Masalah kencing malam atau bedwetting boleh terjadi kepada mana-mana kanak-kanak, tidak terkecuali anak anda. Apatah lagi jika anak anda sudah mula bersekolah. Jika anak anda kencing malam, apa yang perlu anda lakukan? Ketahui cara bagaimana untuk menangani masalah ini dengan mengikuti panduan di bawah.
Ads
Tip tangani anak kencing malam
Jika anak anda dalam lingkungan umur yang sesuai untuk bercerai lampin, mulakan cara didikan dengan tidak memberikan anak menyusu botol dua atau tiga jam sebelum waktu tidurnya. Elakkan juga memberi anak minuman berkafein atau berkarbonat pada waktu malam kerana kafein hanya akan membuatkan anak anda untuk kencing lebih kerap.
Latih si kecil untuk ke bilik air sebelum masuk tidur.
Pesan pada anak anda untuk bangun ke bilik air jika terasa ingin membuang air kecil. Jika anak anda takut untuk ke tandas seorang diri, pesan padanya untuk mengejutkan anda jika ingin membuang air kecil.
Bagi mengelakkan anak takut ke bilik air, sentiasa nyalakan lampu di tandas bagi memudahkannya jika terjaga daripada tidur.
Buat permulaan, kejutkan anak anda daripada tidur untuk pergi membuang air kecil selepas beberapa jam mereka tidur. Lama-kelamaan, mereka akan biasa dengan rutin tersebut.
Berikan pujian pada anak anda jika dia berjaya untuk tidak kencing malam. Namun, jika ada beberapa kali anak anda terkencing malam, jangan mudah menghukum atau memarahi mereka.
Letakkan plastik pada tilam supaya mudah untuk anda membersihkan tilam dan menjaga kebersihan tilam daripada terkena air kencing.
Ajar anak anda tentang kebersihan dengan memberitahu mengapa mereka tidak boleh kencing malam.
Luangkan masa bersama anak sebelum tidur. Berikan mereka pelukan dan ciuman sebelum tidur agar mereka rasa tenang.
Jika masalah kencing malam anak anda kronik, cuba kaedah hypnosis yang dikatakan berkesan untuk menangani masalah kencing malam.
Buat jadual tentang kencing malam anak anda. Ingat! Jadual yang dibuat bukan untuk memalukannya tetapi untuk memberi semangat kepadanya. Sebagai contoh, anda boleh tandakan bintang pada hari yang dia tidak kencing malam. Hal ini akan membantunya bersemangat untuk berusaha tidak kencing malam.
Sebagai ibu bapa, anda perlu banyak bersabar. Sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi masalah ini. Anggap ia sebagai satu peluang untuk anda merapatkan diri dengan anak anda. Selain itu, anda juga perlu meniupkan semangat kepada anak untuk berhenti daripada kencing malam.
Ads
Beritahu anak anda masalah kencing malam turut dihadapi oleh kanak-kanak lain. Terangkan kepadanya bagaimana masalah itu berlaku dan cara mencegahnya. Jika semua usaha tidak berhasil, mintalah bantuan doktor. Doktor akan memberikan ubat bagi menangani masalah kencing malam.
Jangkitan kuman GBS semasa hamil boleh menyebabkan risiko bayi maut. Buat pengetahuan ibu mengandung, Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/bakteria yang terdapat pada vagina dan rektum ( tempat simpan tinja sebelum dikeluarkan ) dalam 2-4 dalam 10 wanita ( 20-40%)
Bakteria ini tidak dipindahkan melalui hubungan kelamin dan kebanyakan wanita yang ada GBS ini tidak menunjukkan apa-apa simptom.
Menurut Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak dalam perkongsiannya di Facebook Medical Mythbusters Malaysia, menjadi pembawa kepada GBS ini bukanlah sesuatu yang berbahaya, tetapi bakteria ini boleh memberikan kesan kepada bayi yang dilahirkan. Kadang-kadang GBS ini boleh memberikan kesan yang serius kepada bayi yang dilahirkan, dan amat jarang ketika kehamilan dan sekiranya proses bersalin belum bermula.
Bagaimana nak kesan GBS?
GBS boleh dikenalpasti ketika hamil bila sample dari vagina / sampel dari rectum atau ujian air kencing.
Kita TIDAK offer kepada semua ibu hamil untuk menjalani ujian saringan untuk GBS pada ketika ini kerana :
– Kebanyakan wanita yang ada GBS, melahirkan bayi yang sihat dan tidak ada jangkitan GBS
– Saringan GBS pada lewat kehamilan, tidak boleh secara tepat meramalkan bayi mana yang akan terkena jangkitan GBS
– Tiada ujian sariangan yang benar-benar tepat. Jika ujian saringan menujukkan tiada GBS – tidak bermakna 100 % ada bukan pembawa GBS
– Kebanyakan bayi terkena jangkitan GBS yang serius adalah bayi yang tak cukup bulan, sebelum sempat kehamilan disaring untuk GBS pada 35 hingga 37 minggu
– Pemberian antibiotik kepada semua pembawa GBS bermaksud sebilangan besar wanita akan menerima rawatan yang mereka tidak perlukan sebenarnya.
Apa kesan GBS kepada bayi?
Kebanyakan bayi yang kena GBS semasa lahir dan mereka selalunya tidak menimbulkan apa-apa masalah. Walau bagaimanapun, jika anda adalah pembawa GBS, ada risiko kecil bayi anda akan terkena jangkitan GBS , seterusnya menyebabkan bayi sakit tenat ataupun meninggal.
1 dalam 1750 kelahiran bayi di diagnos dengan jangkitan awal GBS (early-onset GBS infection). Jangkitan GBS ini lazimnya menyebabkan bayi mengalami jangkitan kuman teruk ( sepsis ) , jangkitan pada peparu (pneumonia) dan jangkitan pada lapisan otak (meningitis)
Walaupun jangkitan GBS ini boleh meragut nyawa bayi, dengan rawatan segera dan optimum, banyak bayi akan sembuh sepenuhnya. Perlu diingatkan, dalam bayi yang terkena jangkitan GBS ini, 1 dalam 19 ( 5.2 %) akan meninggal dan dalam yang terselamat tu, 1 dalam 14 ( 7.4%) akan ada permasalahan jangka panjang.
Jangkitan GBS akan lebih senang berlaku sekiranya :
✔️Bayi pramatang – lagi awal bayi dilahirkan lagi tinggi risikonya
✔️Sebelum ni pernah ada bayi yang pernah terkena jangkitan GBS
✔️Ibu ada demam atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan kuman ketika hendak bersalin
✔️Ketika hamil, ada keputusan yang menyatakan bahawa ibu memang ada GBS dari air kencing atau sample vagina
✔️Air mentuban sudah pecah melebihi 24 jam sebelum bayi dilahirkan
Bagaimana mengurangkan risiko jangkitan GBS kepada bayi?
Jika sample air kencing menunjukkan ada kuman GBS, anda perlu terus dimulakan rawatan antibiotic. Jangan berlengah ! Rawatan antibiotic juga perlu ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur darah.
Kalau sample dari vagina yang menunjukkan ada GBS – rawatan antibiotik ini perlu ketika dalam proses bersalin sahaja – diberikan melalui salur darah.
Jika ada bayi yang terkena jangkitan GBS untuk kehamilan yang lepas-lepas, kena berikan antibiotik ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur darah
Jika air mentuban pecah sebelum 37 minggu, dan ibu ada GBS, kehamilan perlu di induce – bayi perlu dilahirkan tanpa berlengah untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman GBS. Jangan lupa antibiotik juga turut diberikan melalui salur darah.
Walaupun seseorang wanita tu takda GBS, jika ada tanda-tanda jangkitan kuman ketika nak bersalin, ibu akan diberikan antibiotik juga melalui salur darah yang merawat banyak bakteria termasuk kuman GBS.
Jika proses bersalin sudah bermula selepas 37 minggu ( kelahiran pramatang ) doktor akan menasihatkan ibu menerima antibiotik dalam salur darah walaupun takda GBS.
❗️Ibu yang ada GBS, kita tidak beri antibiotik SEBELUM proses bersalin bermula kerana tindakan ini TIDAK mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan GBS. Tak perlu antibiotik selagi proses kelahiran belum bermula. Hanya terima rawatan antibiotik ketika hendak melahirkan – dapat mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan GBS dalam minggu pertama selepas dilahirkan 1 dalam 400 hingga 1 dalam 4000 kelahiran.
❗️Kalau anda sudah ada tarikh untuk kelahiran secara caesarean dan ada GBS, anda TIDAK PERLU antibiotik untuk mengurangkan risiko jangkitan GBS pada bayi, melainkan air mentuban telah pecah. Biarpun begitu, bila kita nak buat pembedahan caesarean, SEMUA ibu akan diberikan antibiotic sebelum pembedahan bermula untuk mengurangkan risiko untuk pelbagai jenis jangkitan yang berkaitan dengan pembedahan.
‼️Beritahu doktor mengenai ubat yang anda alergik. Kemungkinan besar ubat yang ada alergik tu adalah antibiotik yang perlu diberikan untuk GBS.
Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang ada GBS akan dipantau oleh doktor paediatrik, untuk mengenalpasti bayi akan ada jangkitan kuman GBS. Rawatan antibiotik akan dimulakan jika difikirkan perlu oleh doktor paediatrik .
Bayi yang terkena jangitan kuman GBS akan menunjukkan:
Jika ada tanda-tanda ini, hendaklah segera mendapatkan rawatan doktor. Jika lewat boleh menyebabkan kesan yang serius sehingga boleh membawa maut.
Jangan melompat-melompat kebimbangan kalau doktor cakap anda ada GBS, biarkan doktor explain terlebih dahulu. Ada rawatan untuk mengurangkan risiko jangkitan GBS pada bayi.
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia www.facebook.com/drmuhammadizzat
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah menjadi amalan masyarakat melayu mengamalkan jamu sebelum atau selepas bersalin. Rata-rata beranggapan bahawa pengambilan herba semulajadi tidak akan mendatangkan kesan berbanding ubat-ubatan.
Malangnya, tanggapan itu salah sama sekali. Ini kerana bahan yang terkadung dalam kebanyakkan jamu yang dijual secara bebas di laman sosial kini tidak disahkan kesahihan semulajadinya dan keberkesananya. Pelbagai risiko boleh terjadi kepada ibu dan anak yang baru lahir akibat mengamalkan jamu. Ikuti perkongsian dari Doktor Amirul Amzar;
Seorang wanita datang ke Jabatan Perubatan Kecemasan dengan simptom muntah-muntah dan sakit perut yang amat sangat. Beliau baru 6 minggu melahirkan anak pertamanya.
Di Jabatan Kecemasan, ujian darah yang diambil menunjukkan kerosakan fungsi hati. Enzim hatinya meningkat hampir 10 kali ganda dari bacaan normal!
Selepas ditanya lebih lanjut, rupa-rupanya beliau mengambil jamu untuk berpantang. Malah, lebih menyedihkan lagi, anaknya yang sedang disusukan juga mengalami masalah kuning.
Si ibu diberi rawatan dan dinasihatkan agar berhenti mengambil jamu. Beliau diberi temujanji untuk pemeriksaan semula fungsi hati.
Dengan kebenaran beliau, kes ini dikongsikan buat tauladan pada umum.
Hasil carian di google mendapati terlalu banyak promosi set bersalin jamu dijual. Malah platform Lazada dan facebook juga digunakan bagi penjualan produk sebegini
Aduan rasmi telah dilakukan kepada pihak NPRA.
Diharapkan masyarakat berhenti menggunakan jamu selepas bersalin bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku lagi.
Elakkan pengambilan jamu selepas bersalin.
Sebarang aduan berkaitan produk farmaseutikal atau tradisional boleh diemailkan di aduanproduk@moh.gov.my
Karies botol susu terjadi apabila bayi atau kanak-kanak dibiarkan tidur ketika sedang menghisap susu atau air manisan daripada botol susu. Cecair yang tidak dibersihkan daripada dalam mulut bayi ini akan menyelaputi gigi dan menyebabkan kerosakan pada gigi.
Gigi yang sering kali menjadi mangsa ialah gigi susu hadapan atas.
Rata-rata ibu bapa mengendahkan perkara ini dan membiarkan sahaja gigi susu ini rosak, dengan alasan boleh diganti dengan gigi kekal.
APA LANGKAH TERBAIK IBU BAPA?
1. Jangan biarkan bayi tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manisan.
2. Bersihkan mulut bayi selepas meminum susu dengan menggunakan kain lembap yang dibalut pada jari manis anda dan digosok pada gigi dan gusi bayi untuk membuang sisa susu.
3. Kurangkan penggunaan botol susu secara berperingkat. Galakkan minum menggunakan cawan atau sudu seawal usianya 6 bulan.
4. Bilas mulut bayi anda dengan menggalakkan meminum air kosong selepas menghabiskan susu.
5. Elakkan memasukkan gula ke dalam susu bayi anda.
6. Ibu bapa digalakkan memberus gigi anak-anak berusia di bawah 6 tahun.
7. Bawa anak untuk pereriksaan gigi di klinik gigi setiap 6 bulan.
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.