Uncategorized

Buat Masa Ni Gomol, Pegang Xandra Minta Elakkan. Bukan Sombong Tapi Tak Mahu Jangkitan Kuman

Share

Selepas selamat menjalani pembedahan rawatan sumbing bibir, penyanyi Lan Solo menyatakan kesihatan bayinya iaitu Nur Amna Quxandra kini semakin pulih, namun terpaksa membataskan sentuhan fizikal.

Menurut Lan kepada Mstar, tindakannya itu untuk mengelakkan Xandra terdedah dengan bakteria bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

“Insya-Allah, saudara-mara faham. Sekarang ini pun kita asingkan Xandra daripada orang luar sebab tak mahu dia lambat sembuh kerana jangkitan bakteria.

“Tak apa, nanti selepas dua bulan, apabila parut serta luka dah benar-benar sembuh bolehlah gomol dan cium semula,” katanya.

Anak Lan selamat menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada 31 Mei lalu.

Isteri Lan, Nur Sheila Hassim melahirkan bayi keempat mereka pada 24 Februari lalu di Pusat Perubatan Rampai Puteri, Kuala Lumpur.

Lan dan Sheila, 32, berkahwin pada 6 Disember 2009. Selain Quxandra mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.

Sumber: Mstar

IKLAN