Bosan Dah Makan Bubur, Buat Menu Rice Egg Roll. Confirm Anak Tak Tolak!

Share

Di usia 12 bulan, bayi anda sudah boleh membiasakan diri minum dalam cawan dan makan sendiri menggunakan sudu dan juga tangannya. Bentuk makanan juga haruslah berubah lebih kasar sedikit berbanding ketika usianya 6 bulan.

Kalau mama nak cuba resepi baru yang sesuai untuk anak 12 bulan jom ikuti resepi yang dikongsi ini. Selamat mencuba!

“Bosan dah asyik makan bubur je… Shauqi pun dah nak setahun .. slow-slow ibu tukar tekstur makanan. Bagi ada bentuk, warna untuk tarik minat shauqi makan..Alhamdulillah habis Shauqi makan.”

💙 Rice egg roll 💙

  • Tumis bwg putih + ayam cincang (ibu guna unsalted butter) = ketepikan
  • Pukul telur + brokoli + serbuk bilis = ketepikan


Cara Penyediaan:

  • Letak telur dalam pan, jangan tebal jangan nipis (macam buat telur dadar)

  • Letak nasi (jangan banyak sangat nanti susah nak gulung)

  • Tabur ayam cincang, serbuk keju, letak carrot(nak sagat pun boleh)

  • Gulung

  • Tunggu sejuk baru potong
  • ❌Salt ❌Sugar ❌Msg

Kredit: nadia

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN