Pelakon Datin Seri Zizie Izette akui bimbang apabila mendapat tahu dia hamil lagi selepas baru melahirkan anak kembarnnya melalui proses pembedahan penghujung tahun lalu.
Zizie Izette berkata dia sentiasa mahukan anak lagi tetapi tidak pernah menyangka ia terlalu awal.
“Saya sentiasa mahukan anak lagi tapi saya tidak jangka pun ia terlalu awal. Ia hanya lima bulan selepas saya bersalin secara pembedahan.
“Bimbang, takut semua ada, yerlah perut nak kena potong lagi, tapi pakar memberitahu saya selamat untuk mengandung kembali,”katanya.
Zizie berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Ads
Kelmarin, isteri kepada Datuk Seri Bung Mokhtar itu mengumumkan dia sedang hamil tiga bulan selepas baru sahaja melahirkan anak kembarnya pada 30 Disember tahun lalu.
Selain dikurniakan anak kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, pasangan ini juga terdahulu mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette setahun.
Peminat Tumpang Gembira
Ads
Sebenarnya ramai peminat Zizie yang tumpang gembira dengan berita kehamilan kali kedua ini. Masing-masing positif dan menganggap ia adalah rezeki dari Allah.
Ada juga yang turut berkongsi pengalaman mengandungkan anak dengan jarak yang rapat dan turut bersalin secara pembedahan.
“Mungkin orang tengok macam tak fikirkan kesihatan tapi sebenarnya perancangan Allah mengatasi segala-galanya, jawab salah seorang peminat apabila Zizie meluahkan kebimbangannya untuk kehamilan kali ini.
Sumber: Zizie Izette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu hamil ada GDM, jangan salah faham tentang air gula, ini tip dietitian. Ramai ibu mengandung sering menyalahkan air gula yang diminum semasa ujian toleransi glukosa oral (OGTT) sebagai punca mereka disahkan menghidap diabetes gestasi (GDM).
Namun begitu, menurut Dietitian Puan Nur Hafizah M Sobri, peningkatan bacaan gula ini bukan disebabkan air gula semata-mata, tetapi ada faktor lain yang perlu difahami.
1. Kenapa Bacaan Gula Tinggi Ketika Mengandung tetapi Normal Semasa Tidak Mengandung?
Semasa mengandung, perubahan hormon berlaku dalam badan. Perubahan ini menyebabkan hormon insulin (yang bertanggungjawab mengawal paras gula dalam darah) menjadi kurang efektif atau dihasilkan dalam jumlah yang lebih rendah.
Tubuh ibu mengandung memberi tumpuan kepada perkembangan bayi, namun jika kawalan gula darah tidak diurus dengan baik, ia boleh memberi kesan buruk bukan sahaja kepada bayi tetapi juga ibu. Malah, ibu berisiko mendapat diabetes dalam tempoh 5 hingga 15 tahun selepas bersalin.
2. Kenapa Perlu Minum Air Gula ‘Pure’ dan Bukan Air Biasa?
Air gula ‘pure’ digunakan dalam ujian kerana sebarang bahan lain seperti lemak, protein, atau karbohidrat selain gula boleh melambatkan kadar penyerapan gula. Ini boleh menghasilkan bacaan yang tidak tepat. Oleh itu, untuk memastikan hasil ujian yang betul, air gula yang tulen digunakan.
3. Hanya Satu Bacaan Tidak Normal, Adakah Ia Serius?
Bacaan gula sebelum dan selepas minum air gula memberikan maklumat berbeza.
Bacaan sebelum minum air gula: Menunjukkan keupayaan badan mengawal paras gula semasa puasa (selepas 8 jam tidak makan).
Bacaan selepas minum air gula: Menunjukkan keupayaan badan mengawal paras gula selepas makan (dalam masa 2 jam).
Walaupun hanya satu bacaan tidak normal, ia cukup untuk menunjukkan badan tidak dapat mengawal gula dengan baik.
4. Kenapa Tidak Kena GDM Sebelum Ini tetapi Sekarang Ada?
Beberapa faktor risiko meningkatkan kemungkinan mendapat GDM, antaranya:
Peningkatan usia ibu.
Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 27kg/m².
Sejarah melahirkan anak besar.
Sejarah keluarga (ibu bapa atau adik-beradik) dengan diabetes.
Risiko ini akan bertambah dengan masa.
5. Bagaimana Hendak Mengawal GDM dengan Baik?
Berikut adalah langkah penting untuk ibu mengawal GDM:
(i) Diet yang Sesuai untuk Ibu GDM
Berjumpalah dengan Pegawai Dietetik di klinik atau hospital untuk mendapatkan panduan pemakanan yang betul. Diet yang seimbang akan membantu mengawal gula dalam darah tanpa menyebabkan ibu lapar dan memastikan bayi membesar dengan sihat.
(i) Amalkan konsep suku-suku separuh yang diubah suai:
Suku karbohidrat (contohnya nasi, mi, roti).
Suku protein (contohnya ayam, ikan, daging, telur).
Separuh sayur-sayuran hijau (2 senduk nasi saiz biasa).
Makan tepat pada waktunya (jangan tinggalkan waktu makan).
Minum air kosong secukupnya.
(ii) Ubat Mengikut Saranan Doktor
Jika perlu, doktor akan memberikan ubat yang sesuai. Jangan risau, rawatan ini selamat untuk ibu dan bayi.
(iii) Patuh kepada Temujanji yang Ditetapkan
Temujanji yang kerap diperlukan untuk memantau kesihatan ibu dan bayi. GDM boleh menyebabkan pelbagai komplikasi, termasuk bayi menjadi terlalu besar atau tidak membesar dengan baik.
Dengan memahami sebab sebenar GDM dan cara menguruskannya, ibu-ibu dapat mengawal keadaan dengan baik. Langkah proaktif ini bukan sahaja melindungi kesihatan bayi tetapi juga ibu dalam jangka masa panjang. Jangan takut untuk bekerjasama dengan pakar kesihatan dan teruskan usaha untuk menjalani kehamilan yang sihat.
Perkara biasa jika seorang wanita mengandung mengalami alahan. Muntah-muntah, loya tekak atau pening kepala adalah normal pada awal kehamilan. Ada sesetengah ibu yang mengalaminya sehingga tiba waktu kelahiran. Ada juga kes di mana suami yang mengalami kemabukan dan alahan.
Menurut Dr Erna Nadia, sindrom suami atau bapa yang mengalami alahan ini dikenali sebagai couvade syndrome. Ia adalah sejenis kehamilan simpatetik iaitu suami yang akan mengalami alahan mengandung tersebut. Namanya kehamilan simpatetik, tetapi bukanlah bermakna suami yang hamil.
SUAMI YANG ALAH?
‘Doktor, laki saya kan, saya pelik laaa, saya yang pregnant tapi dia yang over! Macam dia pulak yang bawak baby!’
‘Doktor tau, laki saya 9 bulan tak larat bangun! Macam dia pulak yang mengandung! Saya pun alah jugak, tapi boleh ja urus anak anak. Sabo jelaahh’
Haaaa biasa dengaq kan suami pun alah juga kalau isteri mengandung?
Ni namanya Couvade Syndrome.
Couvade Syndrome ni adalah sejenis kehamilan simpatetik di mana pasangan atau suami yang akan alami sama alahan memgandung tu.
Nama saja kehamilan simpatetik, bukanlah bermakna suami tu yang mengandung😅
Perkara ni ada biasa juga sebenarnya.
Suami akan alami simptom alahan yang sama seperti meloya, sakit badan, sakit kepala, muntah muntah, sakit perut, tak lalu makan yada yada yada.
Hal ini masih dalam kajian.
Ada yang kaitkan dengan psikologi iaitu di mana suami juga mengalami perubahan perasaan samada seronok atau teruja sangat, atau boleh jadi juga tak seronok.
Seronok sangat ni mungkin sebab dah lama gila tunggu baby ka, atau memang sejenis seronok terlebih kalau isteri mengandung sebab suka baby, atau apa sahaja yang buatkan suami tu over excited.
Sedih sangat ni boleh jadi suami tak bersedia lagi ka atau dok fikir pasal kewangan ka atau apa sahaja yang boleh buatkan suami tu banyak berfikir.
Ada juga yang kaitkan dengan perubahan hormon, yang mana paras testosterone mengalami pengurangan.
Apa sahaja pun sebabnya, keadaan ini ada kalanya boleh elok selepas 3 bulan atau sehinggalah baby keluar dari rahim isteri.
Keadaan ini tidaklah merbahaya langsung unless muntah melampau lah.
Sama juga untuk wanita,if kita asyik fikir kita tak larat,memang tak laratlah kita. Ingat ya, mengandung bukan penyakit.
Maka, kita sendiri kena kuatkan mental dan fizikal kita.
Tak bolehlah kita asyik salahkan hormones sahaja😊
So, bapa bapa atau bakal bapa di luar sana yang ada Syndrome Couvade ni, tabahkanlah diri. Lelaki kan hebat kuat gagah perkasa. Sebab anda juga isteri anda berbadan dua😝
Ada yang kata mengada ngada. Emm tak baik cakap gitu.
Lelaki pun ada sisi lembut juga kan. Depa cuma teruja ja tu😋
Macam macam ragam kan manusia ni?
Comel comel aje😘
Nota kaki : Bagi suami yang takut darah tapi nak juga teman isteri, boleh try biasakan derma darah ke atau buat pemeriksaan darah sebelum isteria anda bersalin untuk try test tahap cuak anda✌🏻
Dr. Erna Nadia
Sado ka lidi ka, kalau nak kena Couvade Syndrome ni, kena juaa😅
Suntikan tetanus atau lebih dikenali sebagai suntikan kancing gigi merupakan salah satu imunisasi yang disarankan untuk diambil oleh wanita hamil. Vaksin tetanus adalah komponen utama strategi untuk membasmi tetanus ibu dan bayi secara global.
Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh racun yang dibawa oleh kuman Clostridium Tetani. Kuman ini akan memasuki tubuh melalui bahagian tubuh luka yang terbuka. Ia boleh merosakkan sistem saraf dan seterusnya membunuh pesakit. Perkara inilah yang boleh dicegah jika anda mendapatkan suntikan vaksin ini.
Menurut Dr Zubaidi, pada zaman dahulu, tidak banyak hospital yang dibuka di Malaysia. Kebanyakan hospital yang ada hanya terletak di bandar-bandar besar. Jadi, penduduk yang tinggal di pedalaman perlu mengambil masa yang lama untuk sampai ke bandar.
Oleh kerana itu, ramai bayi dilahirkan di rumah sendiri dan disambut oleh bidan kampung. Kebanyakan bidan menggunakan gunting dan pisau. Ia dikhuatiri tidak bersih dan mengandungi kuman. Jadi, memang banyak kes jangkitan tetanus berlaku di kalangan bayi dan ibu pada masa dahulu.
Rentetan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah merangka satu polisi yang mewajibkan suntikan vaksin tetanus kepada ibu hamil. Hasilnya, polisi ini berjaya mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi yang baru dilahirkan.
Tidak relevan pada zaman kini
Sebenarnya, suntikan vaksin tetanus semakin tidak relevan pada masa kini. Hal ini kerana banyak hospital telah dibina. Boleh dikatakan setiap daerah mempunyai hospital masing-masing. Peralatan yang digunakan di hospital juga bersih dan basmi kuman. Jadi, risiko untuk mendapat tetanus hampir tiada langsung.
Kini, kebanyakan hospital swasta telah meninggalkan amalan suntikan ini. Namun, di klinik dan hospital kerajaan amalan ini masih dilakukan. Berkemungkinan besar ia dilakukan dengan tujuan membendung risiko kepada golongan ibu hamil yang tinggal di pedalaman.
Oleh yang demikian, para ibu hamil mempunyai pilihan sama ada mahu mengambil atau menolak suntikan ini.
Apa itu suntikan tetanus:
1. Dikenali sebagai vaksin kancing gigi. Disuntik untuk mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan tetanus. Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh toxin (racun) dari kuman yang dikenali sebagai clostridium tetani.
2. Kuman tetanus memasuki tubuh melalui luka yang terbuka. Mungkin luka kemalangan, luka ketika melahirkan bayi secara normal dan luka pada faraj (luka episiotomy). Ia akan merosakkan sistem saraf dan seterusnya membunuh pesakit namun ia boleh dicegah melalui suntikan vaksin anti tetanus.
Jangan menolak suntikan antitetanus:
– Antitetanus adalah tetanus toxoid bertujuan melindungi ibu hamil dan anak yang bakal dilahirkan.
– Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantar ke bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Ia juga menghalang kelahiran pramatang.
– Suntikan untuk mencegah ibu hamil dan bayi daripada jangkitan tetanus yang boleh mengakibatkan kejang otot dan boleh membawa maut.
– Suntikan itu turut menjadi tidak relevan kerana sudah banyak hospital dibina, peralatan yang digunakan bersih dan dibasmi kuman.
– Bukan itu sahaja kesan daripada suntikan demam dan alergi, menyebabkan ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.
– Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya, ia dapat mengurangkan risiko jika ibu hamil tinggal di kawasan pedalaman.
– Ini kerana ibu tidak tahu apa yang akan terjadi kemudian hari. Kemungkinan untuk melahirkan bayi di dalam kereta, lif, dalam bangunan dan sebagainya tidak dapat dielak jika terjadi. Lebih elok ibu menerima suntikan lagipun ia diberi percuma di klinik kerajaan.
Jumlah suntikan akan diterima:
– Jika ini kehamilan pertama ibu, sekurang-kurang dua kali suntikan yang diberikan. Suntikan pertama diberikan pada awal kehamilan dan dos yang kedua diberikan pada selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.
– Jika ibu hamil kali kedua dan jarak kehamilan kurang dua tahun daripada kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.