Pening juga bila anak-anak asyik minta aiskrim ketika singgah di kedai atau mengisi minyak di pam minyak. Boleh kopak juga bila tiba waktu hujung bulan. Nak tolak, kesian pula anak menangis.
Elakkan hal semacam ni berlaku lagi dan lagi apa kata mama sediakan sendiri aiskrim homemade buat anak-anak. Paling menarik, katanya resipi Aiskrim Kacang Merah yang dikongsikan oleh Siti Nailah ni sedap tak terkata, sama macam kedai.
Aiskrim kacang merah nampak rumit untuk disediakan di rumah tapi sebenarnya nak menyediakannya teramatlah mudah. Sedap pulak tu. Guna tiga tepung je.
Jom cuba resipi perkongsiannya ini. Sedap tak terkata.
Aiskrim kacang merah…
Sebijik rasa mcm aiskrim potong yang kat kedai tu… Trust me.
Ads
Resepinya:
250gm kacang merah -direndam semalaman
Direbus empuk, disejukkan dan di kisar. Terpulang nak halus ke tak.
1 cwn gula
500ml air
Daun pandan
Masak hingga larut
2 sdb tpg ubi
2sdb tpg jagung
1sdb tpg gandum
Caranya:
1. Larutkan dengan sikit air lepas tu masukkan dalam air gula tadi. Teruskan kacau jangan berhenti.
Ads
2. Sambil tu masukkan 2 tin susu cair, 1/2 cawan susu pekat, sikit sirap kordial dan garam.
Ads
3. Kacau sebati…masukkan kacang merah yang dikisar tadi dan tutup api.
4. Dah suam masukkan dalam plastik aiskrim. Bekukan dan boleh di makan…
Kredit. Siti Nailah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa kata menu pantang tak sedap dan membosankan? Menu ringkas pantang inilah yang buat makan bertambah. Tambah-tambah lagi semuanya segar belaka. Memang sedap!
Paling menarik layanan bak puteri yang diterima buat hati rasa berbunga-bunga. Apatah lagi disediakan dengan menu yang enak saban hari.
Resipi berpantang yang dikongsikan oleh Puan Nor Sofiah Hussin di facebooknya ini pastinya dapat memberi ilham buat ibu yang bakal melalui tempoh berpantang nanti. Semuanya nampak sedap belaka malah 22 resipi yang dikongsikannnya ini pastinya buat anda bakal teringat-ingat apabila tempoh habis berpantang. Jom cuba!
Saja nak share menu dan resepi masa saya berpantang. Sapa kata lauk dalam pantang tak best. Sedap tu..siap menambah lagi. Sapa nak share silakan. Nanti bila berpantang boleh tengok-tengok balik.
Siakap Stim
Bahan-bahan:
Ikan
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Halia – hiris
Serai – hiris
Lada hitam
Air limau nipis (bagi yang tak tahan boleh tukar dengan air asam jawa
Daun ketumbar (dalam gambar guna daun bawang je sebab tak ada stok)
Garam dan gula
Cara masak:
1) Letak semua bahan atas ikan.
2) Kukus ikan sehingga masak.
Ikan Bakar Berempah
Bahan-bahan:
Ikan
Bawang putih -tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk /serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
Lada hitam
Cara masak:
1) Lumurkan semua bahan pada ikan.
2) Bakar ikan sehingga masak.
Sup Ikan
Bahan-bahan:
Ikan (merah/jenahak/tenggiri/siakap) -lumur ikan dengan garam, goreng dan ketepikan.
* tak goreng pun blh..(pilihan msg²)
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Sup bunjut ikan
Air
Sayur (lobak,bunga kobis)
Lada hitam
Daun sup
Cara masak:
1) Masukkan bahan kisar, air dan sup bunjut ikan ke dalam periuk.
2) Masukkan sayur lobak & bunga kobis.
3) Bila sayur dah hampir lembut, masukkan ikan.
4) Last sekali masukkan garam dan lada hitam. Bila kuah dah mendidih boleh tutup api. Siap.
Serunding Halia
Bahan-bahan:
Halia
Lada hitam
Garam
Ikan bilis – goreng
Bawang putih – goreng
Cara masak:
1) Sagat halia dan perah/tapis airnya.
2) Goreng halia yang disagat tadi dengan api sederhana sehingga garing. Dah siap goreng, toskan minyak.
3) Campurkan halia goreng, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, garam dan lada hitam.
4) Gaulkan sebati dan simpan dalam bekas.
Ayam Msak Halia
Bahan-bahan:
Ayam
Halia – hiris
Bawang putih -hiris
Bawang merah – hiris
Sedikit sos tiram
Air
Tepung jagung -untuk pekatkan kuah (optional)
Lada hitam
Garam
Lobak merah (optional)
Daun bawang (optional)
Cara masak:
1) Tumiskan bawang putih, bawang merah & halia dengan sedikit minyak.
2) Bila dah naik bau, masukkan ayam.
3) Masukkan sos tiram, garam dan air. Masak sehingga mendidih.
4) Masukkan lada hitam, lobak dan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
5) Bila kuah dah jadi sedikit pekat. Tutup api dan masukkan daun bawang. Siap.
Kalau tak nak tumis, masukkan semua bahan kecuali tepung jagung. Renehkan sehingga ayam masak Bila ayam dah masak, masukkan tepung jagung yang dibancuh, gaul sehingga kuah sedikit pekat. Siap.
Sup Sawi Bertauhu
Bahan-bahan:
Sawi
Bawang putih
Bawang merah
Ikan bilis tumbuk
Tauhu
Air
Garam
Cara masak:
1) Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali sawi. Renehkan sehingga mendidih.
2) Bila air dah mendidih, masukkan sawi. Tutup api. Siap.
Kari Ikan (Tanpa Santan)
Bahan-bahan:
Ikan
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Kari ikan
Tomato
Air
Cara masak:
1) Tumis bawang putih, bawang merah, halia, halba campur dengan sedikit minyak.
2) Masukkan tomato dan daun kari. Masak sehingga layu.
3) Masukkan kari ikan dan masak sehingga pecah minyak.
4) Masukkan air, ikan dan air asam jawa.
5) Bila ikan dah masak, masukkan garam dan tunggu sehingga mendidih. Siap.
Bukan tujuh resipi ini sahaja, bahkan terdapat 22 resipi berpantang enak lain yang dikongsikan olehnya. Semuanya sedap lagi terangkat.
Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras.
Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut.
Namun mungkin ada yang sukar untuk mencari daun palas terutama bagi yang tinggal di bandar-bandar besar. Jangan risau, anda masih boleh menikmati juadah kegemaran anda dengan menggunakan daun pandan sebagai daun pembungkusnya. Ikuti resipi yang dikongsi oleh Puan Mieza Hasmiza ini.
CARA BUAT KETUPAT PULUT GUNA DAUN PANDAN
BAHAN-BAHAN;
Beras pulut
Santan
Garam secukup rasa
Daun pandan untuk membalut
*Sukatan beras pulut dan air santan sama banyak
CARA PENYEDIAAN;
Rendam Beras Pulut
Rendam beras pulut selama 1 jam.
Masak Pulut Guna Periuk Nasi
Kemudian, sukatkan air santan dan beras biar sama banyak.
Saya masak dalam rice cooker senang. Tunggu sampai agak-agak berasnya dah melekat dan anjal. Separuh masak pun tak apa sebab nanti kita akan kukuskan lagi.
Sejukkan
Bila dah tutup suis rice cooker, cedokkan pulut yang dah hampir masak ke dalam talam atau pinggan.
Kita nak biarkan pulutnya sejuk sedikit supaya mudah nak diisi dalam daun pandan nanti.
Bungkus
Bila pulut dah agak sejuk, bolehlah bungkus pulut tadi dengan daun pandan.
Boleh tengok cara isikan pulut ke dalam kelongsongnya dalam gambar di bawah ini.
Boleh nampak yang akhir sekali tu saya ikat dengan tali rafia aja senang.
Tips 1: Jangan isi penuh sangat sebab nanti ia akan mengembang bila dah dikukus. Kita taknaklah isinya terkeluar pula daripada sarungnya.
Tips 2: Kalau nak daun tu tak patah masa nak membalut, ambil daun pandan sehari awal dan rendam dalam air supaya lembut dan mudah dibentuk
Kukus 15-20 Minit
Bila dah siap balut, saya kukus lagi selama 15-20 minit.
Kalau tak pasti takut tak masak, lepas 20 minit boleh cuba ambil sebiji dan rasa. Alhamdulillah saya cuba tengok, memang dah masak elok.
Ini hasilnya yang dah siap kukus, bolehlah dihidangkan dengan rendang, serunding.
Nasi beriani, nasi minyak dan nasi hujan panas mungkin sudah terbiasa bagi kita. Apa kata kali ini kita cuba hidangan nasi istimewa, Nasi Minyak Zaitun pula di hujung minggu.
Paling utama kerana bahannya cukup ringkas dan sedap. Jom cuba resipi perkongsian cikgu Afy AL Habibi. Gerenti sedap!
Serius menjadi dengan enak sekali dinikmati bersama semua menu yang dihidangkan. Wallahh. Serupa makan nasi Arab pun ada dah juga rasanya. Tak muak pun walau bertambah sampai tiga kali.
Bahan-bahan:
2 batang serai -diketuk
4 sekawan
2 helai daun pandan
1 biji bawang merah saiz bola pingpong
2 ulas bawang putih
Sehiris nipis halia
Daun bay
2 cup beras Basmathi
Sedikit serbuk perasa
Air secukupnya
Mula-mula tuangkan satu senduk minyak zaitun. Kalau ada minyak sapi boleh gunakan tiga sudu besar kemudian tumis bahan tumis, serai, 4 sekawan, bawang merah, bawang putih. Masukkan juga daun bay sebagai penambah aroma.
Kemudian masukkan beras basmathi yang ditoskan.
Perasakan dengan sedikit serbuk perasa. Atau nak guna kiub ayam Maggi pun boleh.
Balik-balikkan biar beras mesra. Kemudian pindahkan ke dalam periuk nasi.
Masukkan air. Yang ni cikgu kira sukat dengan jari je. Masak nasi seperti biasa.
Selepas nasi masak, letak pewarna oren dan kuning seperti dalam gambar. Jangan letak banyak terus, nanti tak cantik hasilnya.
Tak nak nasi patah, cikgu keluarkan dari periuk kaup balik perlahan-lahan dalam kuali begini. Ratakan pewarna tadi.
Kemudian tabur bawang goreng, daun ketumbar dan kismis.
Akhirnya bolehlah dimakan bersama lauk pilihan sendiri. Kalau nak tiru hidangan cikgu dua menu cikgu dah kongsi sebelum ini ya.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!