Bila anak tengok kartun, kita rasakan ia bagus untuk perkembangan anak. Benar, ada sesetengah siri kartun yang dapat membentuk personaliti anak serta vocabulary mereka. Itulah jenis kartun yang sesuai untuk menjadi tontonan anak-anak.
Terdahulu, kita dikejutkan dengan beberapa siri kartun yang boleh memberi impak buruk kepada personaliti anak. Paling menakutkan, ia memaparkan adegan dan imej ganas yang boleh mengganggu perkembangan emosi anak.
Sumber foto: www.freepik.com
Bukan itu sahaja, sebenarnya pemilihan kartun yang sesuai ditonton oleh anak-anak seharusnya ‘slow-paced cartoon’. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘slow-paced cartoon’ ini?
‘Slow-paced cartoon’ memaparkan pertukaran adegan lebih lambat bagi memudahkan anak belajar serta memahami isi kandungan yang dsampaikan. Pertuturan dialog yang tersusun juga dapat membantu merangsang kemahiran bertutur anak-anak.
Ikuti penjelasan dari Penulis Keibubapaan, Wawa Shauqi tentang hal ini;
Anak yang biasa tonton kartun ‘fast-paced’ akan susah nak adapt dengar kartun pendidikan dan dokumentari.
Ads
Ciri-ciri kartun ‘fast-paced’:
– Dialog laju
– Imej bergerak laju
– Visual berlebihan (warna terang-terang)
– Bunyian / sound effect berlebihan
Sumber foto: www.freepik.com
Pengkaji dari Universiti Virginia juga dapati, anak-anak yang selalu tengok kartun fast-paced ni;
🥺Akan ada masalah tumpuan
🥺Susah ikut arahan
🥺Isu ‘delay gratification’ (sifat tak sabar-sabar)
🥺Lemah skil problem solving
Kebanyakan kartun popular, bersifat ‘fast-paced’ dan tak ada nilai moral pun. Merepek je banyak. Lepas tu, anak kita yang tengok pun, ikut kartun tu penya merepek.😭
Tolong pantau apa yang anak tonton ya.
Pantau sekali screen time mereka. Jangan lebih 2 jam sehari.
Bila anak sedang tantrum, ayah tolonglah jangan mengamuk sama. Tindakan menengking dan terus memarahi anak yang sedang mengamuk hanya akan memburukkan lagi keadaan. Si kecil akan bertambah marah dan berterusan mengamuk.
Menurut Dr. Norharlina Bahar, Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak & Remaja, tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibu bapa.
Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka.
Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibu bapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa yang sama, ibu bapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain.
Jika ini berlaku, mereka merasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain.
Oleh itu, tantrum adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.
Selalunya, kanak-kanak akan hentikan tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibu bapa juga menyumbang kepada berapa kerap tantrum akan berlaku. Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan tantrum jika ibu bapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibu bapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkah laku yang negatif.
Gambar hiasan
Lihat tantrum secara positif!
Dr. Norharlina turut memberitahu yang tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibu bapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.
Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
1. Pastikan anak anda selamat.
2. Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkah laku tersebut.
3. Jangan hukum anak anda.
4. Jangan berikan ganjaran.
5. Jika boleh, asingkan anak anda.
6. Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu.
Kawal tantrum daripada jadi lebih teruk
Menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkah laku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang.
Jika ibu bapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibu bapa melakukan perkara ini, ibu bapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga ke dewasa.
Gambar hiasan
Abaikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum. Ibu bapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibu bapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.
Ibu bapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan. ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Apa yang perlu ibu bapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibu bapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang.
Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Apa yang perlu ibu bapa lakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu.
Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti di dalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang, bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrum berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.
Rancangan realiti keibubapaan edutainment, Rockstar Junior Arrian dan Andra di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) setiap Rabu, jam 9 malam bermula 11 Oktober 2017 menampilkan kehidupan Tomok, isteri dan anak-anaknya termasuk interview eksklusif, tip keibubapaan dan cabarannya. Ia juga memuatkan perjalanan bagaimana Tomok mencipta single pertama yang diinspirasikan daripada anak-anaknya.
#RockstarJr #ArrianAndra
Sumber: doktorbudak.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak memanjat, melompat cepat je hulur gajet sebab nak bagi anak diam dan tak ganggu kerja. Ingat di usia setahun hingga empat tahun itulah bagus untuk anak aktif dan bergerak. Tapi bila ibu bapa tengok anak aktif, mereka akan suruh anak duduk diam dan bagi gajet sampai 2 3 jam tak bergerak.
Oleh itu, pilihan paling baik nak bagi anak duduk diam, buka TV, bagi iPad, bagi telefon.
“Nah! Ambil, duduk diam-diam, jangan bergerak.”
Di sebabkan ibu ayah sendiri yang menggalakkan, anak pun suka. Fokus bukan main lagi tengok cerita apa pun dalam gajet. Lepas tu leganya mak ayah rasa… aman dunia.
Menurut Liyana Raya (Terapis Cara Kerja), jika diikutkan mak ayah dah buat banyak salah bila ‘divert’ kan perhatian anak kepada gajet dan TV sebab runsing tengok anak-anak bergerak.
Dalam situasi ini, mak ayah kena tahu kenapa anak kita suka bergerak? Bila anak-anak ni bergerak, tahu tak sebenarnya mereka sedang meransang sistem keseimbangan (vestibular system), sistem otot & sendi (proprioceptive) serta pergerakan motor kasar (gross motor movement) untuk menjadikan mereka lebih fokus, merangsang kebolehan berfikir, membantu menstabilkan otot-otot yang terlibat dalam penulisan, serta membantu anak-anak menjana sistem visual yang membantu dalam proses penulisan dan copying di sekolah.
Pemahaman anak-anak terhadap pembelajaran akan lebih bagus sekiranya anak-anak bergerak. Dengan bergerak, anak-anak akan lebih bersedia untuk mengatur pergerakan dan penulisan dengan lebih tersusun.
Sebab itu saya tak menggalakkan sangat anak-anak usia setahun hingga empat tahun tu belajar dengan flashcards dan gajet sahaja.
Kita masa kecil pun mana ada mak ayah bagi duduk dan belajar sekitar usia tersebut. Lebihkan bergerak berbanding duduk dan belajar. Sistem visual, tactile, proprioceptive dan vestibular mereka kena banyak bagi exposure dan exploration berbanding sistem ‘duduk diam-diam’ yang mak ayah sekarang buat untuk anak-anak.
Kalau anda rasa rimas bila tengok anak-anak bergerak di rumah orang lain, kawal pergerakan anak-anak anda. Boleh hadkan seketika, boleh bagi gajet.Tetapi ingat, lepas tu kena ganti dengan bagi bergerak balik. Bawa ke taman permainan sama ada indoor ataupun outdoor. Di situ, bagilah dia orang bergerak dengan bebas. Taman permainan adalah tempat yang terbaik untuk membuat pergerakan bebas anak-anak anda.
Jadi, jangan ingat kalau anak duduk diam tu, banyak yang mereka belajar. Sebenarnya mereka tak belajar apa pun. Sistem dalam badan tak diransang juga. Bagi gajet tak salah, tapi mcm mana kita seimbangkan dengan pemberian ransangan badan, itu yang penting.
Bukti bonding yang sangat kuat antara bapa & anak, ini reaksi Bella & Tasha bila tahu Dr Sheikh Nuszaphar bakal menunaikan haji. Sebak melihatnya!
Bonding yang antara bapa dan anak tidak seperti bonding antara ibu dan anak. Ia perlu dipupuk dengan pelbagai cara. Tapi secara semula jadi, ikatan antara anak perempuan dan ayah sangat kuat.
Semalam, Datuk Dr Sheikh Muszaphar memaparkan video yang memaparkan reaksi kedua-dua anak perempuannya apabila diberitahu tentang pemergiannya untuk menunaikan ibadah haji selama 10 hari.
Ternyata bonding si ayah dengan anak sangat kuat apabila puteri-puterinya memberikan reaksi yang amat mengharukan. Anak sulung beliau, Bella, 7 tahun terus menangis mengenangkan ketiadaan si ayah dalam tempoh yang lama. “I don’t like when you are not here”, itu ungkapan yang keluar daripada mulutnya dengan tangisan yang sangat kuat dan air mata yang bercucuran.
Manakala anak kedua beliau Tasha, 5 tahun kelihatan enggan menerima kenyataan pemergian daddy selama 10 hari yang mungkin dirasakan sangat lama. Dia menyangka hanya dua hari, tetapi rupa-rupanya tempoh sebenar ialah 10 hari.
Bagi menenangkan kedua-duanya, beliau meminta Bella dan Tasha untuk membuat pergerakan kod rahsia iaitu menepuk dada sebanyak dua kali. “Hanya tepuk dada sebanyak dua kali dan daddy akan ada dalam hati kamu.”Dia kemudian memeluk kedua-duanya.
Video – Reaksi anak-anak perempuan saya ketika saya beritahu yang saya akan pergi…
Saya baru mendapat berita yang saya bakal menunaikan ibadah haji tahun ini. InsyaAllah, tapi Visa & tiket penerbangan masih belum boleh dipastikan. Semoga dipermudahkan ….
Bella menangis apabila saya memberitahu yang saya akan meninggalkan mereka selama 10 hari dan Tasha kelihatan gembira.
Saya sangat rapat (attached) dengan anak-anak saya terutama sekali anak perempuan, kerana saya sentiasa cuba untuk ada bersama mereka. Dunia saya berkisar tentang mereka dan ia amat sukar untuk saya juga. Kerana sebelum ini saya perlu meninggalkan mereka untuk ke Sinapura, reaksi mereka sama seperti ini juga.
Semoga Allah sentiasa melindungi kamu anak-anak perempuanku. Daddy akan sentiasa ada bersama dengan kamu berdua, hanya tepuk kamu dada dua kali dan daddy akan berada dalam hati kamu. Itu kod rahsia kami.
PS – Hanya saya dan ibu saya akan menunaikan haji kali ini kerana Bella akan menghadapi peperiksaan manakala anak-anak lelaki kembar saya masih terlalu kecil, InsyaAllah.
Video ini menerima pelbagai reaksi daripada para follower beliau. Namun hampir kesemuanya meluahkan rasa sedih melihat respons Bella apabila mendengar berita itu.
Bila Anak Ada Minat, Tugas Kita Adalah Menyokong”: Inspirasi Dari Dunia Taekwondo Si Cilik
Pernah tak kita sebagai ibu bapa terhenti sejenak dan bertanya, “Apa sebenarnya...