Susulan itu, polis menahan dua beranak terbabit di dua lokasi berbeza sekitar Kapar, Klang bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan ahli perniagaan terkenal, Fazura sering menjadi inspirasi para wanita kerana kejayaannya dalam kerjaya. Seain itu, banyak orang yang suka melihat hubungan Fazura bersama suami, Fattah Amin dan anak mereka, Fatima Aisya.
Sekejap saja masa berlalu, tahun ini Fatima akan menginjak usia 3 tahun selepas dilahirkan pada 2 Oktober 2020 yang lalu. Keletah comel Fatima sering dinanti-nantikan peminat pasangan ini. Bukan saja comel tetapi Fatima seorang anak yang bijak.
Banyak Perancangan Kembali Aktif Dalam Bidang Seni
Menerusi wawancara bersama Remaja, Fazura berkongsi tentang kehidupannya kini. Ditanyakan tentang perancangan untuk tahun baharu, katanya dia sangat sibuk menguruskan perniagaan Tudung Fazura.
“Saya sibuk dengan perniagaan tudung. Saya juga ada album yang tak siap lagi kerana (pembikinannya) sedikit tergendala sekarang.”
Menurut Fazura lagi tahun 2023 ini dia akan kembali perlahan-lahan untuk aktif semula dalam bidang seni. Banyak projek baru dan juga penggambaran filem yang akan bermula pada bulan Februari.
“Saya bercadang untuk terlibat dalam satu drama bersiri cuma shooting tak bolehlah terlalu lama kerana ada anak sekarang. Semuanya masih dalam fasa perbincangan.”
Rancang Dapatkan Anak Kedua
Biarpun sibuk dengan kerjayanya, namun Fazura seorang ibu yang akan berusaha sebaiknya untuk meluangkan masa bersama Fatima. Bahkan pelakon cantik ini juga sering memuatnaik video atau gambar anaknya itu.
Turut berkongsi dirinya dan Fattah kini dalam fasa merancang untuk mendapatkan zuriat kedua. Malah menurut pelakon Hero Seorang Cinderella ini juga jika diberi rezeki, mereka mahu ‘beri’ adik kepada Fatima seawal akhir tahun 2023.
Harap Anak Lelaki
Ketika ditanyakan pilihan jantina untuk anak kedua, Fazura sememangnya mengharapkan anak lelaki. Namun katanya lagi, sekiranya anak perempuan juga dia terima kerana itu adalah ketentuan dari Allah SWT. Bahkan katanya lagi masih banyak pasangan yang menunggu untuk mendapat zuriat sendiri, asalkan anaknya sihat dia cukup bersyukur.
“Masuk tahun baru ni rasa macam lama lagi masa, tapi sebenarnya sekejap saja. Sekarang ni saya tengah berebut masa. Kami juga merancang nak untuk mendapat anak kedua. Dengan nak buka kilang, nak ada anak lagi, nak bisnes lagi, nak berlakon lagi.. saya hanya boleh berdoa semua dipermudahkan. Harap semuanya akan tercapai.”
Wah, banyak betul planning Fazura. Memang betul-betul sibuk nampaknya. Namun begitu, didoakan agar segala impian Fazura dapat dikecapi serta setiap urusannya dipermudahkan. Paling penting, semoga ada rezeki untuk dapat baby baru!
Ramai yang sukakan sikap penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mudah didekati dan sangat merendah diri. Terbaharu, melalui perkongsian vlog di saluran Youtube, beliau dan anak sulungnya Siti Aafiyah membeli-belah di sebuah gudang menjual permainan.
Comel melihat telatah Aafiyah yang memilih permainan untuk adiknya Muhammad Afwa yang kini berusia enam bulan. Di dalam video tersebut, Tokti turut melahirkan rasa berterima kasih kepada para peminat yang banyak memberi hadiah kepada anak-anaknya. Tambahnya, hadiah untuk Aafiyah dan Afwa penuh satu bilik!
Sempat juga berkongsi permainan yang menjadi kegemarannya ketika kecil, Tokti memberitahu yang dia tak bermain dengan anak-anak patung. Dia lebih suka bermain permainan yang lasak seperti baling selipar dan biji getah.
Tokti turut melahirkan rasa bersyukur kerana mempunyai sedikit kemampuan dan seboleh-bolehnya dia cuba untuk menunaikan permintaan anaknya. Apa yang menarik, di penghujug video dapat dilihat Tokti menegur seorang kanak-kanak yang kebetulan ada di kaunter dan mempelawa untuk membayar permainan yang dibeli oleh kanak-kanak itu.
Dia juga turut mendoakan para peminatnya agar gembira dengan kehidupan mereka. Rata-rata komen dari peminat yang menonton video tersebut memuji Tokti serta mendoakan semoga dia sentiasa dimurahkan rezeki.
Humble betul Tokti kan? Patutlah ramai yang sayangkan dia. Biarpun dikenali ramai, dia tidak sombong dan sangat ikhlas melayan para peminatnya. Kita doakan agar Tokti dimurahkan rezeki dan terus dipermudahkan segala urusannya baik dalam bidang kerjaya mahupun keluarganya.
Ada ke mommies yang tengah pregnant sekarang? Jom, join e-workshop Pa&Ma yang akan share macam-macam ilmu untuk dapat baby. Yang bestnya, e-workshop ni FREE! Siap ada hadiah best untuk lucky draw 👏🏼👏🏼
Perkongsian ilmu dari Dr Roliza Ibrahim (Pakar Perunding Pediatrik) dan Pn Bel Nawhen (Jururawat Bertauliah). Issey pun ada nak share pengalaman dia dapat baby baru-baru ni. Jom daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saat akad nikah dilafazkan dan termeterainya janji suami isteri untuk melayari kehidupan berumah tangga bersama-sama, hanya satu yang diharapkan iaitu biarlah hubungan ini dapat berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Namun sebagai manusia kita hanya mampu merancang, selebihnya Allah yang mengetahui segala-galanya. Bukan mudah untuk terima kehilangan orang yang disayangi. Tetapi andainya Allah dah takdirkan, reda adalah kunci utama kekuatan hati.
Seperti perkongsian ibu kepada tiga cahaya mata ini yang telah kehilangan suami sejak tiga tahun lalu, kenangan manis bersama arwah suami tetap menjadi kenangan selama-lamanya.
Pemergian suami ketika anak-anak masih kecil bukanlah sesuatu yang mudah buat seorang isteri. Namun setiap ujian yang Allah bagi, DIA tahu kita mampu harunginya.
Menerusi akaun TikTok UmiLyssa dia berkongsi gambar kenangan hari raya bersama anak-anak. Walaupun arwah suami dah pergi meninggalkan mereka, gambar dan uniform arwah tetap menjadi kenangan berharga.
Biarpun suami dah bertemu pencipta-Nya, tapi auranya sebagai suami dan papa kepada anak-anak menjadi kekuatan. Menerusi dua buah video yang dimuatnaik itu, mereka sekeluarga meneruskan tradisi bergambar seisi keluarga dan membawa sekali potret arwah dalam sesi penggambaraan itu.
Pemergian arwah suami, yang dikenali sebagai Mohd Zulhisham itu membuatkan ibu ini gigih mencari nafkah buat anak-anak. Daripada apa yang dikongsikan, dia menjadikan perniagaan sebagai punca pendapatan utama.
Dalam sesi penggambaraan itu, jelas menampakkan kerinduan anak-anak pada papa mereka. Walaupun rindu itu tiada penghujungnya, anak beranak ini tetap kuat melalui kehidupan tanpa lelaki bergelar suami dan ayah.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan kagum dengan ketabahan anak beranak ini. Pada masa yang sama, mereka turut mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dapat bersatu kembali di syurga nanti.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang datang untuk berkelah bertukar menjadi tragedi apabila fenomena kepala air melanda secara tiba-tiba, meragut nyawa seorang wanita dan dua kanak-kanak...