Ads

Botol Susu Anak Penuh Kerak & Keladak, Guru Taska Tampil Kongsi Realiti Mengejutkan

Botol susu anak penuh kerak dan keladak bukan sekadar isu kecil, tetapi realiti yang benar-benar berlaku di taska dan boleh memberi kesan kepada kesihatan anak.

Semua ibu ayah dalam dunia ni, kalau boleh memang nak bagi yang terbaik untuk anak. Nak anak sihat, ceria, membesar tanpa masalah. Tapi kadang-kadang, benda kecil yang kita rasa remeh sebenarnya boleh jadi punca anak tak sihat.

Baru-baru ni, tular perkongsian daripada guru taska yang minta ibu ayah lebih alert tentang keadaan botol susu anak. Isunya nampak simple  botol susu berkeladak, berkerak dan berbau, tapi dibawa ke taska hampir setiap hari dalam keadaan yang sama.

Botol Susu Anak Penuh Kerak Dibawa Ke Taska Setiap Hari

Menurut guru tersebut, ada botol yang dibawa balik setiap hari, tapi masuk hari Isnin masih dalam keadaan kotor. Persoalannya, cuti Sabtu Ahad tu tak basuh ke? Tak sterilize langsung?

Bila anak cirit-birit atau muntah, soalan pertama yang keluar selalunya,

“Kat taska makan apa?”
“Ada jangkit dengan kawan-kawan ke?”

Siap ada yang terus salahkan cikgu, kononnya tak basuh betul-betul atau malas.

Hakikatnya, di taska, guru memang basuh botol susu dua kali sehari  sebab kebanyakan anak minum susu dua kali. Tapi berus yang digunakan biasanya jenis silikon, yang memang tak mampu capai kerak-kerak halus di celah dalam botol atau pada bahagian puting. Kalau botol susu anak penuh kerak dari rumah dan tidak dibersihkan sempurna, memang susah nak hilangkan keladak yang dah melekat keras.

Botol Susu Anak Penuh Kerak & Keladak, Guru Taska Tampil Kongsi Realiti Mengejutkan Botol Susu Anak Penuh Kerak & Keladak, Guru Taska Tampil Kongsi Realiti Mengejutkan

Perkongsian Guru Dan Ibu Ayah Lain

Dalam tinjauan komen, ramai guru dan ibu lain turut berkongsi pengalaman sama.

Ads

Ada yang cakap, memang wujud parents yang terlalu ambil mudah. Cuba tengok sekali penutup botol air anak  ada yang penuh kerak putih susu kering. Itu belum kira bahagian dalam puting.

Ada guru yang cerita, mereka siap rendam botol dalam air panas dulu sebelum basuh. Tapi parents hantar anak dalam keadaan tak mandi, baju bau lembap, malah pernah juga susu dalam botol dah basi sebab tak dibasuh.

Lebih menyedihkan, ada yang siap WhatsApp ibu ayah, ambil gambar botol dan tegur dengan baik:

“Puan, botol anak puan ni dah macam sarang bakteria. Elok tukar ya, takut anak sakit.”

Jawapan yang diterima?

“Oh saya tak perasan sebab ni botol untuk taska je. Kat rumah guna botol lain.”

Ads

Bayangkan maksudnya botol tu memang dibiarkan dalam beg tanpa dibersihkan sempurna.

Selain itu antara komen adalah:

“Memang wujud ya parents pemalas dan pengotor,cuba tengok penutup botol minum anak sekali,ada yang berkerak”

“Betul sangat , kita ni cikgu-cikgu  punyalah rajin siap rendam dulu dalam air panas, parent hntar anak comot , tak mndi .. baju bau lembab .. pernah tu susu basi tak basuhh .. apa benda lahhh ..”

“Iyeee puting 3 bulan sekali kena tukar patutnya. Kesian anak.”

Ads

Kenapa Botol Susu Anak Penuh Kerak Boleh Jejaskan Kesihatan?

Ibu ayah, kita kena faham satu benda. Susu ialah medium yang sangat mudah jadi tempat pembiakan bakteria. Sisa susu yang tertinggal, walaupun nipis dan tak nampak jelas, boleh jadi biofilm  lapisan bakteria yang melekat kuat pada permukaan botol dan puting.

Apabila botol susu anak penuh kerak digunakan setiap hari tanpa pembersihan dan proses steril yang betul, risiko jangkitan perut, cirit-birit dan muntah memang tinggi. Anak kecil belum ada sistem imun yang kuat, jadi mereka lebih mudah terdedah kepada jangkitan bakteria.

Puting susu pula bukan boleh guna sampai koyak baru nak tukar. Sepatutnya setiap 2–3 bulan dah kena ganti, atau lebih awal kalau nampak dah keruh, keras atau ada keladak putih. Jangan tunggu sampai botol susu anak penuh kerak baru nak ambil tindakan.

Jangan Bezakan Botol Rumah Dan Taska

Botol Susu Anak Penuh Kerak & Keladak, Guru Taska Tampil Kongsi Realiti Mengejutkan

Ini bukan soal nak salahkan ibu ayah. Ini soal kesedaran.

Kadang-kadang kita terlalu fokus pada makanan organik, vitamin mahal, susu formula premium tapi kebersihan asas terlepas pandang. Anak kecil belum ada sistem imun yang kuat. Apa yang masuk ke badan mereka, itulah yang tentukan kesihatan mereka.

Kalau sayang anak, jangan beza botol “untuk rumah” dan botol “untuk taska”. Pastikan botol susu anak penuh kerak tidak lagi berlaku kerana ia boleh dielakkan dengan disiplin pembersihan yang konsisten.

Bersihkan betul-betul. Sterilize. Periksa celah penutup. Tukar puting bila perlu. Benda kecil, tapi impaknya besar. Anak tak pandai mengadu botol tu berbau atau berkerak. Dia cuma akan tunjuk melalui badan  demam, cirit-birit, muntah. Dan waktu tu, jangan cepat tuding jari. Kadang-kadang jawapannya… ada dalam beg anak sendiri.

Sumber: deqnordv

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Momen Perpisahan Adik Kang Kang Di PASTI Undang Tangisan Rakan-Rakan, Ramai...

Adik Kang Kang menjadi perhatian ramai apabila momen perpisahan kanak-kanak Cina di PASTI ini menyentuh hati dan memaparkan nilai toleransi serta kasih sayang luar biasa.