkhatan bagi kanak-kanak lelaki
Hikmah berkhatan wujud dalam dua sudut, iaitu sudut agama dan sudut kesihatan. Antaranya ialah;
Mengelakkan terbentuknya smegma iaitu kotoran berbau busuk yang menyebabkan wuduk dan solat tidak sah.
Mengelakkan jangkitan pada alat sulit seperti phomosis, paraphimosis atau
Mengelakkan jangkitan kuman pada salur kencing.
Boleh mengelakkan sisa air kencing si anak daripada bertakung pada kulit kemaluan mereka terutama sekali untuk beribadah.
Membantu mengawal dan menstabilkan nafsu syahwat.
Mengurangkan risiko kanser prostat dan kanser serviks pada wanita.
Mencegah penyebaran kuman HIV.
Keselesaan semasa berhubungan intim.
INFO KHATAN ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN
Anak lelaki
bagi anak lelaki, khatan ialah proses membuang lebihan kulit yang terdapat pada bahagian hadapan alat sulit. Proses dilakukan dengan bius untuk mengelakkan sakit.
Anak perempuan Bagi anak perempuan, ia dilakukan dengan cara memotong kulit yang berada di bahagian atas alat sulit. Bentuknya seperti butir atau balung ayam jantan dan yang wajibnya ialah memotongnya (menggoreskannya) sahaja tanpa membuang keseluruhannya.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada anak-anak yang dilahirkan memang mempunyai bakat dan kebolehan luar biasa berbanding rakan sebayanya. Bersyukur dan bertuahlah si ibu ayah. Tetapi sejauh mana kita tahu yang anak kita mungkin mempunyai kebolehan luar biasa berbanding kawan-kawannya?
Kadangkala kita tak perasan pun mengenai pencapaian dan kebolehan si anak. Pada anggapan kita ia adalah perkara biasa dan mungkin dicapai oleh semua kanak-kanak seusia mereka. Ini kerana ada ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja yang tak pernah berkesudahan.
Makanya sebagai ibu bapa, kita hendaklah lebih prihatin dan berinformatif mengenai perkembangan kanak-kanak. Jika anak kita mempunyai tanda-tanda yang dia dianugerahkan bakat dan kebolehan luar biasa maka ibu ayah sepatutnya memberikan sokongan dan perhatian supaya kebolehan mereka akan lebih berkembang dengan positif.
Perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai tanda-tanda istimewa atau kebolehan luar biasa pada seseorang kanak-kanak mungkin membantu anda mengenali potensi diri si kecil.
Tanda-tanda tersebut dimiliki oleh anak pada usia antara 2- 4 tahun ialah:
1. Mempunyai bakat tertentu, seperti kebolehan melukis atau kebolehan luar biasa dengan nombor.
2. Mencapai tahap perkembangan fizikal dan berfikir lebih awal dari rakan-rakan.
3. Mempunyai perkembangan menguasai bahasa yang lebih baik berbanding dengan rakan-rakan, seperti perbendaharaan kata yang luas atau keupayaan untuk bercakap dalam ayat yang lebih awal daripada kanak-kanak lain yang sebaya.
4. Mempunyai keinginan untuk tahu dan tidak pernah berhenti bertanya.
5. Sangat aktif (tetapi tidak hiperaktif). Walaupun kanak-kanak hiperaktif sering mempunyai tahap tumpuan (focus) yang singkat, kanak-kanak aktif dan berbakat pula boleh menumpukan perhatian kepada satu tugas yang diberikan untuk jangka masa yang lama, bersemangat untuk menghabiskan tugas itu, dan suka melakukan aktiviti yang sukar.
6. Mempunyai daya imaginasi yang jelas. Kanak-kanak berbakat boleh bercerita dan berimaginasi tentang suatu pengembaraan dengan baik.
7. Mampu menghafal fakta dengan mudah dan ingat maklumat yang sukar dipelajari dari rancangan televisyen, filem, atau buku.
Sesetengah kanak-kanak pintar cerdas menyedari bahawa mereka adalah “berbeza” dari rakan-rakan mereka. Ini boleh membuat mereka merasa terpencil dari rakan-rakan yang lain. Ini menyebabkan mereka menjadi mangsa buli.
Kenali anak kita dan berilah sokongan kepada perkembangan fizikal dan mental mereka.
Racun serangga di pasaran kebanyakannya mempunyai bahan kimia berbahaya. Jadi, ia bukan sahaja bahaya keapda kesihatan kita, malah bagi anda yang mempunyai anak yang masih kecil dan sedang merangkak. Haiwan peliharaan yang anda bela juga terdedah dengan bahaya jika anda kerap menggunakan racun serangga.
Selalunya serangga yang sering dihadapi di rumah ialah semuat. Berikut cara-cara membuat homemade racun serangga untuk semut, lipas dan segala jenis serangga. Ianya murah, jimat dan mujarab tapi tidak bahaya pada kesihatan.
Kalau kebiasaannya di luar rumah kita menggunakan semburan racun serangga. Manakala di dalam rumah pula kita boleh gunakan semburan pembasmi serangga homemade ini. Yang pasti semburan ini selamat digunakan kalau anda ada anak kecil.
Spray Serbaguna (homemade)
Bahan-bahan:
¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
Cara-cara:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*Bancuhan ini sebenarnya tidak ada sukatan yang tetap pun, tapi kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak tak berkesan dan kalau terlebih sabun, licin sangat bila sudah kering.
*Cara yang dikongsikan ini menggunakan 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.
*Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi tidak berapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.
KEGUNAAN LAIN:
1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ini bukan sahaja membunuh nyamuk, lalat dan semut tapi cuka juga boleh hilangkan bahan kimia yang dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).
2. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka dan sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecil anda tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, boleh gunakan spray ini sahaja. Memudahkan tugas.
3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak. Sudah tidak perlu lagi beli yang mahal-mahal selepas ini.
4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray dan lap sahaja (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).
5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi.
6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah lima bahagian air lagi. Boleh tambah pencuci lantai kalau mahu lebih wangi.
Sumber: Yatie Eimra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak sayangkan anak tambah lagi jika anak seorang atau tunggal. Kalau boleh segala-galanya akan diikutkan. Bukan tidak boleh manjakan anak tetapi kalau ia terlampau manja hinggakan si anak tidak kenal erti salah atau betul ia tak elok untuk perkembangannya.
Ini akan membuatkan dia seakan besar kepala dan terkadang bersikap bossy apabila bersama kawan-kawan, sepupu seusia malah dengan ibu bapa sendiri. Namun andai ini berlaku ibu bapa jangan putus asa. Masih belum terlambat untuk membantunya mengubah sikapnya itu. Berikut antara tip yang berguna untuk anda.
Adakan satu peraturan baru di mana satu keluarga perlu mengikutinya. Contoh bangun pagi harus siap sendiri tempat tidur, selepas makan bawa pinggan ke sinki dan sebagainya. Setiap orang di dalam rumah perlu di ajar berdisiplin.
Paling penting ia perlu bermula dengan ibu bapa. Contoh yang terbaik untuk anak ikuti adalah daripada ibu bapanya. Ibu bapa perlu menunjukkan perbuatan yang tidak perlu diterangkan atau memintanya mengikuti perbuatan yang ibu bapa lakukan.
Sentiasa perlu bersabar dan masa untuk membentuknya semula. Jangan terlalu memaksa hinggakan anak jadi memberontak dan seterusnya memberi kesan yang lebih buruk. Pujuk perlahan-perlahan agar dia mengikut kembali peraturan yang di tetapkan.
Lazimnya perbuatan yang spontan dan tidak dipaksa untuk dipelajari dan diikuti, maka itulah yang paling mudah dipelajari. Contohnya, apabila mama dan papa meminta tolong antara satu sama lain maka mulakanlah dengan ayat yang lembut “Papa, mama nak minta tolong sikit…” atau “Boleh tak tolong …” Sedangkan, biasanya kita akan kata “Papa ni ha bukak!” atau “ Buat tu dulu!”. Kita memberi arahan dan bukannya meminta tolong.
Sentiasa ucapkan terima kasih apabila perbuatan tolong menolong telah berlaku seperti “Terima kasih ayah”, “Terima kasih abang” atau “Terima kasih mama”. Tujuan kita berbuat demikian untuk mendidik anak. Malah, dalam masa yang sama hubungan keluarga akan lebih erat dengan kata-kata yang lembut seperti itu. Anak mudah mengikut tingkah laku kita. Bahkan sebahagian besar perlakuan anak adalah mirip cara kita melayan dan membesarkannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.