Biasanya bila anak demam, mamalah orang yang paling resah dan susah hati. Takut nak tidur malam dan sebagainya. Bimbang juga suhu anak tiba-tiba naik mendadak dan risiko pada masalah lain ketika demam.
Namun bagi Black, dia mengambil alih kesemua tugas ini dan merasakan ia sebagai satu tanggungjawabnya memantau anak ketika demam. Malah menurut isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau lebih senang dipanggil Cira, Black cukup menitik beratkan hal-hal semacam ni.
Kedua-dua anaknya, Khaleef Dayyan dan Rindu Dayanna dijaganya dengan rapi bila anak tidak sihat.
” Dulu masa Dayyan kecil, kalau demam dialah yang berjaga malam untuk memantau suhu badan anak setiap jam. Sekarang ada Rindu pun sama. Siap kunci jam, takut tak terbangun. Risau dia kalau tiba-tiba suhu anak naik mendadak,” cerita Cira.
Wah hebatnya cara Black, prihatin dan ambil berat setiap kali anak demam. Malah Black sempat berkongsi cara yang diamalkannya dan isteri untuk meredakan anak suhu panas anaknya.
Ads
1. Pertama sekali saya akan check suhu badan anak. Kalau lebih daripada 38 C, itu kita kena berjaga-jaga. Apa yang kita perlu buat?
2. Rendamkan sekejap anak dalam air atau senang cerita mandikan dia. Tapi itu kalau dia nak, kalau anak menangis dan rasa tak selesa boleh gunakan spray dan spray satu badan atau ambil tuala, basahkan dan lapkan pada seluruh badan.
3. Kita kena check dengan orang bertauliah ataupun doktor, saya selalu check dengan doktor saya, macam mana keadaan anak saya bila suhunya 38 C. Dengar apa kata nasihat doktor. Kalau malam tak ada ubat jadi kita kena pantau anak. Kalau siang bolehlah beli ubat.
Ads
4. Saya akan berjaga malam sebab kalau suhu anak terlampau panas, malam tu saya akan berjaga untuk pastikan suhu badan anak tak berada di tahap berbahaya.
5. Esoknya barulah saya ke farmasi dapatkan ubat. Inilah cara saya, alhamdulillah sampai besar saya tak pernah bawa Dayyan ke hospital, saya jaga sendiri. Alhamdulillah.
Pandai Hias Rumah
Rupanya di rumah Black bukan hanya pantau dan ambil kisah hal anak bahkan dia turut berkongsi rasa melalui susun atur dan gaya hiasan di rumahnya.
Ads
Kata Cira lagi, kesemua dekorasi dalam rumahnya adalah hasil idea Black.
“Bab-bab mengemas, dekor dan menghias rumah, semua jadi kesukaannya. Bukan menukar perabot baru tapi Black cukup kreatif mengolah perabot lama menjadi baru.”
Rupanya kabinet hiasan di ruang tamu yang berwarna hijau klasik merupakan sentuhan citarasa Black. Dia memilih untuk mengecat sendiri dan kemudian gores dengan kertas pasir untuk dapatkan kesan rustik klasik. Memang superb!
Bukan itu sahaja rupanya Black juga pandai bercucuk tanam. Kesemua jenis daun herba dan beberapa pokok lain ditanam dan dijaganya dengan baik. Alahai bertuahnya Cira dan anak-anak.
Kredit: @black.hanifah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi meraikan para pendidik hebat, Pa&Ma tampil menganjurkan Malam Gala Anugerah Pengusaha & Pendidik 2025 pada Sabtu lalu.
Majlis yang berlangsung di De Palma Hotel, Shah Alam ini merupakan anugerah yang julung-julung kali diadakan bagi meraikan dedikasi, komitmen, dan usaha luar biasa individu-individu yang menjadi tonggak pendidikan awal kanak-kanak di negara kita.
Seramai lebih 300 para pendidik hebat ini bukan sahaja menjadi inspirasi dan pemacu kepada pembangunan generasi masa depan bahkan mereka inilah wira dan wirawati di sebalik tabir yang tidak hanya membentuk akhlak dan sahsiah anak-anak kita, tetapi juga menyemai benih kecemerlangan yang bakal membuahkan hasil bagi negara.
Pada malam penuh gilang gemilang itu seramai 300 penerima anugerah dihimpunkan dalam satu dewan dengan tema Black & Gold. Masing-masing tampil dengan busana hebat mengikut tema dan bergemerlapan. Cantik kesemuanya.
Majlis gilang gemilang ini turut dihadiri oleh En Syamil Fahim, CEO Nu Ideaktiv serta Encik Mohd Shawani bin Ahmad Sabri, Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP.
Tidak ketinggalan juga Prof. Dr. Bustam Kamri, yang merupakan profesor Khair dari Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, University College MAIWP International (UCMI). Pakar Motivasi Terkenal, Dr Tengku Asmadi juga turut sama memeriahkan majlis pada malam itu.
Acara dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengacara majlis, Fiza Frizzy yang membuatkan majlis cukup santai tapi penuh bersemangat.
Lebih Enam Kategori Anugerah Raikan Pendidik Hebat
Acara pada malam itu dimulakan dengan anugerah khas bagi meraikan penguasaha dan individu hebat yang telah mencurahkan dedikasi dan komitmen luar biasa dalam industri pendidikan awal kanak-kanak. Anugerah ini dikategorikan mengikut pengusaha Emas, Perak dan juga Gangsa yang masing-masing berpengalaman luas dalam bidang ini.
Kemudian disusuli pula dengan Anugerah Inspirasi & Taat Setia serta Anugerah Pendidik Berpotensi dan Anugerah Pendidik Inovasi Kreatif serta Anugerah Pendidik Harapan.
Penampilan Istimewa Ayu Damit & Adira Suhaimi
Tidak hanya disajikan dengan juadah yang cukup istimewa kepada pendidik, penampilan istimewa Ayu Damit yang membawakan dua lagu menyerikan lagi majlis. Aura dan lantunan suara lantang dari Ayu membuatkan pendidik tempukau dengan kehebatan suaranya.
Sebelum anugerah ini melabuhkan tirainya, Adira Suhaimi tampil menyanyikan dua buah lagu pilihannya, Ombak Rindu dan Aku Ada Kamu. Adira yang tampil dengan busana hijau muda ternyata cukup menyerlah. Kelantangan dan kelembutan suaranya cukup menghiburkan semua.
Anugerah berprestij dan hebat ini pastinya menjadi satu batu loncatan buat pengusaha dan pendidik untuk memberikan yang lebih terbaik buat anak-anak kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Al Kauthar Eduqids menjalinkan kerjasama dengan Universiti Selangor (UNISEL) dalam meneroka peluang untuk membangun, menyokong dan memperkaya pembangunan penyelidikan dan pendidikan awal kanak-kanak.
Menurut Pengasas Al Kauthar Eduqids Dato Bakhtiar Aliff, “Bagi meneruskan usaha pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, Al Kauthar Eduqids menyediakan penempatan buat pelajar dari Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial UNISEL di Pusat Pendidikan di bawah Al Kauthar untuk menjalani praktikum. Manakala, dari segi kerjasama penyelidikan pula, UNISEL menjalankan kajian kes untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah pengajaran dan perkembangan kanak-kanak dan hal-hal lain yang akan dikenal pasti,” ujar beliau.
Tambah beliau lagi, dengan jalinan memorandum kerjasama tersebut, Alumni dari Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak UNISEL diberikan keutamaan peluang kerjaya sebagai guru dan juga pentadbir di Pusat-Pusat Pendidikan di bawah Al Kauthar Eduqids Sdn Bhd. Tidak terhad pada pelajar UNISEL sahaja, tenaga pengajar di Pusat-Pusat Pendidikan milik Al Kauthar Eduqids turut ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di UNISEL.
UNISEL dan Al Kauthar Eduqids turut bersetuju untuk kerjasama mempromosikan pendidikan awal kanak-kanak kepada umum melalui aktiviti promosi, bengkel, seminar dan sebagainya bagi meneruskan usaha meningkatkan tahap kesedaran kepentingan Pendidikan awal kanak-kanak. Dengan kerjasama tersebut kedua pihak turut bersetuju menubuhkan ikubator (Pusat Jagaan/Tadika) di bawah Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak.
Al Kauthar Eduqids berpegang teguh pada misinya sebagai tempat pembelajaran awal kanak-kanak yang menyeronokkan dan selamat berasaskan pada nilai dan ajaran Islam. Ia direka untuk membentuk dan mengukuhkan generasi baru yang mempunyai asas Islam yang baik, iman yang teguh dan nilai-nilai akhlak yang tinggi.
Bukan sekadar mendidik kanak-kanak untuk cemerlang akademik dan akhlak sahaja namun Al Kauthar turut menyediakan program pakej perlesenan konsultasi dan bimbingan kepada usahawan yang mahu memulakan perniagaan tadika sendiri.
Dengan memiliki lebih daripada 500 orang pendidik dan 6000 orang pelajar di seluruh negara, maka tidak hairanlah AKE mendapat pengitirafan daripada pelbagai jenama termasuklah Jenama Pilihan Pa&Ma, SME Entrepreneur Business Awards, Malaysian Prestigious Industry Awards, Superbrands Malaysia’s Choice, The Brand Laureate dan Baby Talk Readers’ Choice Awards.
Terdahulu, Al Kauthar Eduqids turut menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dengan beberapa institusi pendidikan bertauliah negara iaitu Open University Malaysia, Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Vokesional ERT Setapak.
Hello Kitty, kucing kesukaan ramai, akan berada di Malaysia. Peminat ‘Hello Kitty’ dapat berjumpa dengan watak kegemaran mereka di karnival ‘Hello Kitty Go Around!! In Malaysia’.
Karnival tersebut akan diadakan di Viva Home Expo Hall, dari 19 Disember 2015 hingga 19 Januari 2016.
Peminat ‘Hello Kitty’ bukan sahaja dapat bertemu dengan watak kegemaran mereka, mereka juga berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti seperi ‘Apple Temple’, ‘Hello Kitty Party Hall’, ‘Save The Goldfish’ and ‘Papa’s Reading Room!’ Aktiviti- aktiviti ini merupakan antara tarikan di ‘Hello Kitty Go Around!’ Carnival.
“Kami berasa teruja kerana berpeluang untuk merealisasikan karnival ini di Malaysia. Ini merupakan kali pertama karnival ‘Hello Kitty’ diadakan di Malaysia. Sambutannya amat menggalakkan. Ini merupakan peluang untuk peminat berjumpa dengan ‘Hello Kitty’, kata Jane Chan, Ketua Pegawai Operasi Hey Day Sdn. Bhd, penganjur ‘Hello Kitty Go Around!! In Malaysia’
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hello Kitty Go Around!! Carnival In Malaysia, layari www.hellokittygoaround.com.my atau ikuti www.facebook.com/HELLOKITTYGOAROUNDMALAYSIA.
Jawab soalan mudah di bawah dan menang pas masuk ke ‘Hello Kitty Go Around’. Sebanyak 20 pasang tiket masuk bernilai RM160 setiap satu menanti anda!
Soalan:
1. Hello Kitty Go Around!! In Malaysia akan diadakan dari 19 Dis 2015 hingga 19 Jan 2016.
A. Betul
B. Salah
2. Hello Kitty Go Around!! In Malaysia akan diadakan Viva Home Expo, Kuala Lumpur.
A. Betul
B. Salah
3. Lengkapkan slogan di bawah:
Saya ingin berkunjung ke Hello Kitty Go Around!! In Malaysia kerana ………………….
Emelkan jawapan anda ke: imc.karangkraf@gmail.com sebelum 23 Disember 2015. Pemenang bertuah akan dihubungi melalui e-mel.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.