Ada segelintir ibu bapa gemar memberikan ubat bontot ataupun nama perubatannya suppository (supp) kepada anak sebaik sahaja mendapati anaknya demam.

Ya, itulah yang dilakukan oleh doktor jika mendapati suhu badan pesakit ciliknya melebihi 39°C. Hal ini kerana ubat bontot atau supp lebih mudah diberikan kepada kanak-kanak berbanding ubat berbentuk sirap.

Sementara itu, sebagai ibu bapa anda perlu tahu cara betul penggunaan ubat supp ini. Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi pengetahuannya tentang ubat supp.

Jika anak anda demam dan sukar makan ubat, lazimnya doktor akan berikan ubat supp paracetamol (PCM). Ia sama seperti ubat yang diberi menerusi mulut.

Ubat supp lebih memudahkan terutamanya bagi anak yang kerap termuntah selepas diberi ubat sirap. Malah jika anak dalam keadaan tidur, ubat supp boleh digunakan. Jika suhu badan anak adalah 38°C, anda boleh beri supp PCM.

IKLAN

Anda perlu tahu bahawa jarak pemberian supp dan sirap PCM hendak 4 – 6 jam bagi mengelakkan isu terlebih dos.

Untuk kanak-kanak, dos ubat dikira berdasarkan berat badan. Dalam pada itu, terdapat dua jenis dos ubat supp iaitu 125mg dan 250mg.

Ikuti saranan pemberian ubat supp kepada anak seperti berikut.

IKLAN
  • Umur 6 bulan – 4 tahun
    1 biji supp PCM 125mg, 4 kali sehari
  • Umur 5 – 8 tahun
    2 biji supp PCM 125gm, 4 kali sehari atau 1 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari
  • Umur 8 – 12 tahun
    2 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari

Anda diingatkan untuk meneliti dos ubat supp sama ada ia 125mg atau 250mg. Jangan salah beri pula.

Cara betul beri ubat supp

Boleh Guna Ubat Bontot Bila Demam 38°C. Doktor Ini Kongsi Panduan Penggunaan Yang Betul

 

IKLAN

1. Seelok-eloknya masukkan ubat supp selepas anak membuang air besar. Namun, ia boleh diberi pada bila-bila masa.

2. Baringkan anak dalam posisi mengiring. Angkat lutut anak ke bahagian dadanya.

3. Buka pembalut ubat supp. Sapukan supp dengan air.

4. Masukkan bahagian ubat supp yang tajam ke dalam dubur dan tolak ia sehingga masuk ke dalam kesemuanya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI