“Buah Sayur Semua Dia Tolak Tepi,” Cara Ni Boleh Tarik Perhatian Anak Minat Makan Buah, Boleh Elak Pembaziran!

Share

Mood anak-anak sememangnya sukar diduga. Ada yang gemar makan nasi namun ada pula yang lebih gemar makan roti sahaja. Begitu juga dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditolak mentah-mentah oleh anak kecil kita.

Ada anak-anak yang hanya makan buah-buahan tetapi tidak suka makan sayur. Bagi mengatasi masalah ini, ilham kreatif yang dikongsikan oleh Ariezul Qawiy ini mampu menarik perhatian anak-anak untuk menjamah kedua-duanya, baik buah-buahan dan sayur-sayuran.

Sejukkan dan bekukan antara tarikan yang dapat menarik minat anak. Paling penting anak boleh makan pelbagai jenis buah dan sayur. Tak perlu nak cepat-cepat habiskan satu jenis buah atau sayur. Cara ini juga boleh elakkan pembaziran.

Bila dibekukan anak tak perasaan rasa buah dan sayur sebenar, sedar-sedar dah habis. Yang penting anak dapat khasiat dan zatnya masih kekal sama.

Cuba buat experiment dengan pelbagai buah dan sayur tempatan.

Frozen Vege

Note : Tidak sesuai untuk sayur berdaun dan mengandungi banyak kandungan air

Contoh sayur yang sesuai : keledek, jagung, brokoli, lobak, kacang peas, kobis bunga, kacang panjang, kacang buncis, capsicum, zucchini, asparagus.

1. Make sure sayur sudah mencapai tahap kematangan yang optimal (sedap untuk dimasak)
2. Basuh bersih-bersih dan buang bahagian yang tidak diperlukan dan lembik.
3. Potong ikut saiz makan.
4. Blanch – masukkan dalam air mendidih dan sejukkan dalam ais (Tempoh adalah berbeza mengikut jenis sayur. Boleh google.)
4. Letak atas tray supaya tak bersentuhan antara 1 sama lain
5. Bekukan dalam 3 ke 5 jam.
6. Simpan dalam ziplock bag dan bekukan.

Frozen Fruits

Note : Tidak sesuai untuk buah yang mengandungi banyak kandungan air

Contoh buah yang sesuai : Pisang, mangga, strawberry, semua jenis berry, peach, nenas, betik mekal.

1. Make sure anda sudah puas hati dengan rasa buah (dah betul-betul masak)
2. Basuh bersih-bersih, buang kulit, tangkai dan daun-daun.
3. Potong ikut saiz sekali makan.
4. Letak atas tray supaya tak bersentuhan antara 1 sama lain
5. Bekukan dalam 3 ke 5 jam.
6. Simpan dalam ziplock bag dan bekukan.

Bila nak makan/masak, keluarkan sekejap dan terus makan/masak.
Buah/sayur akan lembik sikit. Tapi kualiti dan rasa masih sama (dalam tempoh 2 ke 3 bulan)
Kualiti akan menurun selepas tempoh tersebut, tetapi masih selamat di makan selama beberapa tahun ia dibekukan.

Info Makanan/Buah/Sayur Sejuk Beku
* Makanan sejuk beku/sayur dan buah adalah pilihan kedua terbaik selepas pengambilan makanan segar.
* Walaupun disejukbekukan, ia tetap mengekalkan nutrien yang terkandung di dalamnya.
* Semua jenis buah dan sayur, jenis ubi, kekacang yang sesuai, ayam, ikan daging boleh dibekukan.

IKLAN