Buah naga, atau dragon fruit, buah yang cukup unik dan pelik bentuknya, namun tidak dinafikan banyak khasiat yang terkandung di dalamnya. Apakah buah ini sesuai untuk diberikan kepada bayi mama?

Satu lagi persoalan yang warna merah atau putih, mana lebih baik? Keduanya sama sahaja dan ia mempunyai kebaikan tersendiri untuk bayi anda. Ikuti perkongsian ini!

Buah Naga Banyak Khasiatnya. Yang Merah Atau Putih, Mana Lebih Baik Untuk Bayi?

Manfaat & Resepi Buah Naga Yang Sedap Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas

Ibu, jom kita cuba resepi buah naga untuk bayi ini! Ia ada pelbagai manfaat yang amat berguna untuk perkembangan si kecil itu…

Apabila anak masuk usia 6 bulan, pasti ibu-ibu tak sabar nak beri bayi makan makanan pejal, kan? Contohnya buah-buahan. Dalam banyak-banyak buah, pernah tak anda terfikir manfaat dan kebaikan buah naga untuk bayi?

Ini kerana, nutrisi yang terkandung dalam buah naga seperti vitamin, serat, air dan kalsium sangat diperlukan bagi pertumbuhan dan perkembangan si kecil!

Bentuk buah naga memang agak unik, ditambah dengan biji-bijian berwarna hitam di dalamnya hingga membuatkan ramai ibu bapa tertanya-tanya adakah ia selamat diberikan kepada bayi.

Walaupun buah ini sedikit aneh, namun ia tidak membahayakan malah baik untuk bayi berusia enam bulan ke atas.

Kredit : Hello Sehat

Tekstur buah naga juga sangat lembut malah bijinya sangat kecil dan tidak mungkin anak tercekik apa lagi tersedak.

Namun begitu, buah naga untuk bayi akan membuatkan najis mereka sedikit berwarna, tapi ibu tak usah terlalu khuatir kerana ia normal dan akan beransur hilang.

Buah naga untuk bayi: Mana satu paling bagus buah naga merah atau putih?

Sama ada buah naga merah atau putih, kedua-duanya memiliki zat yang banyak. Namun, buah naga putih lebih manis

 

IKLAN

Buah Naga Banyak Khasiatnya. Yang Merah Atau Putih, Mana Lebih Baik Untuk Bayi?

5 kelebihan buah naga untuk bayi

#1. Anak jarang sakit

Buah naga mengandungi antioksidan tinggi yang dikenali sebagai fenol. Ia dapat melindungi bayi dari radikal bebas yang membuatkan si kecil tak mudah jatuh sakit.

https://t.me/joinchat/0MNDgYlzAJlmYzRl

#2. Melindungi gigi

Gigi bayi yang baru tumbuh sangat mudah rosak akibat makanan manis. Tapi buah naga membantu gigi bayi kekal sihat dan tak mudah rosak.

#3. Tulang bayi jadi lebih kuat

Buah naga kaya dengan mineral seperti potassium dan kalium yang membantu bayi jadi lebih kuat terutamanya di bahagian tulang.

IKLAN

#4. Bayi kurang kembung perut

Jumlah serat yang tinggi dalam buah naga membantu anak mencerna makanan dengan baik sekaligus latih pergerakan usus mereka.

#5. Rambut bayi lebih tebal dan lebat

Zat besi yang terkandung dalam buah naga memberi nutrisi pada rambut bayi. Jadi kalau nak rambut bayi sihat, bolehlah beri bayi makan buah naga ini.

Sumber: Nuyu Cuma 

Buah Naga Banyak Khasiatnya. Yang Merah Atau Putih, Mana Lebih Baik Untuk Bayi?Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Buah Naga Banyak Khasiatnya. Yang Merah Atau Putih, Mana Lebih Baik Untuk Bayi?Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

 

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI