Sebut sahaja biskut kelapa, pasti terbayangkan kesedapan dan kerangupan air tangan mak-mak kita ketika kita masih kecil. Cikgu masakan popular di media sosial, Azlina Ina tidak terkecuali mengimbau keenakkan biskut kelapa ini buat semua.

Bancuhan adunan yang ringkas dan mudah buat biskut kelapa ini cukup istimewa dan sedap. Jom cuba!


Bahan-bahan:

Bahan doh A:
2 cwn majerin -maaf la mak-mak dulu tak kenal pure butter semua bagai
1 cawan gula kastor
1 sk esen vanila
1 biji telur

Bahan doh B:
1/2 cawan susu tepung (optional)
1 1/2cawan tepung gandum cap ros
1 cawan 1/2 tepung jagung
3 cawan tepung ubi
1sk baking powder
3 cawan kelapa sangai
1/2 cawan nestum (optional)

Pertama 1 biji kelapa parut di sangai tanpa minyak sampai keperang perangan. Ketepikan.

 

IKLAN

Satukan semua bahan doh A dan kacau rata.

Masukkan bahan-bahan doh B kecuali kelapa dengan nestum tadi dan uli sikit demi sedikit.

Tepung ubi yang digunakan.

IKLAN

Campurkan bahan-bahan kering wajib macam kelapa sangai tadi dan bahan optional nestum.

Jadi doh dah.

Guna mulut cawan je la kalau agak tak ada sangat acuan.

IKLAN

Done bentuk-bentukkan. Panas kan oven dan set 180 masa 25 minit.

Taraaa siap. Biar sejuk dulu.

P/s:
* Guna 1 cawan yang sama sahaja, tak kisah jenis cawan apa. Sukat guna satu jenis cawan sahaja semua bahan di atas.
* Bahan yang digunakan nak menyamai mak-mak kita buat, jadi jangan tukar-tukar kecuali yang ada tulis optional.

Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)