Selepas tiga tahun bersalin anak kedua, penyampai radio, Feeya Iskandar atau Cik Piah telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya di sebuah pusat perubatan di Selangor, jam 7 malam, pada Khamis.
Menurut Cik Piah, bayi lelaki dengan berat 3.38 kilogram itu dilahirkan secara normal dan ditemani suaminya, Nurashid Abd Wahab.
“Alhamdulillah proses bersalin dipermudahkan dan saya dapat seorang lagi anak lelaki.
“Boboboi kuasa tiga. Alhamdulillah nombor tiga ini lain macam sikit keluarnya. Sampai kena vakum sebabnya muka dia ke atas, tapi syukur mummy dan baby baik-baik saja,” kongsinya.
Dalam pada itu Cik Piah atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, 32, turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatannya dan bayi yang baru dilahirkan itu.
Ads
“Terima kasih pada yang mendoakan dan mohon panjangkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan mummy dan baby ya.
Ads
Sebelum ini, Cik Piah tidak mengumumkan jantina anak ketiganya walaupun ramai yang bertanya dan hanya akan beritahu sebaik dilahirkan. Jadi semuanya dah terjawab apabila bayi dah selamat melihat dunia.
Dah ada 3 bakal imam
Ads
Selagi tak dapat girl ‘kilang’ buka lagi
Tahniah sekali lagi untuk Cik Piah! Walaupun ramai yang cakap jaga anak lelaki, tenaga ibu perlu keluar lebih sikit namun percayalah betul cara didikan kita, bila besar mereka inilah yang bakal jadi bodyguard dan kebanggaan hati. Ingat anak lelaki atau perempuan semua tu rezeki Allah.
Kredit: Ig Feeya Iskandar
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegagalan sesetengah ibubapa memberikan imunisasi kepada anak-anak bukan saja menyebabkan risiko kesihatan kepada anak itu sendiri, malah juga kepada kanak-kanak lain. Jangan risikokan anak kecil kita. Biarkan mereka hidup sihat atas pilihan yang dibuat kita. Mak ayah perlu bertindak bijak.
Memilih untuk menyuntik vaksin terutama vaksin yang sepatutnya disuntik seawal usia anak amatlah perlu. Vaksin pneumococcal sememangnya amat perlu diambil oleh mak ayah untuk anak mereka. Apa sebabnya?
Menurut Pakar Kanak-Kanak, Dr Sharifah Aida, penyakit pneumokokal boleh menjadi sangat berbahaya bagi kanak-kanak. Jangan biarkan anak jadi mangsa.
Penyakit pneumokokal ini adalah setu jenis penyakit yang dibawa oleh bakteria streptococcus pneumoniae. Penyakit ini menyebabkan masalah terutamanya masalah pernafasan terutama di bahagian telinga dan selaput otak.
Penyakit ini boleh menjadi sangat bahaya, sebab itulah kita sarankan ambil vaksin di kalangan kanak-kanak terutama kanak-kanak di bawah lima tahun kerana kita pernah nampak yang extreme, yang bahagian invasif. Sekiranya mereka nak survive pun, ada yang menyebabkan keadaan yang lumpuh atau pun kerosakan paru-paru yang serius.
Apa pentingnya vaksin Pneumokokal ini sebenarnya? Disebabkan pneumokokal ini sebenarnya sangat senang nak merebak terutama selalunya pada peringkat dewasa mungkin kita tak ada simptom dan bakteria boleh duduk dalam saluran pernafasan.
Kita pulak balik cium anak-anak kita, jadi bakteria boleh sampai dekat anak-anak kita.
Vaksin ini paling awal kita boleh bagi seawal usia bayi 6 minggu dan ke atas. Kita ada jadual, sekiranya kita ambil awal lagi banyak kuantiti kena ambil sebab bayi masih lagi belum ada tahap imun yang tinggi.
Tapi sekiranya kita ambil masa bayi umur 6 minggu, kita perlukan empat dos sahaja untuk anak.
6 minggu – 4 dos 7 bulan – 3 dos Setahun – 2 dos 2 tahun ke atas – 1 dos
Bergantung kepada jenis, ada dua jenama yang mak ayah boleh ambil dan harga sekitar RM180 hingga RM300 sahaja bergantung kepada tempat.
Kesan sampingan adalah normal Semua benda yang kita bagi pada anak sebenarnya ada kesan sampingannya dan ada risikonya. Bagi Pneumokokal ini biasanya anak akan demam, bahagian yang dicucuk mungkin rasa bengkak, lemah dan lesu sikit untuk beberapa hari dan kemudiannya akan hilang.
Bagi saya, vaksinlah anak-anak anda. Saya tahu banyak vaksin yang kita perlukan dalam masa dua tahun pertama anak-anak kita tetapi janganlah abaikan pengambilan vaksin ini. Ini penting.
Tubuh badan anak sihat juga adalah pilihan dari kita. Apa salahnya kita memperuntukkan sedikit kos untuk kesihatan anak. Mak ayah tak rugi pun.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi mereka yang mempunyai anak, sila perhatikan anak anda terutamanya bagi mereka yang telah bersekolah. Ada satu trend yang membimbangkan sedang berlaku terhadap kanak-kanak di seluruh dunia. Mungkin anak anda merupakan salah seorang daripadanya. Ingin tahu apakah perkara tersebut? Baca pendedahan di bawah ini.
Darah tinggi pada usia 6 tahun
Satu kajian terbaharu yang dijalankan oleh Universiti Oxford mendapati, terdapat peningkatan sebanyak dua kali ganda bagi kadar kanak-kanak yang mempunyai tekanan darah tinggi berbanding jumlah pada tahun 2000. Jika pada tahun 2000, hanya 3 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mempunyai tekanan darah tinggi, angka tersebut telah meningkat kepada 6 peratus pada tahun 2015. Untuk pengetahuan anda, hanya 1 peratus kes ini direkodkan pada tahun 1990-an. Ini bermakna peningkatan kes tekanan darah tinggi dalam kanak-kanak adalah sangat konsisten tahun demi tahun.
Kajian ini telah mengumpulkan data antara tahun 1994 hinggalah tahun 2018 yang melibatkan 47 kajian. Paling mengejutkan, tekanan darah tinggi ini telah dikesan dalam kanak-kanak yang berumur seawal enam tahun.
Obesiti dan hipertensi
Hasil kajian ini ditemukan ketika mana sedang berlakunya krisis obesiti kanak-kanak global akibat pemakanan yang tidak sihat. Perkara ini sememangnya bukan satu perkara yang pelik, kerana terdapat perkaitan yang kuat antara berat badan berlebihan dan tekanan darah tinggi atau hipertensi.
Pada kebiasaannya, hipertensi tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi boleh membawa kepada kejadian strok dan serangan jantung. Ini kerana salur darah, jantung dan organ-organ lain mempunyai beban yang bertambah.
Hipertensi bukan lagi penyakit orang tua
Hipertensi atau tekanan darah tinggi tidak lagi dianggap sebagai penyakit orang tua. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa, melalui pemakanan yang tidak teratur dan tidak sihat, tekanan darah tinggi ini boleh menjelma seawal usia kanak-kanak.
Antara faktor yang menyebabkan hal ini terjadi adalah, pendedahan terhadap pemakanan yang tinggi kandungan garam, lemak dan gula, iklan makanan yang mengelirukan serta promosi-promosi makanan ringan yang menarik minat kanak-kanak. Ini telah menjadikan tekanan darah tinggi kanak-kanak sebagai salah satu cabaran kesihatan awam yang perlu ditangani segera di peringkat global sebelum ia membarah.
Nasihati anak-anak anda agar tidak membeli sebarang makanan ringan atau ‘jajan’ yang dijual di kantin sekolah atau penjaja yang berjualan di hadapan sekolah. Mungkin kali ini anda perlu bertindak tegas agar anak anda tidak menjadi salah seorang mangsa tekanan darah tinggi. Pihak pentadbiran sekolah juga boleh melarang sebarang penjualan makanan ringan di kantin dan koperasi sekolah selain menghalang penjaja daripada berniaga makanan yang tidak sihat di hadapan sekolah. Ingatlah untuk mencegahnya sebelum parah!
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan suami isteri, masing-masing mengharapkan kelahiran cahaya mata yang normal dan sihat. Siapa sahaja yang tidak mahu memiliki bayi yang cukup sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah atau komplikasi. Namun, tidak semua berpeluang memiliki kelahiran seperti yang disangka. Ada pasangan yang mungkin ditakdirkan akan memiliki bayi dengan kelahiran pramatang.
Bagaimana anda boleh bertindak dalam menjaga bayi pramatang? Adakah ia sukar dan anda fikir anda tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam menjaga bayi pramatang? Jangan risau. Sekiranya anda tahu langkah yang betul dan bersedia, ia bukanlah satu perkara yang sukar. Ia hanya perlu diberi perhatian dalam satu tempoh masa tertentu untuk memelihara kesejahteraan tubuh bayi tersebut sahaja. Ikuti perkara-perkara yang perlu anda tahu seperti berikut jika memiliki bayi pramatang.
Sekiranya anda memiliki bayi pramatang, dia mungkin tidak kelihatan atau berkelakuan seperti bayi yang lain. Sekiranya purata bayi lain mempunyai berat sekitar 3.17 kg, bayi pramatang mungkin mempunyai berat sekitar 2.26 kg atau mungkin juga kurang daripada itu.
Saiz tubuhnya juga adalah lebih kecil. Memandangkan jumlah lemak yang dimilikinya juga adalah sangat sedikit, kulitnya juga mungkin kelihatan agak nipis sehingga boleh menampakkan salur dan pembuluh darah.
Pada kebiasaannya, bayi pramatang akan dimasukkan ke unit penjagaan rapi neonatal (NICU) agar penjagaan terbaik dapat diberikan kepadanya. Ini adalah peluang terbaik untuk anda mempelajari segala kemahiran yang diperlukan apabila tiba masanya untuk anda membawa pulang bayi ke rumah. Perhatikan bagaimana doktor dan jururawat melakukan setiap perkara, dan bertanya kepada mereka sekiranya terdapat sebarang persoalan.
Semasa di NICU, anda akan menentukan sekiranya bayi anda disusukan dengan susu ibu atau susu formula. Susu ibu semestinya pilihan terbaik untuk setiap bayi. Walau bagaimanapun, susu ibu perlu diperkayakan dengan protein, vitamin, dan mineral tambahan untuk memenuhi keperluan nutrisi yang tinggi oleh bayi pramatang. Ia biasa akan dicampurkan dengan human milk fortifier, sejenis produk nutrisi yang berfungsi menggalakkan tumbesaran sihat untuk bayi pramatang.
Di hospital, bayi pramatang biasanya akan belajar untuk menghisap, menelan dan bernafas untuk makan secara selamat. Di hospital, bayi pramatang akan diberikan susu sebanyak 5 ml dalam setiap 3 jam. Sekiranya bayi sudah mula boleh disusukan secara penyusuan badan atau susu botol, bayi tersebut akan mula dibenarkan pulang ke rumah bersama anda. Di rumah, perhatikan isyarat bayi anda. Anda mungkin perlu mengubah waktu dan kuantiti susu yang ingin diberikan memandangkan perut bayi anda sudah mula membesar.
Bayi pramatang anda mungkin memiliki sistem imun yang agak lemah. Sila ambil langkah berjaga-jaga berkenaan kebersihan persekitaran rumah anda agar kesihatan bayi anda kekal terjaga. Pastikan mereka yang datang berziarah mencuci tangan mereka terlebih dahulu dengan sabun dan air suam bersih sebelum mereka memangku bayi anda, dan begitu juga diri anda. Pastikan tahap kebersihan ini kekal terjaga dalam semua aspek termsuklah semasa penyediaan susu bayi.
Jika rumah anda berada dalam keadaan yang dingin, pakaikan bayi anda dengan pakaian yang boleh mengekalkan suhu badannya. Bayi tidak cukup bulan memiliki jumlah lemak badan yang sedikit, oleh itu pakaian yang sesuai amat diperlukan agar bayi anda tidak kesejukan. Pastikan juga pakaian tersebut selesa, bukannya cantik luaran semata-mata.
Menjaga bayi pramatang menjadikan anda sebahagian daripada golongan ibu bapa yang sangat prihatin dan amat berhati-hati dalam melakukan setiap perkara, terutamanya jika ia berkaitan dengan bayi anda. Jangan risau, pasukan kesihatan ibu dan bayi di hospital akan sentiasa membantu anda menjaga bayi anda, dan tidak akan meninggalkan anda keseorangan. Dapatkan nasihat daripada mereka dan sentiasa merujuk kembali kepada mereka sekiranya terdapat sebarang kesulitan yang timbul.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...