Bluberi Kecil, Tapi Banyak Khasiat. Anak Boleh Jadi Cerdik Kalau Selalu Amalkan

Share

Walaupun buah bluberi bersaiz kecil, ia mempunyai banyak khasiat. Antaranya vitamin C, vitamin K dan manganese.

Buah ini juga merupakan salah satu daripada makanan yang kaya dengan antioksidan. Skor ORAC bagi buah ini ialah 9,621 lalu menjadikannya sebagai makanan yang tertinggi dalam kandungan antioksidan.

Memandangkan buah ini bagus untuk kesihatan, maka sudah pasti ia baik untuk si kecil. Jom ketahui manfaat buah bluberi untuk anak anda.

Mencerdaskan otak

Bluberi mengandungi phenols dan asid gallic yang dikenali sebagai agen perlindungan saraf. Menurut pengkaji dari Iran, hal ini menunjukkan buah ini mampu melindungi otak daripada kehilangan fungsi sel, neurotoksiti dan tekanan oksidatif.

Kajian turut mendapati bahawa dengan pengambilan lebih banyak buah beri, ia memberi kesan dalam memperlahankan masalah penurunan fungsi kognitif dan meningkatkan ingatan serta fungsi motor.

Para saintis mempercayai bahawa hasil ini adalah disebabkan oleh kandungan antioksidan yang ada di dalam buah seperti bluberi melindungi tubuh badan daripada tekanan oksidatif sekali gus mengurangkan keradangan.

Menyokong pencernaan

Memandangkan bluberi adalah sumber serat larut dan tak larut, ia membantu saluran pencernaan.

Pengkaji dari Univesity of Maine, Vivian Chi-Hua menyatakan penambahan bluberi ke dalam diet boleh membetulkan keseimbangan kandungan mikrob di dalam perut.

Kajiannya menemui bluberi mengandungi probiotik (bakteria baik) yang membantu pertumbuhan bakteria di dalam usus dan memudahkan proses pencernaan.

Baik untuk kulit

Kandungan vitamin dan mineral di dalam bluberi menyeimbangkan kestabilan hormon. Malah ia mengandungi resveratrol yang terbukti berupaya mengurangkan kerosakan kulit akibat pendedahan di bawah sinaran matahari yang akhirnya menggelapkan kulit.

Ia juga berupaya merawat kerosakan makular secara semula jadi dan meningkatkan penglihatan.

Dalam pada itu, sekiranya mahu menghidangkan bluberi sebagai kudapan kepada anak, pastikan makan buah ini dalam keadaan yang segar dan semula jadi.

Oleh yang demikan, kandungan nutriennya tetap terpelihara dan anak anda bakal mendapat manfaat daripada khasiatnya.

Sumber: Tengku Asmadi

IKLAN