Kalau dah bosan makan nasi, tapi perut berkeroncong minta diisi, bolehlah buat menu yang ringkas tapi tetap mengenyangkan. Kerabu mi segera misalnya, sangat sedap dimakan dan rasanya juga tak muak. Boleh makan banyak, sedap sangat.
Resipi keabu mi segera yang boleh dicuba adalah seperti yang dikongsikan seperti Ariana Sofia Ahmad. Bahan-bahan kena cukup, barulah mengancam!
Ikuti perkongsian resipi ini:
RESEPI KERABU MAGGI SEAFOOD THAI
Maggi thai ni memang sedap bila buat kerabu maggi. Ni ariana bagi resepi untuk korang cuba. Sedapnya macam duk negara sebelah.
Bahan-bahan: Maggi thai 2 bungkus 3 ekor sotong sederhana dipotong kecik 8 ekor udang dibuang kulit 6 batang isi ketam dipotong 2@3 1 batang sosej dipotong nipis (pilihan) 1biji @ 2 sudu besar air perahan limau nipis 2 sudu besar cuka makan 2 sudu besar sos cili thai ( sos manis thai) 1/2 sk ajinomoto 1/2 sudu besar gula 1 biji tomato dipotong dadu 2 tangkai daun ketumbar di hiris halus(sedikit sahaja) 1 biji bawang merah dipotong dadu 4 biji cili padi dipotong kecik 1/2 batang lobak merah diparut halus Kobis ungu dihiris nipis
Cara Membuat: 1. Mula-mula rebuskan maggi 1-2minit @ sehingga lembut. Dah masak angkat dan toskan.
2. Rebus segala lauk pauk sotong, udang, isi ketam dan sosej. Boleh jugak tukar kepada ayam kalau tak makan seafood.
Ads
3. Dah masak kena toskan jugak. Masukkan dalam bekas maggi tadi.
4. Masukkan bawang, cili api, daun ketumbar, lobak, kobis, tomato ke dalam bekas.Perahkan air limau nipis ke dalam bekas.Masukkan cuka makan. Boleh kurangkan kalau taknak masam.
5. Masukkan sos ikan dan sos cili Thailand.
Ads
6. Masukkan ajinomoto dan gula. Boleh rasa dulu sebelum tambah gula. Manis ikut kesesuaian masing -masing. Masukkan pula perencah yang ada.
7. Gaul sebati semua bahan. Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang- kadang nak makan makanan western tapi tekak tak boleh nak terima. Takde masalah, olah je resepi ikut sesuai dengan selera masing- masing. Nak makan ikan salmon tapi buat resepi melayu? Mestilah boleh! Mudah pula tu.
Tidak semestinya kena ikut cara masakan western baru sedap. Boleh pelbagaikan resepi mengikut kesesuaian. Contohnya, ikan salmon sos asam jawa. Mari lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh akaun Instagram perbidananmelayu.
RESEPI IKAN SALMON SOS ASAM JAWA
IKAN SALMON SOS ASAM JAWA
Bahan- bahan: – Ikan salmon – Garam – Bawang putih 3 biji (ditumbuk) – 2 sudu asam jawa adabi – Lada hitam sedikit – Gula
Cara- cara: 1. Perapkan ikan salmon dengan garam dan dipanggang. Setelah masak angkat dan ketepikan. 2. Tumis bawang putih yang dah ditumbuk. 3. Letak 2 cawan air, asam jawa, gula dan garam. 4. Biarkan sehingga kuah menjadi pekat dan taburkan sedikit lada hitam.
Hiasan: – Daun limau dihiris nipis – Daun ketumbar dihiris – Lobak dihiris nipis – Tomato potong dadu – Bawang merah besar dihiris
Kuah yang sudah disiap dicurah ke atas ikan dan tabur hiasan dan perahkan lemon di atas hiasan tadi. Baru lah letak segala hiasan dan kuah ke atas salmon panggang tadi.
Siap!
Mudahkan resepi ni? Tahu tak ikan salmon ni antara ikan yang tinggi omega 3? Omega-3 adalah lemak yang penting kerana ia tidak dapat dihasilkan dalam badan dan perlu diambil daripada sumber luar. Pelbagai kajian mendapati bahawa omega-3 membantu dalam mengurangkan keradangan dan risiko penyakit serta mengawal tekanan darah tinggi.
Salmon mengandungi jumlah potassium yang tinggi. Apa yang lebih menarik lagi, jumlah potassium bagi salmon adalah lebih tinggi daripada pisang. Potassium membantu untuk mengawal tekanan darah serta mengurangkan risiko stroke. Analisis besar dari 31 kajian mendapati bahawa penambahan potassium dalam diet yang tinggi sodium dapat mengurangkan tekanan darah secara signifikan.
Oleh kerana kandungan omega 3 yang tinggi, salmon dapat meningkatkan kandungan omega 3 dalam darah. Kebanyakan orang mempunyai kandungan omega 6 lebih banyak berbanding omega 3 dalam darah. Terlalu banyak omega 6 akan meningkatkan risiko penyakit jantung.
Mudahkan resepi yang dikongsikan. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak yang berumur 1 hingga 3 tahun akan mengalami proses tumbesaran yang sangat cepat. Ketika ini, sangat penting untuk mereka mendapatkan nutrien dan mineral yang secukupnya. Selain itu, ketika ini juga tabiat pemakanan sihat serta diet seimbang wajar ditetapkan buat mereka.
Namun begitu, agak sukar bagi ibu bapa mengetahui apakah sebenarnya makanan yang mereka perlukan dan bagaimana untuk memberi snek kepada mereka dengan cara dan kadar yang sebetulnya. Berikut merupakan 5 perkara perlu diberi perhatian ketika memberi snek kepada anak anda.
Memberi snek kepada anak anda merupakan cara yang paling mudah untuk memastikan mereka makan dengan secukupnya. Kebanyakan kanak-kanak pada usia terlalu sibuk bermain. Ada juga kanak-kanak yang tidak menyukai waktu makan serta memilih makanan.
Snek yang sihat dapat membantu menyeimbangkan diet anak anda sekiranya diberi pada waktu yang sesuai. Snek dapat membantu mereka mengalas perut sementara menunggu waktu makan yang seterusnya. Buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berserat serta berkalsium tinggi merupakan makanan yang terbaik untuk diberikan kepada anak anda. Seperti yang disarankan oleh pakar nutrisi, 3 kali waktu makan serta pengambilan snek 2 hingga 3 kali sehari merupakan diet yang terbaik. Waktu snek ini diambil disarankan untuk ditetapkan pada waktu pagi, tengah hari dan selepas makan malam jika perlu.
Kanak-kanak secara lahiriahnya sangat menyukai gula-gula dan keropok. Oleh itu, anda perlu lebih bertegas terhadap apa yang perlu dimakan oleh mereka. Ajar mereka untuk faham jenis makanan apa yang terbaik untuk mereka. Perkenalkan buah-buahan segar yang tinggi kandungan nutrien seperti vitamin, mineral, protein dan fiber serta elakkan makanan yang telah diproses yang mengandungi gula, garam dan lemak yang tinggi. Sebagai contoh, makanan yang terbaik dan ideal untuk anak anda adalah seperti berikut:
Kanak-kanak kebiasaannya amat patuh dengan rutin yang ditetapkan. Hidangkan snek dan makanan pada waktu yang sama setiap hari. Ini akan mengajar anak anda membiasakan diri untuk patuh kepada waktu makan mereka. Jika rutin ini tidak ditetapkan, anak anda akan kehilangan kebolehan untuk mengesan kelaparan serta kekenyangan diri sendiri sekaligus mungkin menyebabkan mereka terlebih makan.
Hadkan pengambilan jus oleh anak anda untuk tidak melebihi 4 oz. sehari. Sebaliknya, berikan air putih atau susu sekiranya mereka mengadu haus. Jika anak anda merupakan penggemar tegar jus buah-buahan, berikan mereka sebiji buah tersebut berbanding jusnya. Ini kerana jus mempunyai kandungan kalori yang sama dengan soda yang mengandungi gula tambahan yang sangat tinggi.
Beri peluang kepada anak anda untuk sesekali memilih snek mereka sendiri. Berikan pilihan aneka snek yang berkhasiat dan biarkan mereka memilih apa dan berapa banyak kuantiti snek yang mereka inginkan.
Anda juga boleh memasangkan snek yang anak anda gemari dengan suatu makanan yang baharu setiap kali waktu makan snek tiba. Meskipun anak anda berkali-kali menolaknya, teruskan juga usaha anda. Anak anda mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk membiasakan diri memakan sesuatu yang baharu. Anda diingatkan untuk menggunakan pendekatan yang lembut dan jangan sesekali memarahi mereka kerana tidak memakan makanan yang anda pasangkan dengan snek tersebut untuk mengelak mereka membencinya.
Namun begitu, anda perlu bertegas untuk tidak membenarkan anak anda memilih waktu makan snek mereka sesuka hati. Ajar mereka bahawa waktu makan dan snek adalah tetap dan sama pada setiap hari.
Kebanyakan ibu bapa cenderung untuk mengumpan anak mereka dengan gula-gula namun ini bukanlah strategi yang terbaik. Ini kerana gula-gula akan dianggap sebagai makanan yang sangat bernutrisi serta sihat berbanding yang lain. Hakikatnya, gula-gula tidak memiliki sebarang nutrien. Kek harijadi, muffin atau biskut juga merupakan makanan yang digemari oleh kanak-kanak namun anda perlu mengelakkan makanan yang tidak mempunyai kalori ini untuk menjadi keterbiasaan kepada anak anda. Tolak permintaan anak anda dengan baik dan jangan jadikan makanan tersebut sebagai satu peraturan atau larangan untuk mengelakkan mereka berasa terkejut jika anda mengatakan tidak jika mereka memintanya sekaligus membiasakan mereka untuk kurang mengambil makanan yang kurang sihat ini.
Tabiat pemakanan yang sihat ini perlu bermula di rumah pada seawal usia lagi. Snek bukanlah satu upah atau umpan kepada kanak-kanak sebaliknya merupakan hidangan mini. Sentiasa ajar anak anda untuk membuat pilihan yang terbaik terhadap pemilihan makanan atau snek mereka. Paling penting, elakkan mengambil makanan yang diproses atau hadkannya kepada sekali atau dua kali sahaja seminggu. Hakikatnya, makanan buatan sendiri juga adalah pilihan yang terbaik untuk anda sekeluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.