Kuih tradisional seperti kuih koleh kacang ini tak ramai yang berani untuk cuba buat secara homemade kerana ramai beranggapan kuih ini susah untuk dihasilkan. Resipi yang dikongsi ini sangat mudah dihasilkan dan yang paling penting memang sedap.
Kuih koleh kacang memang sangat sedap ditambah pula tahi minyak diatas, ditabur banyak lagi padu!
RESEPI KUIH KOLEH KACANG
BAHAN-BAHAN;
Ads
BAHAN A
1 cawan gula merah
1 cawan air
2 sdb gula halus
1 helai daun pandan
BAHAN B
1 cawan tepung kacang hijau
1 sk garam
2 cawan santan
1/2 cawan air
CARA-CARANYA;
-Masak bahan A sekadar gula larut sahaja.. sejukkan dan tapis…(jangan sampai air gula pekat)
-Satukan bahan (B), kacau hingga rata dan sebati dan tapiskan ke dalam kuali…(guna bekas kuali yang buat tahi minyak tadi).
-Masukkan bahan A ke dalam bancuhan B, kacau di atas api sederhana.. (tuangkan 2sb minyak tahi minyak supaya berkilat).
Ads
-Adunan hendaklah dikacau, supaya tidak bergentel dan melekat di dalam kuali.
-Bila dah masak tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapu minyak… Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.
CARA MEMBUAT TAHI MINYAK
Ads
2 cawan santan pekat
Garam sedikit
-Masak dengan api perlahan sehingga menjadi tahi minyak dan warna kekuningan.Tapis supaya tahi minyak tidak hitam.
-Minyaknya jangan buang guna dalam adunan supaya berkilat.
Bosan dengan aneka lauk pauk yang sarat, apa kata kita simpan tenaga untuk sediakan menu yang mudah tapi cukup istimewa pada anak-anak dan suami.
Resipi Nasi Arab mudah ini mama wajib cuba. Bahan ringkas dan mudah didapati. Nak buat pun cukup senang. Jom cuba resipi perkongsian Pn Nik Imana.
Alhamdulilliah, dah nak masuk 5 tahun jadi isteri orang. Hari ni masak Nasi Arab Mandy Ayam, resepi dah pernah share dalam group ni masa PKP tahun lepas, tapi tak pe lah kita share lagi sekali.
Bahan-bahan:
3 pot beras basmathi
Ayam -bahagian whole leg
1 btg kulit kayu manis
1/2 sudu lada hitam
1/2 jintan manis
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu ketumbar
1 biji pati ayam
Sedikit garam
1 biji tomato
1 biji cili hijau
Minyak sapi
Daun ketumbar
Sedikit madu, serbuk perasa, serbuk kunyit, serbuk cili.
Bahan salatah:
Bawang hollan
Timun batang
Tomato
Lemon
Garam dan gula
Bahan Sambal:
Cili merah
Tomato
Daun ketumbar
Perasakan dengan garam & perahan lemon
1. Rebus ayam bahagian whole leg tu dengan 1 btg kulit kayu manis, 1/2 sudu lada hitam, 1/2 jintan manis, 1/2 sudu jintan putih, 1/2 sudu ketumbar, 1 biji pati ayam, sedikit garam, 1 biji tomato & 1 biji cili hijau dipotong. Rebus beberapa ketika supaya ayam masak dibahagian dalam. Lepas tu toskan ayam. (rempah-rempah tu kalau tak suka tergigit, boleh blend bagi hancur).
2. Untuk masak nasi, aku guna 3 pot beras basmathi, cuci dan rendam setengah jam. Kalau guna beras biasa tak payah rendam, nanti hancur nasi korang tu.
3. Panaskan 1 sudu planta/minyak sapi, tumiskan sedikit biji ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih (kalau takut tergigit boleh blend halus) & bay leaves. Sedikit tu maksud aku secubit kot. Tumis benda tu semua sampai baik bau pastu masukkan beras tadi, goreng sekejap pastu masukkan air rebusan ayam tadi ikut sukatan biasa korang masak nasi la & letak garam skit.
Lepas tu bila nasi dah kering, taburkan daun ketumbar & buat lubang kt nasi tu sikit utk letakkan pewarna kuning, pastu biarkan sampai nasi masak.
4. Ayam yang ditoskan tu sapu sedikit madu, serbuk perasa, serbuk kunyit, serbuk cili. Pastu letak hirisan lemon & panggang dalam air fryer/oven. Kalau nak masak ayam letak dalam nasi pun boleh tapi aku tak suka, so aku panggang je.
5. Untuk salatah, potong bawang holland, timun batang & tomato kecik-kecik. Lepas tu perah lemon, garam, gula & kacau. Kalau tak ada lemon, guna je cuka pun boleh.
6. Untuk sambal nasi arab, blend cili merah, tomato & daun ketumbar. Perasakan dengan garam & perahan lemon.
7. Untuk sup pulak, lebihan air rebusan ayam tadi aku tambah akar daun ketumbar pastu tambah garam & serbuk kunyit untuk nampak kuning.
8. Lepas tu boleh hidang lah ayam tu letak atas nasi lepas tu makan dengan semua condiments tu sampai lah semua tersadai di dinding kekenyangan.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semasa berpantang, ibu kena cukup makan untuk memastikan dirinya cukup tenaga untuk menyusukan bayi pula. Bukan itu saja, ibu yang makan dengan elok juga lebih mudah sembuh. Namun, mungkin ada sesetengah menu pantang membuatkan ibu kurang berselera.
Siapa kata kalau berpantang tak boleh makan sedap? Banyak pilihan menu yang sesuai untuk ibu selepas bersalin dan rasanya juga sedap. Kadang-kadang tu, yang tak bersalin pun suka makan masakan pantang.
Perkongsian dari Nanny Ammar melalui grup Masak Apa Hari Ni (MAHN), yang menyediakan menu Kuah Perah Asam sesuai untuk ibu berpantang;
Buatkan lauk pantang utk mama si baby, lebihkan sekali utk atok sibaby..sbb atok pun feberet lauk ni. Tp atoknya letak cili. Kuah nmpk kurang cantik sbb less oil…Sayur rebus² utk org pantang, nanny baby pun nak jugak. Sayur goreng pulak atok nanny punya juga…
Atok tak sempat g pasar harini nak suh beli ikan tenggiri, so kita buat dgn ikan bilis jelah lauk tu. Xpe..esok².lah kita makan tggiri ya menantu…,ada 29 hari lagi nak berpantang ni…😃 harap nanny pun blh kurus makan lauk.pantang …Pantang nampak…😂
Edited: Kami panggil namanya Kuah Perah Asam
Sumber foto: Facebook Nanny Ammar
Bahan-bahan:
Ikan bilis segenggam (klu buat sikit, letak sikit jer) goreng garing terlebih dahulu
Bawang merah 5 ulas hiris + 3 ulas sebiji-biji atau belah 2.
Bawang putih 3 ulas hiris + 2 atau 3 ulas sebiji-sebiji
Halia sebesar ibu jari dihiris
Sedikit minyak untuk menumis
2 cawan air (kalau nak lebih kuah, lebihkan. Kalau nak kurang kuah, kurangkan).
Air asam jawa secukupnya
Garam secukupnya
Cara memasak:
1. Tumis semua bawang (halia paling kemudian).
2. Letak air 2 cawan dan didihkan. Masukkan air asam jawa pekat sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan bilis yang siap digoreng tadi dan perasakan (pandai-pandailah balance asam dgn garam). Siap!
Sumber foto: Facebook Nanny Ammar
Kalau nak tambah cili padi boleh, terpulang. Saya tak masuk cuka sbb tak baik utk ibu yang sedang berpantang, so camni jelah resepi saya.
Selamat mencuba. Bismillahhirrahmanirrahim.
Sedap resipi ni, untuk kuatkan lagi rasa bolehlah ditambahkan dengan sedikit cuka dan boleh gantikan bilis dengan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu. Dimakan dengan nasi panas, memang terangkat!
Selain nasi, roti antara makanan wajib yang sentiasa ada di rumah kita. Pun begitu bukan semua kepingan roti ini dapat dihabiskan sebelum tarikh luputnya. Belum sempat di makan, roti sudahpun bakal menghampiri waktu tarikh luputnya. Jangan buang sebaliknya olah menjadi resipi terbaik lain untuk anak-anak kita. Garenti habis licin!
Tiga resipi daripada ibu berbeza ini banyak kelainannya. Ada yang memilih untuk mengukus dan ada pula yang menggorengnya. Tak kisahlah, asalkan anak makan sampai licin. Itu dah cukup buat ibu gembira. Tak gitu?
Roti Marjerin Kukus
Roti kukus pastinya cukup disukai. Bukan anak sahaja bahkan kita dewasa pun cukup menggemari Roti Kukus ini. Resipi perkongsian Zalina Ina ini nampak simple tapi sedap. Jadi boleh cuba.
Sarapan pagi ni. Anak-anak suka sangat tak jemu-jemu. Arwah ayah yang ajar resepi ni. Mudah sangat nak buat. Sedap & lembut je.
Roti Goreng Bersayur
Ini pula resipi yang dikongsikan oleh Pn Siti Rahimah Md Kassim. Roti goreng bersayur ini nampak biasa tapi tinggi khasiatnya. Paling penting kandungan sayur buat anak sihat dan dibekalkan dengan serat.
Roti goreng bersayur prup prap. Favourite anak sulung saya. Kalau buat ni sekeping roti je tak cukup untuk dia, kena 3 keping baru cukup.
3. Ambil sekeping dan roti potong ikut suka. Kecik-kecil memanjang pun boleh senang baby nak pegang.
4. Lepas potong, celup dalam bancuhan tepung, lepas tu goreng sampai kekuningan. Angkat.
5. Siap dah boleh makan.
Roti Cheese Mozarella
Lain pula resipi yang dikongsikan oleh Pn Wardah Hanum Z A ini. Roti Cheese Mozarella yang digunakan sebagai inti. Nampak menarik dan sedap.
Mommy terus dapat idea buat Roti Cheese Goreng untuk breakfast pagi ni. Cara-cara mudah sangat.
Bahan-bahan:
Roti
Cheese mozzarella
Cara:
1. Taburkan cheese dalam sekeping roti, lipat bentuk segi tiga.
2. Tekapkan roti yang dilipat tadi guna mulut gelas, goreng dan siap! Nyum nyum.
*selain guna cheese boleh jugak letak filling lain ikut citarasa anak. Yang penting tiada bahan-bahan terlarang.
Jadi mana satu pilihan mama petang ni?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.