Kanak-kanak tidak dibenarkan sertai musim haji 2025. Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan peraturan baru bagi musim haji 2025 dengan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menyertai jemaah haji ke tanah suci, lapor Azernews.

Kanak-kanak Tidak Dibenarkan Sertai Musim Haji 2025

Kanak-kanak Tidak Dibenarkan Sertai Musim Haji 2025

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkata, bahawa langkah ini bertujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada risiko berbahaya akibat kesesakan yang luar biasa setiap tahun semasa musim haji.

“Kami mengambil langkah ini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta mengurangkan sebarang bahaya yang mungkin berlaku semasa perjalanan haji,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan rasmi baru-baru ini.

Sebagai tambahan kepada langkah ini, kementerian itu juga telah memperkenalkan beberapa inisiatif baharu yang bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan jemaah haji.

Kanak-kanak Tidak Dibenarkan Sertai Musim Haji 2025

Ini termasuk kempen kesedaran mengenai keselamatan mandiri, pengenalan sistem pintar yang direka untuk membimbing dan mengawal pergerakan jemaah haji ke kawasan ibadah dan pemodenan khemah serta laluan untuk meningkatkan keselesaan bagi memudahkan pelaksanaan ibadah haji.

Ads

Selain itu, kementerian turut mengumumkan bahawa keutamaan akan diberikan kepada jemaah yang menunaikan ibadah haji buat kali pertama pada tahun 2025 ini.

Sebelum ini, Arab Saudi juga telah mengumumkan perubahan penting kepada dasar visa haji. Bermula 1 Februari, jemaah dari 14 negara hanya akan layak untuk mendapatkan visa masuk tunggal. Perubahan ini bertujuan untuk mengurangkan amalan menunaikan Haji tanpa kebenaran yang sah.

Sumber: Agensi – Sinar Harian

Ads

Baca artikel lain juga: Anak Sari Yanti, Dariya Kecewa Belum Dapat Gelaran Hajah, Simulasi Haji Rupanya

 

Ads

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI