Tempoh PKP yang ditambah selama 14 hari lagi sebenarnya membolehkan ibu mengasah kemahiran memasak. Bukan membazir tetapi mengisi permintaan anak-anak dan suami yang kelaparan sepanjang hari. Bagi membolehkan bekalan kudapan sentiasa ada di rumah, ada baiknya anda sediakan biskut coklat chip ala Famous Amos ini yang pastinya disukai anak-anak kita.

Mana tidaknya, rasa dan teksturnya 90 peratus sama, bak kata tuan punya resipi, Puan Nur Haziqah. Rasanya terbaik dan sedap, persis biskut popular. Jadi ibu wajib cuba!

Dah macam-macam resepi cookies ala-ala Famous Amos saya cuba tapi langsung tak ada rasa famous amos. So kalini create sendiri. Alhamdulillah menjadi.. 90% bau , rasa dan tekstur macam famous amos. Ada rasa melt sikit-sikit dan so creamy. Nak cookies sedap guna pure butter dan choc chip mahal sikit. Kalau sis-sis nak buat perlu follow resepi ni betul-betul untuk dapatkan hasil macam saya dapat.

Buat Coklat Chip Ala-Ala Famous Amos, Rasa & Tekstur Sama, Confirm Jadi!

Resepi by Nur Haziqah

BAHAN A
250gm tartura salted butter – suhu bilik
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
1 1/2 cawan gula perang
1 biji telur
1 sk butter oil

BAHAN B (ayak bersama)
4 cawan tepung gandum
1 sk soda bicarbonate
1 sk baking powder

IKLAN

BAHAN C
1 1/2 cawan chocolate chip
1/2 cawan badam cincang – sangai
1/2 cawan kelapa parut kering – sangai (bahan ni ramai yang tak tahu tapi sebenarnya ada dalam famous amos)

Buat Coklat Chip Ala-Ala Famous Amos, Rasa & Tekstur Sama, Confirm Jadi!Satukan bahan a dan gaul sebati.

Buat Coklat Chip Ala-Ala Famous Amos, Rasa & Tekstur Sama, Confirm Jadi! Buat Coklat Chip Ala-Ala Famous Amos, Rasa & Tekstur Sama, Confirm Jadi!Kemudian campurkan bahan b ke dalam bahan a dan gaul sebati.

Buat Coklat Chip Ala-Ala Famous Amos, Rasa & Tekstur Sama, Confirm Jadi!Masukkan bahan c ke dalam adunan a+b dan gaul sebati.

IKLAN

Buat Coklat Chip Ala-Ala Famous Amos, Rasa & Tekstur Sama, Confirm Jadi!Tutup adunan dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.

Buat Coklat Chip Ala-Ala Famous Amos, Rasa & Tekstur Sama, Confirm Jadi!Selepas satu jam, cubit adunan sebesar syiling 10 sen ke atas dulang (ikut size yang disukai).

Buat Coklat Chip Ala-Ala Famous Amos, Rasa & Tekstur Sama, Confirm Jadi!

 

IKLAN

Panaskan oven 160°c selama 10 minit dan bakar cookies selama 20-25 minit. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas.

**adunan yang belum digunakan simpan dalam peti ais. Nak guna baru keluarkan.

Cookies ni ada rasa melt sikit-sikit bila makan dan sangat creamy. Sedap kalau cicah susu.

Selamat mencuba !

Buat Coklat Chip Ala-Ala Famous Amos, Rasa & Tekstur Sama, Confirm Jadi!

**pure butter , butter oil , choc chip mahal dan kelapa parut perlu ada kalau nak dapat bau dan rasa seakan akan famous amos. Kalau tak letak atau digantikan dengan bahan yang murah sperti marjerin , choc chip murah memang tak akan dapat rasa seakan famous amos. Butter oil juga perlu dalam cookies ni.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI