Bingka Lobak Merah Kurma Berkeju, Sajian Snek Yang Sedap. Yang Penting Ia Tanpa Telur, Sesuai Untuk Anak Alergi Telur

Share

Bingka bukan hanya untuk di hidang untuk mama papa, bayi pun boleh makan. Tapi syaratnya tiada garam dan gula didalamnya. Lebih istimewa, ibu ini kongsikan resepi bingka ini tanpa telur, jadi sesuai  bagi bayi dan kanak-kanak alah telur.

Memperkenalkan pelbagai makanan untuk anak ketika masih kecil adalah disarankan untuk mengelakkan penolakan atau timbulnya masalah cerewet makan apabila membesar.

Puan Siti Noraisyah Sulaiman telah berkongsi resepi yang dimasak untuk anaknya, Aina.

“Aina enjoy makan cake sejak Mami buat cheese cake hari tu. so hari ni for snacking, mami buatkan bingka carrot + kurma tanpa telur..”
Sesuai juga untuk mommies yang nak naikkan berat badan bayi.
Snek ni mengenyangkan. Sesuai dibawa masa travel cuti-cuti ni.
Sedap, mami pun boleh join sekali sebab manis-manis lobak merah, kurma dan kismis mix together.
Resepi ni untuk 12 bulan ke atas. Untuk 12 bulan ke bawah, boleh gantikan susu tepung atau fresh milk kepada santan.

Berikut ialah resepi Bingka Lobak Merah Kurma Berkeju yang dikongsikan beliau. Ia tentunya tanpa garam dan gula.

RESEPI BINGKA CARROT KURMA TANPA TELUR

  • 1 cawan unbleached floor (tanpa peluntur)
  • 3 sudu besar lobak merah yang diparut
  • 1 sudu besar cream cheese
  • 4 biji kurma yang diracik
  • Sedikit kismis
  • 5g unsalted butter (mentega tanpa garam-yang telah dicairkn (setengah dari pek kecil)- kalau tak ada, boleh ganti dengan 1 sudu besar minyak zaitun
  • 3 sudu besar susu tepung Fernleaf Penuh Krim
  • 1 cawan air

*kalau tak ada susu tepung, 1 cawan air tu gantikan dengan 1 cawan susu segar atau santan

Cara-cara membuatnya

  1. Campurkan tepung, mentega tanpa garam, cream cheese, susu dan air. Pukul sehingga sebati.
  2. Masukkan lobak merah n kurma ke dalam adunan dan gaulkan.
  3. Tuangkan ke dalam bekas yang telah dioles mentega dan baking paper.
  4. Tabur kismis di atas adunan.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 160°C dan bakar menggunakan teknik bath selama 30-40 minit, bergantung kepada ketuhar masing-masing.

Resepi ini boleh dikukus atau dibakar terus. Tapi mami buat teknik bath sebab nak dapatkan tekstur macam bingka kemboja tu, atas dia kerak-kerak rangup, dalam dia lembut.

Sumber: Puan Siti Noraisyah Sulaiman

 

IKLAN