Selepas melahirkan anak, badan sudah semestinya kepenatan melampau kerana kehilangan banyak tenaga. Selain rehat yang mencukupi, pemakanan yang sihat dan segar juga antara yang diperlukan untuk cepat pulih.

Pun begitu, ibu harus bijak memilih makanan dan salah satu makanan yang penting ialah buah-buahan. Jadi, apakah buah yang boleh dimakan ketika pantang?

Ibu yang sedang berpantang perlulah mengambil pelbagai jenis makanan berkhasiat untuk menyokong pemulihan diri dan juga tumbesaran bayi.

Ramai ibu yang gemar menambah pelbagai jenis buah-buahan dalam diet harian. Pengambilan buah merupakan satu cara yang mudah untuk mendapatkan pelbagai nutrisi.

IKLAN

Antara buah yang boleh dimakan ketika pantang ialah pisang, mangga, avokado, betik dan banyak lagi.

Buah Apa Boleh Makan Waktu Pantang? Ini Senarainya, Take Note Ibu!

Buah-buahan ini mengandungi serat yang baik untuk perut dan dapat mengurangkan risiko sembelit.

IKLAN
  1. Buah pisang. Potassium merupakan makanan yang sangat penting untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Ibu perlukan sebanyak 5,100 mg potassium setiap hari. Sebiji pisang pula mengandungi 450 mg potassium.
  2. Tembikai wangi. Buah ini mengandungi 50 gram vitamin C, hampir separuh daripada keperluan vitamin C harian ibu. Bukan itu sahaja, kandungan airnya juga lebih tinggi berbanding buah-buahan lain. Jadi, ia dapat membantu ibu kekal hidrat.
  3. Beri biru. Salah satu kebaikan beri biru ialah kandungan antioksidannya yang tinggi. Antioksidan penting untuk memastikan daya tahan badan kekal kuat. Bukan itu sahaja, antioksidan ini juga boleh meresap masuk ke dalam susu ibu dan membawa manfaat untuk bayi.Buah Apa Boleh Makan Waktu Pantang? Ini Senarainya, Take Note Ibu!
  4. Strawberi. Sedap dan berkhasiat! Selain itu, ia juga padat dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan kedua-dua ibu dan bayi. Buah strawberi mengandungi vitamin C, kalsium, potassium, magnesium dan zat besi.
  5. Mangga. Buah mangga mengandungi banyak antioksidan dan vitamin K. Kandungan serat dan juga potassium di dalamnya dapat memastikan susu ibu kekal berkhasiat untuk bayi.Buah Apa Boleh Makan Waktu Pantang? Ini Senarainya, Take Note Ibu!
Elak makan buah-buahan ini

Selain buah yang boleh dimakan ketika pantang, ada juga beberapa buah-buahan yang perlu dielakkan.

Walau bagaimanapun, kesan sampingan buah-buahan ini berbeza mengikut individu.

Ada ibu yang boleh makan buah ini seperti biasa. Ada juga yang akan mengalami simptom seperti sakit perut, cirit-birit dan sebagainya.

Antara buah-buahan tersebut ialah:

IKLAN
  1. Buah-buahan sitrus  Buah-buahan ini mengandungi asid sitrik yang mungkin akan membawa mudarat pada sistem pencernaan anda. Jadi, elakkan buah-buahan yang masam ketika berpantang.

2. Ceri dan prun – Kedua-dua buah ini merupakan sejenis laksatif semula jadi. Jadi, ia akan membuatkan ibu lebih kerap ke tandas untuk membuang air besar.

Namun, sekiranya ibu mengalami sembelit, anda boleh ambil ceri dan prun untuk memudahkan pembuangan air besar.

Menarik: “Leaking Dari Petang Sampai Malam” Bersyukur Jadi Ibu, Syifa Melvin Kongsi Cerita Kelahiran Baby Saif!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI