Pemergian ibu kepada dua anak dalam keadaan tragis di tangan suami baru-baru ini cukup buatkan ramai yang terkesan. Perasaan ini turut sama dirasai oleh pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun.

Dalam posting sebelum ini, beliau berkongsi hasratnya untuk berjumpa dengan keluarga dan anak-anak arwah. Alhamdulillah akhirnya niat itu dipermudahkan setelah ada pihak yang mempertemukannya di Ulu Tiram, Johor.

“Bonda Abang & Adik Di Syurga.” Mula Rindu, Anak Kerap Terjaga Malam Cari Arwah

Arwah seorang isteri dan ibu yang baik pada anak 

Ustazah Asma meluahkan rasa syukur akhirnya dia berkesempatan ke Johor Bharu untuk menziarahi keluarga arwah Hasliza Alias iaitu mangsa yang dibunuh oleh suaminya sendiri. Menurut beliau, ahli keluarga arwah mengakui terlalu banyak fitnah dan kejian terhadap arwah tetapi penulisan ustazah Asma sebelum ini sedikit sebanyak telah membantu menjernihkan keadaan.

SubhanAllah, daripada si adik (Nor), saya dapat mendengar kisah kebaikan dan ketaatan seorang wanita yang cuba sedaya upaya menjadi isteri yang baik buat seorang suami.
Dan akhirnya tangan suaminya juga yang menghantarkannya ke Syurga (ameen). Semoga si suami bertaubat nasuha dan diterima taubatnya oleh Allah swt.

“Bonda Abang & Adik Di Syurga.” Mula Rindu, Anak Kerap Terjaga Malam Cari Arwah

Saya tidak boleh menuliskan secara terperinci apa yang saya dengar daripada Nor, iaitu adik arwah, kes masih dalam siasatan polis. Jenazah pun masih dalam forensik. Mereka masih menunggu dibawa pulang jenazah untuk dimaqamkan di Terengganu.

“Bonda di syurga…”

SubhanAllah, satu sudut, kami panjatkan kesyukuran kepadaNya, kehebatan dan perlindungan serta kasih sayang Allah swt terhadap anak kecil ini benar-benar boleh dilihat dan dirasai.

Selepas peristiwa tersebut, si abang berumur 4 tahun, si adik berumur 3 tahun, sepertinya faham apa yang berlaku. Tidak memberontak mencari bonda (panggilan pada arwah), sudah mula menyebut bahawa bonda di Syurga. Saya yakin, Allah SWT telah memudahkan segalanya buat anak-anak ini dan Nor yang menggantikan ibunya sementara waktu.

“Bonda Abang & Adik Di Syurga.” Mula Rindu, Anak Kerap Terjaga Malam Cari Arwah

IKLAN

Tengah malam bangun cari bonda

Bukan kerana anak ini tidak rindu dan sayang pada bonda, bahkan mereka memang lebih manja dengan bonda. Cerita Nor, pada waktu tengah malam biasanya mereka akan bangun dan dilihat gelisah, mungkin mencari-cari bonda. Terus dipasang ayat alQuran dan ditepuk², mereka akan tidur semula. Kata Nor, begitulah cara arwah tidurkan anaknya..

Saya dapat merasakan bahawa anak-anak ini dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik. Bayangkan si abang yang berumur 4 tahun, boleh meminta dengan Nor (emak saudaranya) nak mengaji alQuran. Kerana dah jadi kebiasaan arwah mengajarkan sendiri anak membaca alQuran.

ARTIKEL BERKAITAN [“Saat Rindukan Bonda, Tengoklah Video Ni.” Kenangan Terakhir Arwah Buat Anaknya]

Kedua-dua anak juga sangat tenang, walaupun lelaki tapi mereka ‘behave’, hormat tetamu, mudah mesra, terus sahaja melakukan apa yang diminta emak saudaranya. Sungguh saya kagum dengan didikan arwah. Walaupun tak mengenali kami, si adik datang bermanja dan meminta untuk bukakan plastik makanan dan lain-lain.

Nor bercerita, banyak proses yang perlu dilalui untuk pelbagai urusan susulan kematian bondanya. Dan anak-anak memberikan kerjasama yang mudah. Sehinggakan para pegawai polis sendiri menyatakan rasa sayang pada mereka.

“Bonda Abang & Adik Di Syurga.” Mula Rindu, Anak Kerap Terjaga Malam Cari Arwah

IKLAN

Arwah sangat jaga aib dan rahsia rumahtangga

Satu lagi kekaguman saya pada arwah, Nor dan keluarga sendiri tidak tahu secara terperinci apa yang berlaku antara arwah dengan suaminya. Kerana sikapnya sangat menjaga aib dan rahsia rumahtangga sedari awal pernikahan. Walaupun mereka dapat menghidu ada sesuatu yang tidak kena, namun sedaya upaya arwah merahsiakannya.

Dan saya sangat memuji keluarga arwah yang dilihat begitu tenang, kami dapat jumpa 4 orang adik arwah, namun ibu ayah arwah di Terengganu. Mereka semua sedikit pun tidak memberi perhatian dengan menyebutkan apa-apa keburukan abang ipar (suami arwah) yang dipanggil abang Ngah.

“Bonda Abang & Adik Di Syurga.” Mula Rindu, Anak Kerap Terjaga Malam Cari Arwah

Bahkan mereka masih menggunakan ayat yang tidak berunsur dendam, seperti..

“Kami pun tak tahu apa yang berlaku antara mereka, kenapa Abang Ngah buat begitu..”

“Kami takkan tanam rasa benci anak-anak ni pada ayahnya, kerana walau apapun, itu ayah kandung mereka”.

IKLAN

“Mungkin Abang Ngah diluar sedar dan kawalan…”

LAGI ARTIKEL BERKAITAN [Jiran Nampak Suami Mangsa Bawa Keluar Tong Air, Hari Sama Isterinya Dilaporkan Hilang]

Walaupun hakikatnya mereka kurang rapat dan mengenali dengan Abang Ngah tersebut, mereka tetap menguatkan hati dan menerima ketetapan Allah dengan reda. Allahu Akbar.

“Bonda Abang & Adik Di Syurga.” Mula Rindu, Anak Kerap Terjaga Malam Cari Arwah

Arwah sempat buat video call dengan kedua-dua belah keluarga 

Nor juga menyatakan rasa kasihan belasnya kepada ibu ayah suami arwah, kerana katanya, sebaik mengetahui berita bahawa anak lelakinya telah melakukan perbuatan tersebut, terus si ibu tua jatuh pengsan dan melalui hari-hari dalam kesedihan. Rasa malu dan bersalah terus menerus menekan jiwa mereka.

Allahu.. benarlah, memang ibu bapa arwah sungguh dukacita, namun ibu bapa dan keluarga mertua juga tidak kurangnya, kerana hakikatnya kedua anak kecil itu cucu dan keluarga mereka juga. Nor bercerita, beberapa hari sebelum, arwah ada buat video call bersama anak-anak dengan atuk nenek kedua-dua belah.

“Bonda Abang & Adik Di Syurga.” Mula Rindu, Anak Kerap Terjaga Malam Cari Arwah

Sama-sama kita mengambil iktibar daripada kisah ini dan saling mendoakan kebaikan untuk semua. Semoga arwah tenang disana, kematian yang Husnul Khatimah dan Barzakh umpama Taman SyurgaNya.

Kredit: Ustazah Asma’ binti Harun

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI