
Lepas bersalin badan memang kurus semulajadi tetapi lepas beberapa bulan, berat mula naik mendadak. Mak-mak mula risau, ditambah pula bila menyusu anak. Sudahnya diet hanya tinggal diet. Ibu jadi kecewa. Brisk walk ibu selepas bersalin adalah salah satu cara sihat yang disarankan tetapi ramai salah caranya.
Aktiviti brisk walk yang kini semakin popular sebenarnya banyak membantu jika dilakukan dengan cara yang tepat. Apa teknik yang sesuai?
Jika anda mulakan brisk walk pada waktu pagi, hidup jadi lebih on track. Boleh mulakan dengan gerak tubuh, otak pun auto rasa lebih fokus, produktif dan positif sepanjang hari. Ini sebabnya brisk walk ibu selepas bersalin
sangat sesuai dijadikan rutin harian.Tip daripada saudari Razowa Malaysia tentang bagaimana beliau mengamalkan gaya hidup sihat dengan berjalan mengikut pace dan keupayaan diri ini boleh dijadikan panduan untuk ibu bersalin kembali kurus. Yang penting caranya tepat!
Tempoh ni paling ideal untuk masuk “fat-burning zone”. Minimum 5 hari seminggu (boleh selang sehari kalau penat). Konsistensi sangat penting dalam brisk walk ibu selepas bersalin untuk hasil yang berpanjangan.
– Teknik interval ringkas:
Ulang selama 30 minit untuk bantu tingkatkan pembakaran kalori dengan lebih efektif.
Namun, pastikan badan anda selesa dan tidak memaksa diri.
Pastikan postur betul kerana lebih banyak otot digunakan. Paling penting lebih kalori terbakar. Teknik ini nampak mudah, tetapi ramai terlepas pandang. Jadi kena ikut cara ni.
Jangan brisk walk saja, tapi masih makan berlebihan. Kawal portion dan pilih makanan berkhasiat untuk sokong usaha anda.
Lemak tak hilang dalam sehari, tapi usaha berterusan akan nampak hasil. Dalam tempoh ini, brisk walk ibu selepas bersalin boleh bantu tingkatkan metabolisme secara semula jadi.
Ambil gambar dan ukur lilit badan setiap minggu, bukan timbang semata-mata. Kadang-kadang berat tak turun, tapi inci badan mengecil. Itu tanda kemajuan sebenar.
Brisk walk ibu selepas bersalin
bukan sahaja bantu turunkan berat badan, malah selamat untuk kebanyakan ibu yang baru pulih. Ia tidak memberi tekanan berlebihan pada sendi dan mudah dilakukan tanpa peralatan khas.Selain itu, ia juga bantu:
Buatlah secara konsisten. Bila dibuat secara berterusan, metabolisme badan akan naik dan badan lebih ringan. Masalah perut buncit pun beransur hilang.
Mulakan langkah kecil hari ini dengan brisk walk secara konsisten dan nikmati perubahan positif pada badan dan emosi anda. Jangan tangguh lagi!