Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan bank-bank tempatan akan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam bulan kepada peminjam individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bermula 1 April.
Beliau berkata, selain itu, pemegang kad kredit yang menghadapi kekangan kewangan boleh memilih untuk menukar baki kad kredit kepada pinjaman berjangka.
sumber gambar: Sinar Harian
Bermula 1 April
Jelasnya, fleksibiliti penangguhan pembayaran balik kad kredit ini boleh dimanfaatkan oleh peminjam dari 1 April sehingga 31 Disember 2020.
“Sektor korporat boleh berunding dengan bank masing-masing untuk menyusun semula pembayaran balik yang sesuai dengan keadaan perniagaan mereka.
“Ini adalah penting untuk membolehkan syarikat-syarikat terus berkemampuan untuk mengekalkan pekerjaan dan segera meneruskan aktiviti perniagaan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Pengumuman Muhyiddin itu mengesahkan laporan media sebelum ini yang memetik dokumen diserahkan Bank Negara (BNM) kepada bank-bank di Malaysia, sebelum ini, bahawa pelanggan akan dibenarkan menangguh pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka untuk enam bulan.
Laporan sebelum ini juga menyebut penangguhan ini bersifat automatik dan terpakai kepada semua hutang termasuk pinjaman perumahan dan kereta.
Kenyataan BNM
Pelanggan bank, termasuk pelanggan persendirian dan perniagaan kecil dan sederhana akan dibenarkan menangguh pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka untuk enam bulan.
Ads
Penangguhan ini bersifat automatik dan terpakai kepada semua hutang termasuk pinjaman perumahan dan kereta.
Hutang kad kredit tidak akan termasuk dalam penangguhan
sumber gambar: Astro Awani
Namun, hutang kad kredit tidak akan termasuk dalam penangguhan, kata Bank Negara Malaysia (BNM) menurut dokumen yang diserahkan kepada bank-bank di Malaysia.
“Bagi hutang kad kredit yang tidak tertunggak, bank akan menawarkan pelan pembayaran secara berperingkat selama tiga tahun.
“Bagi hutang kad kredit yang tertunggak, hutang akan ditukarkan secara automatik kepada pinjaman berjadual,” katanya.
Ads
Menurut BNM, usaha ini adalah untuk memastikan peminjam yang terkesan susulan penularan COVID-19 akan dapat dibantu.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan BNM pada Selasa dan akan berkuat kuasa bermula 1 April.
Ia akan terpakai kepada pinjaman dalam Ringgit Malaysia (RM) dan bagi hutang yang tidak tertangguh melebihi 90 hari pada 1 April.
Menurut BNM, maklumat penuh akan disampaikan bank masing masing. Untuk maklumat lanjut, pengguna dinasihatkan merujuk kepada bank masing-masing.
Keputusan ini dibuat PM kerana ramai rakyat yang resah memeikirkan hutang yang perlu dibayar dengan keadaan sekarang.
Ads
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata langkah itu amat bermakna dan mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Kementerian Kewangan, BNM serta industri perbankan negara.
“Seperti yang saya umumkan tempoh hari selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Kerajaan sedang mengkaji pelbagai cara untuk mengurangkan beban rakyat dan satu lagi pelan rangsangan ekonomi akan dilancarkan tidak lama lagi yang lebih komprehensif dan bermakna demi rakyat dan ekonomi negara.
“Saya telah pun meminta Kementerian Kewangan dan BNM untuk memperincikan pengumuman ini dengan lebih mendalam agar rakyat memahami sepenuhnya manfaat yang ditawarkan,” katanya.
Ujarnya, kerajaan pada hari ini sentiasa mendengar permintaan dan denyut nadi rakyat.
“Saya sedar bahawa impak wabak COVID-19 ini bukan hanya menimbulkan keresahan dari segi kesihatan dan kesejahteraan, tetapi Perintah Kawalan Pergerakan ini juga menimbulkan keresahan rakyat dari segi kewangan.
“Rakyat pelbagai lapisan sama ada usahawan, petani, nelayan, pekerja harian tertanya-tanya akan kedudukan ekonomi mereka.
“Antara perkara utama yang menimbulkan keresahan ini ialah pembayaran balik pinjaman bank, baik dari segi peminjam persendirian mahupun PKS yang perniagaan mereka terjejas akibat penularan wabak ini,” katanya
Setiap orang ujiannya lain-lain. Tak kira dalam apa situasi sekalipun, hanya Allah yang tahu. Ada yang diberi ujian anak sakit, kehilangan anak selepas dilahirkan, atau macam-macam lagi.
Bagi kita yang masih bernasib baik dan diberikan kesenangan oleh Allah bersyukurlah. Mungkin kita rasa tak senang seperti orang lain tapi bila keperluan keluarga dan anak-anak masih mencukupi itu pun rezeki.
Kisah sedih pasangan suami isteri ini yang dikongsikan oleh Abam Botak melalui Facebooknya cukup meruntun hati. Mana tidaknya kegembiraan menantikan cahaya mata tidak kesampaian kerana bayi yang dilahirkan meninggal dunia dan tidak sempat menatap kedua ibu bapanya.
Melalui perkongsian Abam Botak, kejadian yang menimpa suami isteri ini berlaku di Sandakan, Sabah.
Bayar deposit sebelum masuk wad
Ibu dan ayah ini daripada Estet Sukau. Mereka bergegas ke hospital kerana ingin menyambut kelahiran anak yang mereka cintai dan kasihi. Laluan yang mereka lalui untuk ke hospital juga sangat jauh.
Seperti biasa mereka perlu membayar wang deposit sebanyak RM800 ringgit terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke dalam wad. Namun mungkin kerana ada sedikit masalah. Ibu yang sedang kesakitan melahirkan anak ini, terpaksa dipindahkan ke hospital lain pula dengan menaiki ambulan.
Meninggal ketika dalam perjalanan
Malangnya, semasa dalam perjalanan. Anak yang hendak dilahirkan itu telah pun meninggal dunia. Sampai di hospital, sebelum masuk wad. Seperti biasa perlu membayar wang deposit RM2000 lagi sebelum dibenarkan masuk wad.
Berkali-kali si ayah hubungi kami. Minta tolong sangat-sangat dan pastikan kami dapat membantu mereka. Minta uruskan jenazah anak mereka. Minta solatkan jenazah anak mereka. Minta carikan tanah kubur untuk anak mereka dan minta kebumikan serta bacakan doa untuk anak mereka.
Ketika itu pula, terdapat dua lagi jenazah di lokasi berbeza yang perlukan bantuan kami. Mujur Alhamdulillah, ketika itu di hospital ada seorang Ustazah yang dapat membantu. Mengkafankan dan memandikan anak kecil itu. Dan Alhamdulillah juga ada seorang Ustaz yang tolong menyembahyangkan jenazah anak kecil itu.
Tiada gelaran buat ibu bapa kehilangan anak
Allah permudahkan segala-galanya. Kami juga berkesempatan menolong mengebumikan anak kecil itu. Si ibu masih lagi kesakitan di dalam wad. Menanggung kesakitan melahirkan anak. Dan menanggung kesedihan perginya anak yang dicintai. Dalam masa yang sama pula tidak dapat melihat anaknya dikebumikan buat kali terakhir.
Bagi anak yang kematian ibu dan ayah. Mereka akan digelar anak yatim. Namun bagi ibu dan ayah yang kematian anak. Tiada gelaran yang dapat diberikan kepada mereka. Semoga Allah merahmatimu nak! sambutlah tangan ibu dan bapamu nanti nak! Anak syurga. Amin.
Satu milimeter dari kematian akibat pensil. Seorang kanak-kanak berumur 2 tahun sedang menahan kesakitan selepas pensil telah tercucuk ke dalam mata terus ke dalam otak.
Wren Bowell telah terjatuh dekat anak tangga di mana pensil yang dipegang beliau itu tercucuk ke dalam soket mata kanak-kanak tersebut.
Anak kecil tersebut bernasib baik kerana pensil tersebut tidak terkena pada tiga salur darah utama tetapi tercucuk sedalam 1.5 inch di hadapan otak.
Doktor mengambil masa 4 jam operation membuang sebahagian kecil tengkorak untuk mengeluarkan pensil tersebut.
Kes ini terjadi pada tahun 2012 dan kanak-kanak tersebut telah sembuh sepenuhnya. Walaupunbegitu, ianya masih boleh dijadikan pengajaran kepada ibu bapa untuk memastikan penggunaan pensil oleh kanak-kanak perlu diawasi sepenuhnya oleh orang dewasa.
Kita tak tahu apa akan jadi. Jadi sentiasalah berwaspada kerana kemalangan boleh berlaku tanpa sebarang isyarat tambah-tambah lagi pada anak kecil yang belum tahu apa-apa.
Sumber: Dailymail & Public Health Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Anak perlukan ayah & ibu” – itulah kata-kata penuh emosi daripada pelakon terkenal, Kamal Adli, ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi prosiding kes perceraiannya dengan isteri, aktres Uqasha Senrose. Dalam keadaan rumah tangga yang sedang diuji, Kamal tetap memilih satu perkara sebagai keutamaan: masa depan anak kecil mereka, Hawra Uqaira.
Kamal Adli: Dua Bulan Tak Jumpa Isteri, Masih Mahu Pertahan Perkahwinan
Kamal tiba di mahkamah sekitar jam 9:34 pagi ditemani peguam dan beberapa rakan rapat. Ketika ditemui media, wajahnya jelas menyimpan seribu satu rasa. Pelakon berusia 39 tahun itu mengakui sudah hampir dua bulan tidak bersemuka dengan Uqasha, dan hari itu adalah pertemuan pertama mereka setelah tempoh yang panjang.
“Saya mohon semua doakan yang terbaik untuk kami. Kalau Uqasha dengan pendirian dia (mahu cerai), saya juga dengan pendirian saya (pertahankan). Sudah hampir dua bulan tidak berjumpa, dan hari ini pertama kali jumpa. Saya masih tak dapat hubungi dia. Anak saya perlukan ayah dan ibunya.”
Luahan itu cukup menyentuh hati ramai. Sebagai bapa, Kamal tidak mahu Qaira membesar tanpa kehadiran kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ketika usia anak itu baru setahun tujuh bulan, iaitu fasa pembentukan emosi yang sangat penting.
Uqasha pula tiba lima minit lebih awal bersama ibunya, peguam dan adiknya, Nelydia Senrose. Dalam kenyataannya, Uqasha akur dengan apa yang sedang berlaku dan tetap tegas dengan keputusan yang telah dibuat.
“Saya nekad. Doakan semuanya dipermudahkan.”
Aktres berusia 33 tahun itu memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu, menandakan bermulanya episod baharu dalam hubungan mereka selepas beberapa tahun bersama.
Perkahwinan Yang Pernah Penuh Bahagia
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis yang penuh indah di Janda Baik, Pahang. Kehadiran Qaira dalam hidup mereka menjadi penyeri dan pengikat kasih, namun kini nasib rumah tangga itu masih belum menemukan jawapan pasti.
Walau apa pun keputusan mahkamah, satu perkara sudah jelas: kedua-duanya tetap mengutamakan Qaira dalam apa jua keadaan.
Anak Perlukan Kedua-Dua Ibu Bapa Untuk Tumbesaran Emosi
Dari sudut psikologi kekeluargaan, anak kecil seumur Qaira sangat memerlukan kestabilan emosi daripada kedua-dua ibu bapanya. Hubungan ayah–anak dan ibu–anak membentuk perkembangan awal yang membantu pembinaan keyakinan diri, kawalan emosi dan rasa selamat.
Kerana itu, ramai ibu bapa yang melalui situasi sama akan mengakui: perkahwinan bukan lagi soal suami dan isteri semata-mata, tetapi soal masa depan anak.
Ramai Mendoakan Penyelesaian Terbaik
Perkongsian Kamal dan Uqasha mendapat perhatian ramai ibu bapa di Malaysia. Rata-rata mendoakan agar pasangan ini menemui jalan paling baik sama ada kembali bersatu atau memilih haluan berasingan tetapi tetap kekal sebagai ibu ayah terbaik buat Qaira.
Dalam setiap ujian rumah tangga, anaklah yang paling merasai dampaknya. Justeru, ramai yang berharap agar aura negatif dalam hubungan ini dapat berubah kepada sesuatu yang lebih positif demi kesejahteraan si kecil.
Akhir Kata: Jaga Emosi, Jaga Anak
Walau apa pun kesudahan rumah tangga mereka, satu perkara tidak akan berubah — kasih sayang seorang ayah dan ibu terhadap anaknya. Qaira berhak membesar dengan penuh cinta dan stabiliti emosi daripada kedua-dua belah pihak.
Pa&Ma mendoakan semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan Qaira terus membesar dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada kedua-dua insan yang melahirkannya. Karena walau apa pun yang berlaku… kasih seorang ibu dan ayah tidak akan pernah putus.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.