Siapa sahaja yang tidak gembira atau teruja bila mendapat hadiah daripada insan tersayang sempena sambutan ulang tahun kelahiran. Apatah lagi anak-anak yang masih kecil.
Pasti setiap tahun ternanti-nanti, apakah hadiah yang bakal dimiliki pada sambutan hari lahir mereka daripada keluarga. Maklumlah, biasanya ibu ayah akan berikan hadiah yang istimewa.
Umpamanya seperti perkongsian daripada seorang bapa ini di facebook, Zaim Zainudin Zakaria yang menghadiahkan anaknya sebuah kolam renang. Bukan biasa-biasa hadiah yang diberikan, ia adalah hasil kegigihannya berpanas di bawah matahari berbulan lamanya.
Meski pun asalnya ia adalah projek yang tergendala ketika musim PKP yang lalu, namun baru sahaja siap sepenuhnya dan sempena sambutan hari lahir anak lelakinya, terus dijadikan hadiah istimewa buat si anak.
Difahamkan juga kolam renang di tepi rumah ini, hanya bermodalkan sebanyak RM3K dan ianya jauh lebih jimat berbanding jika dibuat oleh pakar hingga boleh mencecah RM40K.
Jadi jom kita baca perkongsian pengalaman daripadanya untuk info bersama.
Kolam Renang Sebagai Hadiah Hari Jadi Anak
Alhamdulillah. Akhirnya siap juga kolam impian di halaman rumah. 100% buat seorang diri. Modal 3k je. Pernah tanya tukang rumah, dia nak 30k, kalau specialist kolam nak 40k. Jadi ambil keputusan buat sendiri la sambil keluar peluh petang-petang.
Projek pkp 2021 ni tapi tergendala sebab pkp tamat awal dan cuaca tak mengizinkan.
Amaran. Kalau jiwa tak kental jangan cuba-cuba buat ye…Nanti siap separuh jalan..Sebab diri sendiri pun berkali-kali putus asa…Tapi kuatkan semangat jugak sebab nak tengok hasil tangan sendri.
Sempena birthday Zharif, Daddy hadiahkan kolam renang. Zharif cakap dah tak payah pergi hotel. Rania muka tak puas hati kolam abang punya.
Proses Pembuatan Kolam Renang
Tanah sekangkang kera tepi rumah. Projek bermula dengan mengalihkan paip air buang pada Ogos 2021.
Proses galian bermula.
Ads
Banyak pulak paip bawah tanah ni. Terpaksa la buat kolam berbentuk sikit, sebab lari dari paip kumbahan.
Alhamdulillah. Berbekalkan cangkul dan sikul maka siap la gali. Plan nak gali 5 kaki tapi gali-gali dah keluar mata air, jadi kedalaman 4 kaki saja. Sebulan proses menggali.
Bila order barang sampai. Fuhhh! ini jangan cerita, boleh patah pinggang dibuatnya seperti gambar kanan.
Proses buat kotak konkrit. Pakai gergaji saja, mesin tak ada.
Ini pun kita pakai gunting je. Potong besi 12mm kalau tak silap.
Ads
Proses memampatkan tanah, pijak-pijak saja.
Ini konkrit lapisan pertama sebab elakkan tanah runtuh musim-musim hujan ni.
Kita gaul sendiri saja. Jiran-jiran suruh order lori siput, tak apa la kita buat slow-slow macam siput.
Meratakan konkrit buatan sendiri.
Fuhhh menggali lagi, ruang pump pulak. Dan lagi…
Bila hujan turun kita termenung saja tengok air bertakung. Ambil kesempatan air hujan tengah penuh kolam, kita buat marking. Tak payah guna laser atau penimbang air. Marking bertujuan untuk pastikan level air n ktggian kolam cun.
Ads
Ternyata bukan kerja mudah yang dilakukan oleh ayah ini untuk menghasilkan kolam renang untuk menggembirakan hati anak-anaknya. Pelbagai proses dilakukan sendiri dengan sabar.
Akhirnya ini lah hasilnya.
Alhamdulillah setelah 5 bulan siap jugak! Bata depan tu next projek tempat BBQ. Dan inilah orangnya yang buat kolam, boleh jadi sado tak payah pergi gym.
Ternyata hebat sungguh usaha yang dilakukan oleh seorang ayah ini. Untuk anda yang ingin lihat lebih detail langkah demi langkah yang dilakukan olehnya bolehlah klik di sini.
Jarang-jarang muncul di Instagram ibu dan ayahnya, si comel Ana Nayla, anak pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, gaya comel Ana Nayla yang menjalani sesi fotografi bersama ibu dan ayahnya kelihatan cukup comel dan bersahaja.
Tanpa dibantu ibu dan ayahnya di sisi, Ana Nayla memberikan pelbagai pose menarik. Memang comel.
“Mummy dah ada pesaing. Ada yang tanya, kenapa brand banyak ambil Ayda Jebat jadi duta eh. Risau. Ni sis lagi ghisau.
“Sis dah ada pesaing! Anak sendiri akan ambil alih tempat kita wak,” tulis Ayda berseloroh menerusi kapsyennya.
Bahkan kongsi Ayda yang kini hamil anak kedua, telatah anak kecilnya itu seolah-olah menggambarkan dirinya ketika bekerja.
“Bukan main eh baby! Dia punya fussy bab kerja memang macam mak dia. Dia tengok Mummy buat macam tu, dia pun ikut.
“Buat muka muka cute ek eh kau. Geram tak tengok si kecik @ananaylaofficial eh? Siap check dulu sampai puas hati baru proceed tu,” tulisnya.
Apa yang menarik pastinya telatah anak kecil itu yang persis gaya dewasa. Sebaik selesai pose, Ana Nayla dengan pantasnya melihat dahulu gambarnya dan kembali untuk beraksi di lensa kamera. Memang comel.
Gelagat comel Ana Nayla sudah semestinya menarik perhatian wargamaya yang turut terhibur dengan gaya comelnya.
Pada 11-18 September yang lalu, Breastfeeding Counselor Networking Program (BCNP) Malaysia telah mengadakan Program “4th ANNUAL CONFERENCE : THE ARTS AND SCIENCE OF BREASTFEEDING 2nd TELECONFERENCE (TASB) 2021”. Program ini merupakan kali yang keempat pada tahun ini dan telah bersiaran secara atas talian untuk kali yang kedua menggunakan aplikasi Zoom akibat pandemik Covid-19.
Menariknya program ini adalah kerana ia melibatkan 23 penceramah hebat dan dua daripadanya merupakan panel antarabangsa. Sebanyak 23 topik berkaitan penyusuan susu ibu telah dibincangkan sebanjang webinar ini.
Antara ringkasan topik yang dibawakan oleh para penceramah adalah seperti vaksin Covid-19, cabaran pandemik, penyusuan untuk bayi pra matang/bayi kembar/bayi sumbing dan bayi istimewa dengan kelainan otot mulut. Selain itu, webinar ini turut membincangkan topik yang menjadi kegemaran ramai seperti emosi dan depresi, kanser payudara dan struktur susu ibu.
Tambah menarik, turut terdapat topik-topik yang dekat dengan hati para ibu seperti makna tangisan bayi dan bahasa bayi, panduan menulis di laman sosial, rawatan cetusan laktasi, masalah berat badan bayi, perkhidmatan kaunseling penyusuan secara online serta rawatan untuk Mastitis dan Breast Abscess.
Barisan penceramah yang terlibat sepanjang webinar berlangsung adalah seperti:
– Dr Hairin Anisa Tajudin (Pakar Pediatrik & Laktasi (IBCLC) Pusat Rawatan Adda)
– Pn Nurdiana Mohd Rasid (Pengarah HBM Breastfeeding Centre)
– Pn Nurul Shahira Ahmad Maswah (Terapis Cara Kerja)
– Assoc. Prof. Dr Karleen Gribble (Adjunct Associate Professor)
– Dr Zurraini Arabi (Pensyarah Senior Perubatan)
– En Shahir Shamshuddin (Pegawai Sains Pemakanan)
– Dr Tan May Loong (Pensyarah Senior, Timbalan Dekan Untuk Penyelidikan)
– Dr Tan Ee Ping (Konsultan Obstetrik & Ginekologi)
– Assoc. Prof. Dr Zaharah Sulaiman (Pensyarah Perubatan dan Konsultan Laktasi)
– Dr Nurjasmine Aida Jamani (Pakar Perubatan Keluarga & Pensyarah)
– Pn Uswatun Hasanah Mohd Habib (Konsultan Tangisan Bayi)
– Dr Nurul Azreen Hashim (Konsultan Psikiatri & Pensyarah Senior)
– Dr Ezura Madiana Md Monoto (Pensyarah & Konsultan Perubatan Keluarga)
– Dr Ning Desiyanti Soehartojo (Konsultan Laktasi)
– Assoc. Prof. Dr Puteri Shafinaz Akmar Abdul-Rahman (Associate Professor)
– Dr Siti Norhazlin Mohd Said (Ketua Jabatan & Pakar Pergigian Pediatrik)
– Dato’ Dr Zuraidah Abd Latif (Konsultan Pediatrik & Neonatal)
– Pn Surainee Wahab (Pengarah Persatuan Nutrisi & Laktasi Malaysia (PELAKSANA))
– Dr Zilal Saari (Pensyarah Senior)
– Pn Siti Mariam Ali (Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan))
– Dr Ahmad Ridzuan Rahman (Pengasas Shahirah Wellness Centre & SWC Health Care)
– Dr Khalid Iqbal (Pakar Neonatal & Konsultan Laktasi)
– Prof Dr Zamri Radzi (Profesor)
Webinar ini mensasarkan kakitangan barisan hadapan, pemilik mahupun pekerja di pusat jagaan ibu berpantang, tukang urut ibu bersalin atau terapis serta kaunselor penyusuan dan laktasi di bawah pelbagai institusi. Ini berikutan kumpulan ini meruapakan yang paling dekat dalam berurusan dengan ibu selepas bersalin, berpantang dan menyusukan bayi. Syabas kepada BCNP di atas kejayaan webinar mereka ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tinggal beberapa minggu lagi, anak-anak kita pastinya cukup gembira kerana cuti persekolahan yang panjang bakal bermula Februari ini.
Tambah mengujakan lagi apabila cuti sambutan Tahun Baru Cina tahun ini turut sama disambut ketika waktu cuti persekolahan. Ia pastinya cuti berganda buat anak-anak kita.
Jadi apa idea mak ayah untuk cuti sekolah nanti? Nak bawa anak-anak ke mana?
Salah satu lokasi paling mengujakan anak-anak kecil kita sudah tentulah ke Taman Air, SplashMania Gamuda Cove yang terletak di Kuala Langat.
Seharian bermain dengan pelbagai permainan dalam satu lokasi hebat di sini pastinya buat anak-anak cukup teruja.
Tarikan 39 jenis gelongsor dan permainan hebat
Paling unik dan berbeza dengan taman air lain, SplashMania menyenaraikan pelbagai permainan dengan 39 jenis gelongsor dan tarikan air di sini!
Anak-anak pasti teruja bermain di Treasure Tower, gelongsor berwarna-warni dan baldi air yang menanti pengunjungnya setiap masa.
Selain itu, anda sekeluarga juga dapat menikmati masa terbaik di Mini Mania, gelongsor mini seperti gelongsor untuk dewasa yang sememangnya lain dari yang lain. Antara tarikan lain di sini andalah Mini Monsta, Tiny Twista dan Ravage River.
Menariknya, anda boleh mengelilingi kawasan taman air ini melalui sungai dengan 8 checkpoint yang berbeza yang pastinya menjanjikan pengalaman hebat!
Kempen Play Lóng Lóng
Untuk mama papa yang masih mencari-cari destinasi percutian terbaik untuk seisi keluarga bolehlah dapatkan harga promosi sempena cuti sekolah dan sambutan Tahun Baru Cina pada Februari nanti.
Tambah menarik dengan kempen Jom Play Lóng Lóng yang diadakan oleh GL Play di Tahun Baru Cina ini, ada berpeluang untuk menikmati harga runtuh tiket masuk ke Taman Air SplashMania yang cukup berbaloi.
Ini senarai diskaun hebat yang perlu anda dapatkan cepat-cepat:
SPLASH COMBO
Pakej Adventure
Dewasa RM125 (RM240)
Kanak-kanak RM95 (RM170)
Termasuk harga:
1 x Tiket masuk SplashMania
1 x Goosebumps Rope Course
1 x Cove Aerobar
1 x Archery
1 x Paintball Target Shooting
Pakej Nature
Adult RM125 (RM160)
Child RM95 (RM130)
Harga termasuk:
1 x Tiket masuk SplashMania
1 x Safari Insta-Tour Ride & Boat Cruise
1 x Wetlands Arboretum Gallery Tour
Kesemua harga promosi hebat ini (kecuali untuk tiket masuk SplashMania yang bertarikh) sah sehingga dua bulan dari tempoh pembelian. Cepat-cepat beli sekarang!
Antara tarikan hebat lain sepanjang promosi ini dijalankan termasuklah Dancing Dreamers, Soaring Dragons (Dance), Kung Fun Mania, Splash Squad Ong Ong Lai Lah dan pelbagai aktiviti lain yang cukup mengujakan.
Tidak dilupakan kemunculan mascot comel, SwaggyB, Omba’ King, Zoomi dan Max juga akan turut serta untuk sama-sama menari tarian naga. Cukup Istimewa!
Jom cepat-cepat rebut promosi hebat sempena Tahun Baru Cina ini untuk sama-sama menyertai Kempen Play Lóng Lóng. Layari https://glplay.com.my/ untuk tempah pakej menarik sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.