Buat Janji Temu Online Sebelum Ke JPN Daftar Kelahiran, Kematian Atau Mohon IC

Share

Sebelum ini seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, urusan pendaftaran kelahiran dan kematian bagi warganegara Malaysia dilanjutkan selama 90 hari sejurus tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

ARTIKEL MENARIK [Paling Panjang 2 Patah Perkataan. Pilih Nama Anak Biar Pendek Tapi Maksudnya Baik]

Kini setelah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pasangan suami isteri yang baru menimang cahaya mata, masing-masing akan mula untuk buat pendaftaran bagi mengelakkan di denda. Yelah bila tangguh risau terlupa terus.

Bagi yang kematian ahli keluarga pula, jika menangguhkan pendaftaran risau untuk selesaikan beberapa perkara yang sepatutnya.

Ok untuk memudahkan anda membuat pendaftaran kelahiran, kematian atau urusan permohonan kad pengenalan, perkongsian oleh Siti Nuramirah mengenai cara membuat janji temu terlebih dahulu sebelum datang ke JPN mungkin lebih memudahkan anda.

Pergi JPN nak buat surat beranak anak, beratur punya beratur dah lah panjang sekali dia cakap kena buat appointment so dia pun ajar buat.

Yang mana nak buat ic ke sijil kematian ke sijil kelahiran tu tak payahlah buang masa beratur kalau tak ada appointment lagi. Meh mira ajar cara-cara buat appointment

Pergi laman web ni atau tekan je link ni http://tiny.cc/temujanjijpn lepas itu isi lah apa yang dia minta segala tu.

Permohonan borang online JPN

LAGI ARTIKEL MENARIK [Sebutlah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar Untuk ‘Recharge’ Tenaga Ibu Setiap Hari

Lepas dah buat appointment dia akan inform kat situ yang dia akan call dalam masa 3 hari untuk datang paling cepat 1 hari. Good luck!

Sekiranya nak dapatkan maklumat lanjut boleh terus ke laman web JPN www.jpn.gov.my

Sumber: JPNSiti Nuramirah

 

IKLAN