Buat Kaya Pandan Sendiri, Paling Sedap Guna Daun Pandan Segar, Memang Senang!

Share

Roti kukus tak lengkap rasanya jika tidak digabungkan dengan pandan kaya yang sedap. Bosan makan di kedai, apa kata kali ini kita cuba buat sendiri pulak untuk anak-anak.

Buat kaya pandan. Kukus roti pastu makan dengan homemade kaya memang wow gituu. Makan berebut-rebut pulak tu, puas sangat rasa.

Bila buat kaya sendiri ni manis pun boleh dikurangkan ikut suka kita. Cubalah demeh kalau nak buat kaya ni.

Bahan-bahan:
1 cawan air pandan (5 helai daun pandan diblend)
1 cawan susu cair
1 cawan gula (cikgu fazz buat 3/4 je)
1 kotak santan 200g
2 sudu susu pekat manis
3 sudu tepung jagung
1 biji telur
Sedikit garam
Titiskan sikit pewarna hijau kalau nak

 

Masuk semua dalam periuk kecil.

Tenggekkan atas api dan kacau sampai dia berkilat.

Masak dah lah tu. Boleh terus makan.

*Kebesaran cawan ikut kita lah.

Menarik: Bodygoals Betul, Cantik & Langsing-, Bella Astillah Dipuji Tak Macam Anak Dua

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Kredit : Fazelina Isa

IKLAN