Mogok menyusu atau ‘nursing strike’ adalah tabiat di mana bayi tak mahu menyusu secara tiba-tiba atau mendadak. Walaupun penyebabnya kadangkala tidak diketahui dengan jelas, namun ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara biasa yang menyebabkan bayi ‘merajuk’ atau tidak selesa.
Antaranya puncanya termasuklah hidung tersumbat, jangkitan kulat pada mulut, sakit tekak, atau mungkin saja bayi berasa takut apabila dimarahi ibu kerana menggigit puting payudara. Walau apa pun alasannya, bayi yang berusia bawah 6 bulanterutamanya tidak seharusnya dibiarkan mogok berpanjangan. Ini kerana, susu adalah sumber makanan utama yang mereka perlukan untuk tubuh.
Oleh itu, cuba lakukan langkah berikut untuk menamatkan ‘mogok’ bayi tak mahu menyusu.
6 CARA BERKESAN MEMUJUK BAYI YANG ‘MOGOK’ MENYUSU
Jika bayi tak mahu menyusu, cuba periksa dan lakukan 6 langkah ini.
1. PERIKSA HIDUNG BAYI
Pertama sekali, cuba periksa jika hidung bayi tersumbat. Seorang dewasa pun akan berasa tak selesa untuk makan dan minum akibat hidung tersumbat.
Jika hal ini terjadi kepada bayi, ibu boleh membantu mengatasi hidungnya yang tersumbat dengan memakaikan minyak bayi seperti minyak telon, minyak bawang putih, atau ubat titis yang dipreskripsikan oleh doktor.
2. KULAT DALAM MULUT BAYI
Kadangkala, kita sangkakan bekas-bekas putih akibat sisa susu dalam mulut bayi adalah normal dan tidak perlu dirisaukan. Namun sebenarnya sisa-sisa ini boleh menyebabkan jangkitan kulatsekiranya tidak dibersihkan dan berkumpul terlalu lama dalam mulut bayi.
Ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan atau sedikit perit hingga bayi tak mahu menyusu. Cuba bersihkan mulut bayi setiap hari dan bagi bayi berusia 6 bulan ke atas, boleh beri minum air masak selepas menyusu untuk membilas mulut.
3. JANGKITAN TELINGA
Jangkitan telinga boleh dialami bayi sebagai salah satu kesan lanjutan daripada demam selsema. Sekiranya bayi mengalami jangkitan telinga, bayi tidak mahu menyusu kerana telinganya terasa sakit untuk menghisapsesuatu.
Jadi, ibu perlu beri perhatian dan perhatikan isyaratnya sekiranya bayi terlihat asyik memegang dan menarik-narik telinga.
Rasa Susu Berubah
Sesetengah bayi amat sensitif apabila ibu menyusu memakan sesuatu makanan yang menjejaskan rasa susu badan. Antara makanan yang biasanya menjadi punca bayi tidak selesa adalah kopi, rempah tertentu, dan makanan yang berangin seperti kobis.
Cuba ingat semula apa yang anda makan tadi. Catatkannya supaya anda lebih berhati-hati lain kali. Lazimnya, bayi akan mula menyusu selepas sehari anda makan makanan tersebut.
5. BAYI TUMBUH GIGI
Bayi yang sedang tumbuh gigi biasanya merasa nyeri pada gusinya dan kadangkala ia turut disertai demam. Dalam fasa ini, bayi selalu merengek dan berkelakuan serba tak kena.
Cuba berikan bayi sesuatu yang selesa untuk digigit seperti teether dan buah-buahan sejuk. Di samping itu, bayi memerlukan banyak sokongan dan pelukan untuk membantunya menghadapi fasa ini.
6. SUASANA BARU
Semasa baru diperkenalkan kepada puting tiruan atau botol susu, bayi mungkin akan berasa susah untuk minum susu seperti selalu. Mereka juga mungkin belum biasa terhadap rasa susu perahan atau stok susu simpanan yang dipanaskan semula.
Selain itu, ada bayi yang sensitif terhadap persekitaran baru dan memerlukan waktu untuk beradaptasi. Jika mereka baru bertukar katil, tidak dapat tidur dalam buaian kegemaran mereka, cubalah dakap dan tenangkan mereka sebelum memberi susu.
JANGAN TERLALU MEMAKSA
Bayi yang berusia bawah 6 bulan tentunya bergantung kepada susu sebagai sumber makanan utama. Oleh itu, penting untuk mereka terus menyusu dan ibu bapa perlu berbuat sesuatu sekiranya mogok ini berterusan. Jika mereka sudah mula makan, anda tidak perlu risau kerana anda boleh cuba menawarkan makanan yang sesuai untuk mereka.
Perlu diingat, bayi boleh trauma apabila ibu bapa terlalu memaksa dan memarahi bayi yang tidak mahu menyusu. Maka, ibu bapa perlu banyak bersabar dan memujuk dengan lembut. Sekiranya ia turut disertai dengan demam dan bayi kelihatan kurang aktif, bawalah bayi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sumber: zuriat.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekejap masa berlalu, dah menginjak usia 10 bulan anak sulung kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Muhammad Bilal. Setiap keletahnya sentiasa menjadi tumpuan ramai apatah lagi selepas wajahnya dikongsikan oleh ummi dan abahnya kepada umum.
Baru-baru ini, akaun Instagram peminat Neelofa @lofa.page memuat naik semula satu InstaStory daripada selebriti berusia 33 tahun itu memaparkan dia bersama anak kesayangannya di dalam kereta.
Menerusi video tersebut, Bilal kelihatan sangat leka menonton siri animasi kanak-kanak popular dari Indonesia berjudul Riko the Series.
Difahamkan, Bilal gemar menonton siri bercorak Islamik yang terkandung bacaan pelbagai surah al-Quran itu sehingga mampu ‘melayan’ untuk sejumlah episod.
Ramai juga yang memuji Neelofa, bab anak dia begitu metitikberatkannya. Bermula dari Bilal dalam pantang lagi Neelofa menggunakan pelbagai pendekatan untuk perkembangan anak.
Bukan itu saja, cara tidur Bilal, penyusuan susu ibu dan pemakanan Bilal juga Neelofa banyak belajar daripada pakar yang khusus dalam bidang tersebut untuk memastikan anaknya membesar dengan baik.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat Neelofa memuji kecomelan Bilal yang amat fokus sambil mendengar bacaan surah sekali gus dititipkan doa agar menjadi anak soleh.
Anak soleh, lengkap pakej
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas Haris Ismail pada 27 Mac tahun 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari lalu.
Comelnya Bunga! Anak perempuan kepada pasangan Elisya Sandha dan Uzair Haqimy ini sering mendapat perhatian ramai kerana gelagatnya yang comel. Kini usianya sudah pun masuk usia 7 bulan. Sekejap saja masa berlalu kan?
Melalui perkongsian di laman Instagram Fasha Sandha, dapat dilihat sebuah video Bunga yang telah dimuatnaik oleh pelakon cantik itu.
Membahasakan dirinya sebagai Mami Sha, dia meluahkan rasa rindu terhadap Bunga kerana sudah lama tak berjumpa. Kerinduan Fasha terubat apabila mereka berkumpul bersama dan dihidangkan dengan hidangan enak hasil air tangan Elisya.
Tambah Fasha lagi, adiknya kini sudah umpama chef dan pandai memasak kerana banyak belajar dari ibu mentuanya, Sheila Rusly.
Terdahulu, Elisya selamat melahirkan Bunga secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Ampang pada bulan Jun tahun lepas. Ketika dilahirkan berat Bunga adalah 3.25kg.
Nama indah Bunga Elhaq juga merupakan pilihan Sheila yang mempunyai gabungan nama Elisha dan suami. Pernah berkongsi, ilham untuk nama Bunga adalah melalui mimpi ibu mentuanya itu ketika dia sedang hamil lima bulan.
Anak kembar pasti menjadi tumpuan ramai kerana kecomelan mereka! Ramai pasangan pasti teringin nak bayi kembar kerana unik dan mempunyai wajah yang sama, tetapi berbeza karakter. Namun tak semua direzekikan dengan anak kembar.
Comel memang comel tapi nak menjaga bayi kembar memerlukan tenaga yang berganda, kewangan yang berganda dan kesabaran yang berganda! Ragam mereka pun pasti berganda-ganda.
Itulah yang dilalui oleh ibu muda kepada 3 cahaya mata kembar ini. Dia merakam setiap momen anak kembarnya sejak bayi sehingga berusia 1 tahun lebih. Memang comel dan banyak ragam!
Memang tak mudah lebih-lebih lagi ketika siapkan mereka seperti ikat rambut, pakaikan baju.
Mummy Kaylee berkongsi kenangan yang paling disukai ketika bersama kembar tiga yang lahir di Alaska.
Si kembar sentiasa aktif bermain, bergurau dan gelak ketawa bersama-sama.
Rata-rata suka melihat telatah si kembar namun ada yang menyatakan rasa penat dengan hanya melihat mereka bertiga apatah lagi yang menjaganya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.