Ketika berjalan, berdiri atau berlari, tapak kaki merupakan kawasan yang akan tampung keseluruhan berat badan kita. Oleh itu, kawasan tersebut merupakan kawasan yang sangat terdedah dengan kecederaan kerana kawasan tersebut kerap menerima tekanan yang tinggi daripada badan.

Masalah ini bukan sahaja dialami pada bahagian tapak sahaja malah bahagian tapak jari atau kawasan tumit.

Sebab itulah sakit tapak kaki antara masalah yang sering berlaku pada ramai orang. Masalah ini akan berlaku kepada hampir setiap orang. Jika dibiarkan ia boleh melarat dan memberi ketidakselesaan.

Bagi anda yang mengalami masalah ini, boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Ruvaintie Roslan.

PETUA MUJARAB HILANGKAN SAKIT KAKI

Masa memula Mak bagitau petua ni, KakVee tak berapa nak buat sangat. Still lagi pergi berurut dekat spa dengan bayaran rm45-rm60 untuk sejam. Tu pun lepas urut tak hilang gak sakit kaki.

Stresskan bila sakit kaki. Tambahan lagi kalau sakit tu mencucuk cucuk dibahagian tumit. Rasa berat jer kaki nak berjalan. Nak bekerja pun jadi lemau.

Bila dalam pantang ni baru ada kesedaran nak buat. Hanya berspa di rumah. Jimat dari segi kos sebab bahan-bahan nak buat memang dah tersedia di dapur dan boleh diamalkan bila-bila masa.

Tapi kesannya bergantung pada individulah, ada yang hilang sakit terus lepas sekali buat. Ada yang kena buat sampai tiga kali baru rasa betul-betul berkesan. KakVee lepas buat hari tu sakit kaki dan lenguh lenguh terus hilang. Jadi ringan jer kaki nak melangkah. Tu yang KakVee nak share petua ni sebab betul-betul menjadi.

Hilangkan Sakit Kaki & Tumit, Buat Air Rebusan Herba. Bangun Pagi Badan RinganBahan bahan yang diperlukan:

Garam
Halba
Serai
Halia
Lengkuas
Daun limau purut
Daun pandan

(tambahan kalau ada, daun mengkudu, cekur daun sireh) – sebenarnya boleh letak daun apa saja yang ada khasiat.

Cara penyediaan:

Hilangkan Sakit Kaki & Tumit, Buat Air Rebusan Herba. Bangun Pagi Badan RinganHiris atau ketuk bahan bahan diatas.
Kemudian rebus sehingga mendidih.

Hilangkan Sakit Kaki & Tumit, Buat Air Rebusan Herba. Bangun Pagi Badan RinganHilangkan Sakit Kaki & Tumit, Buat Air Rebusan Herba. Bangun Pagi Badan RinganMasukkan garam ketika proses rebusan

Cara penggunaan:

Ambil air rebusan (termasuk bahan-bahan) masukkan dalam baldi dan campurkan dengan air paip. Suhu ikut individu. Tapi jangan sampai melecur kulit. Kalau boleh paras air tu sampai boleh rendam dari kaki hingga ke lutut. Baru puas hati.

Hilangkan Sakit Kaki & Tumit, Buat Air Rebusan Herba. Bangun Pagi Badan Ringan*masa rendaman tu akan terasa seolah olah kaki kita disedut-sedut. Sangat selesa dan bau pun wangi kalah bau dekat spa.

#PS ini hanyalah penyediaan tradisional, sekiranya sakit kaki tu berlarutan dan bertambah teruk segeralah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya.

#SILAKANSHARE supaya gejala sakit kaki dapat dikurangkan bersama-sama. Nak cara jimat bolehlah cuba. Nak mudah g spa urut kat sana

Kredit: Ruvaintie Roslan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI