Kanak-kanak memang suka makan nugget. Tapi kalau nak beli kat kedai makanan berproses begitu tidak baik untuk selalu dimakan. Bagi memenuhi selera anak-anak, apa kata mama buat sendiri nugget di rumah.
Perkongsian resepi dari Puan Mazlina Muda menerusi laman Facebook Geng Memasak Untuk Anak boleh mama cuba. Mudah dan senang nak dibuat. Boleh jadikan bekal bento buat anak-anak ke sekolah kelak.
JOM BENTO ANAK ANAK DENGAN NUGGET HOMEMADE PENUH KASIH SAYANG IBU!
Ni pestime haritu buat nugget homemade ni. Tupon dah berzaman simpan resepi. Amik mood nak buat pon makan bulan. Resepi dia kemain siap share la, skrin shoot lagi, save starred lagi kat group wasap lagih .
Macam macam versi resepi nugget disimpannya tapi buatnya tidakk sampai ke sudah!
Last last berjaya buat jugak. Takde pon plan apa buat. Bila tengok ayam ada dalam esbok terus on je pakai bahan apa yang ada.
Ads
Walau pestime buat okaylah budak 3 ketul ni kata sedapp macam nugget tempura la ibu.
Nahh, Eina lanjerr sikit gambar kot ada yang nak try buat untuk anak anak kann. Resepi MUDAH je nanti korang tengok dekat setiap gambar yerr.
Ni bahan bahan dia. Isi ayam beli bahagian dada ayam mudah. X banyak nak kena buang tulang bagai. Ubi kenyang tu rebuss biar empuk lagi cepat nak blend nanti.
Campurkan bahan bahan tadi KECUALI Tepung jagung dan telur. Yang tu untuk celup nugget nanti. Bahan bahan ni blend sampai lumat.
Ads
Ni dah siap blend semua letak dalam loyang atau bekas mengukus. Kukus biar masak.
Dah siap kukus bentukkan. Aku buat pat segi je sebab takde bentuk nak terap acuan lain.
Ni bahan bahan nak celup nugget.
Celupkan dalam telur dulu bagi semua sebati.
Ads
Pastu golekkan dalam tepung jagung. Lepas tu goreng kan
Siap di goreng dah. Tadaaa, isi nugget akan jadi cmni. Sedapp budak ni cakap.
Sebut sahaja Yong Tau Foo, terbayang kesedapan kuahnya dan dicelup panas-panas dalam air mendidih di pasar malam. Memang buat kita terliur.
Tak berkesempatan mencuba menu Yong Tau Foo pasar malam, apa kata anda cuba hasilkan sendiri di rumah versi diet yang sama sedapnya. Nak cuba? Jom ikuti perkongsian resepi Noorul Izzah Marzuki ini. Sedap!
Rasanya resepi yong tau foo yang biasa memang banyak dikongsi. Saya nak share resepi yong tau foo sayur untuk yang amalkan pemakanan rendah karbo/keto.
Alhamdulillah musim hujan ni ada yong tau foo dan sup, memang melegakan. Sosnya kurang gelaplah sebab kita tak guna kicap biasa/sos tiram. Boleh kukus atau goreng, rebus dalam sup pun boleh.
Bahan:
1 biji peria (potong kepingan, buang isi tengah)
1 biji terung (potong kepingan ½ inci, belah tengah supaya boleh diletakkan inti (dikapit) di tengah-tengah)
5 biji cili merah (belah tengah)
5 biji cili hijau (belah tengah)
6 biji kacang bendi (belah tengah)
Tauhu kering (belah tengah)
Kangkung (optional, untuk dicelur)
Intinya:
400-500g isi ikan/ayam (saya guna isi ikan kembung)
Garam pink himalaya secukup rasa
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
½ sudu kecil xanthan gum (optional, sebagai pelekat, tak letak pun okay je)
1 tangkai daun sup/bawang -hiris halus
2 sudu besar cili merah dicincang
Blendkan, kemudian isikan dalam food processor/blender. Kemudian gaulkan semua bahan sehingga sebati.
Masukkan inti dalam sayuran yang dipotong dan tauhu kering.
Goreng sebentar dalam minyak panas. Nak kukus atau rebus pun boleh juga.
Bahan sos:
2 cawan cili blend/giling
Sedikit air
Sedikit tamari sauce/liquid aminos (pengganti kicap)
1 sudu kecil garam pink
1 sudu besar sweetener/lakanto/air monk fruit
1 sudu besar acv/cuka
Sedikit minyak kelapa
Sedikit mushroom seasoning (optional)
Tumiskan semua bahan sehingga sedikit garing. Masukkan air. Perasakan garam/gula. Dah siap, tabur bijan.
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalu kalau beli roti tak sempat habis dah tamat tempoh. Akhirnya buang macam tu sahaja. Jangan dibuang roti yang dah nak sampai hari expired, boleh buat bengkang roti yang mudah dan sedap.
Seperti perkongsian yang dibuat oleh Nurnaema Naema menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) yang membuat bengkang roti menggunakan roti yang nak tamat tempoh. Resipinya cukup mudah walaupun pertama kali buat terus jadi. Boleh cuba nanti!
Roti dan nak tamat tempoh,jangan buang.Boleh buat pelbagai resepi.Maka semalam terjadi la Bengkang roti
First time juga buatnya.Alhamdulillah menjadi dan sedap
Saya ikut resepi ni:
Senang dan mudah je nak buat
Bahannya:
5 keping roti putih
3 cawan santan /susu segar/susu cair
2 biji telur
3/4 cwn gula pasir (boleh kurang 1/2 cawan)
1 sudu kecil garam
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar marjerin
Cara buat
1.Carik-carik kecil roti dan rendam sekejap dengan 2 cawan santan, tekan sikit dengan sudu bagi roti terendam
2.Sementara tu kita blender baki 1 cawan santan, marjerin, telur,gula, garam, esen vanilla dan tepung gandum. Blender jangan lama sangat cukup sekadar sebati semua
3.Bila dah sebati tuang bahan blender dalam roti yang terendam tadi
4.Kacau rata semua
5.Boleh guna Loyang ( 8’x8′) sapu minyak dan alas baking paper. Kalau ada acuan bingka boleh guna juga sapu minyak / marjerin elak lekat.
6.Tuangkan adunan dalam loyang
7.Oven panaskan dulu dalam 8-10 minit. Bakar dalam oven 180 degree (oven kecil 170 degree) selama 45 mnt – 1 jam . Kalau suka permukaan atas garing sambung bakar hingga 1 jam.
8.Dah siap baru keluar dari oven.sejukkan dalam 2-3 jam baru potong
Creadit by Lets cook & bake
***Saya guna susu full cream ,resepi ni saya kurangkan gula.
Apabila anak tidak mahu makan, apa yang anda buat? Kebanyakan ibu bapa akan memaksa si kecil kerana bimbang anak susah makan akan kelaparan. Tetapi tindakan seperti itu boleh mendatangkan kesan negatif.
Definisi memaksa anak tidak mahu makan
Sebagai ibu bapa, kita mahu anak-anak mendapat nutrisi yang optimum dengan pengambilan makanan yang betul dan seimbang. Namun, soal pemakanan kanak-kanak boleh menjadi isu yang sukar, terutamanya apabila anak susah makan.
Dalam situasi sedemikian, ibu bapa cenderung untuk memberi makan secara paksaan kepada si kecil. Namun ia boleh membawa kepada akibat yang berbahaya.
Perkara berikut merupakan antara ciri-ciri anda sedang memaksa si kecil untuk makan:
Punca ibu bapa selalu memaksa anak susah makan
Berikut antara sebab menjelaskan mengapa ibu bapa cenderung memaksa si kecil untuk makan:
1. Untuk menghabiskan makanan yang dihidangkan
Kebanyakan kita mempunyai tanggapan bahawa apa yang berada di atas pinggan perlu dihabiskan. Namun untuk kanak-kanak ia mungkin tidak berlaku kerana saiz perut mereka agak kecil.
2. Memperkenalkan makanan pejal
Merupakan antara kesilapan biasa yang dilakukan ibu bapa semasa memperkenalkan makanan pejal buat kali pertama. Anda harus tahu tujuan memperkenalkan makanan bukan untuk memaksa bayi makan, sebaliknya bagi mengembangkan deria rasa mereka.
3. Risau si kecil tak cukup makan
Normal untuk anak makan sedikit tetapi kerap. Namun sebagai ibu bapa, anda akan terfikir apabila anak susah makan, mereka tidak mendapat nutrisi yang mencukupi. Keadaan itu seterusnya menyebabkan mereka makan secara berlebihan.
4. Menyuapkan makanan kepada anak yang besar
Ada ibu bapa yang masih suka menyuap anak walaupun mereka sudah cukup besar dan mampu makan dengan sendiri. Ia secara tidak langsung membawa kepada punca makan berlebihan.
5. Tidak memahami keperluan anak susah makan
Apabila si kecil tidak mahu makan, anda akan memaksa kerana menganggap mereka tidak memahami keinginan dan keperluan pemakanan diri sendiri.
6. Memaksa anak susah makan dengan memperkenalkan makanan baharu
Paksaan biasa berlaku apabila ibu bapa memperkenalkan anak kepada buah-buahan, sayuran atau sebarang makanan baharu. Ini disebabkan anda berpendapat memberi makan secara berterusan akan membuatkan si kecil menyukai makanan tersebut.
7. Membandingkan dengan anak yang lain
Jika ada rakan atau sepupu si kecil yang seusia makan lebih banyak, anda merasakan anak juga perlu sebegitu, sekali gus memberi mereka makan secara paksa.
8. Memupuk tabiat baik
Ibu bapa sering beranggapan untuk memupuk tabiat pemakanan yang baik, anda perlu memaksa anak memakannya terutamanya jika makanan itu sihat.
Impak memaksa anak makan
Memberi makan secara paksa harus dielakkan kerana boleh mendatangkan kesan seperti:
Muntah-muntah. Apabila anda memaksa si kecil makan bertentangan dengan keinginannya, ia boleh menyebabkan mereka memuntahkan makanan tersebut kembali.
Benci terhadap makanan. Apabila si kecil tidak mahu makan tetapi tetap dipaksa, ia boleh menyebabkan mereka bukan sahaja tidak menyukai apa yang diberikan, bahkan membencinya.
Memaksa anak makan boleh membunuh selera. Kita akan makan apabila berasa lapar, begitu juga si kecil. Namun sebagai ibu bapa, kita meragui penilaian mereka dalam soal makan. Ini sekali gus menghilangkan selera mereka.
Emosi negatif. Anak boleh mengembangkan perasaan dan emosi negatif terhadap makanan, malahan kepada anda sebagai ibu bapa mereka.
Mewujudkan tabiat pemakanan tidak sihat. Anak mungkin akan mengembangkan tabiat pemakanan tidak sihat kerana keengganan makan makanan sihat.
Kurang kawalan terhadap tabiat pemakanan. Antara kesan paling teruk apabila dipaksa makan adalah mereka boleh hilang kawalan ke atas tabiat pemakanan mereka.
Gangguan pemakanan kesan memaksa anak makan. Apabila tiada kawalan ke atas apa yang dimakan, anak boleh mengalami gangguan pemakanan seperti anoreksia atau bulimia.
Isu kurang makan. Apabila si kecil membesar, mereka mungkin akan makan lebih sedikit daripada jumlah yang sepatutnya.
Seumur hidup tidak menyukai sesuatu makanan. Anak boleh mengembangkan rasa tidak suka kepada makanan sehingga dewasa.
Kawalan ibu bapa mewujudkan isu harga diri. Apabila dipaksa makan, anak boleh mengalami hilang kawalan ke atas kehidupan mereka dan menimbulkan rasa harga diri yang rendah.
Berhenti memaksa anak makan. Memaksa anak untuk mengambil sesuatu makanan boleh membawa kepada pelbagai masalah fizikal, emosi dan fisiologi. Jika anda kurang makan berbanding adik-beradiknya yang lain, tidak mahu makan dan lebih banyak bermain – ia adalah perkara normal.
Usah panik. Sebaliknya tunjukkan contoh teladan yang baik dalam soal pemakanan, biarkan anak menentukan masa dan pilihan makanan mereka.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.