“Susahnya nak suruh anak minum air kosong. Asyik nak minum air kotak dan air botol je yang banyak perisa”. “Anak saya tak suka minum air kosong. Dan kurang sangat minum air.”. “Macam mana ye nak ajar anak suka minum air kosong?”
Persoalan dia atas sering ditanyakan di kalangan ibu-ibu yang mempunyai masalah anak sukar minum air kosong. Timbulnya kerisauan tersebut apabila ibu-ibu ini nampak kesihatan anak mereka makin merosot atau mereka sendiri baru ada kesedaran betapa pentingnya kecukupan air dalam badan seseorang.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Khalisah Hazrina bagaimana cara menyeronokkan mendidik anak minum air kosong sangat mudah dan mungkin boleh membantu ibu lain.
Ada 5 cara menyeronokkan didik anak minum air kosong, Lisa nak berkongsi manfaat dan mengapa betapa pentingnya kita didik anak untuk minum air kosong berbanding air kotak mahupun air botol yang berperisa. Sebenarnya tak salah pun nak beri anak minum air kotak tetapi perlu ajar anak had mana yang boleh mereka minum. Mungkin seminggu sekali atau dua kali sahaja, hanya sekadar untuk merasa dan bagi mereka gembira. Jangan dinafikan hak mereka yang suka benda manis cumanya ajar mereka had-had yang dibolehkan.
Antara manfaat dan kepentingan minum air kosong:
Mengurangkan risiko sembelit di kalangan kanak-kanak. Boleh dikatakan 40-60% kanak-kanak mempunyai masalah sembelit dan bila ditanya mereka ini kurang minum air kosong.
Mengurangkan masalah dehidrasi. Kanak-kanak sangat aktif bermain tidak kisah di luar atau di dalam rumah. kebarangkalian mereka untuk berpeluh sangat tinggi dan menyebabkan mereka akan kekurangan air dalam badan.
Bantu organ badan berfungsi dengan baik. Sebagai contoh organ kulit jika sangat kering akan menyebabkan kegatalan dan akan berdarah.
Setelah ibu-ibu faham dan tahu kebaikan minum air kosong ini untuk anak-anak, maka mudah untuk ibu-ibu didik mereka dan sebenarnya bukan sahaja anak-anak yang kena minum air kosong, kita sebagai orang dewasa yang meningkat usia juga digalakkan minum air kosong secukupnya tambahan pula kita aktif melakukan aktiviti rutin harian.
1) Sediakan Botol Air Yang Cantik Dan Menarik
Mungkin ada ibu bapa terlepas pandang dengan tips dan cara ini iaitu menyediakan botol air yang cantik dan dapat menarik perhatian anak. Tahukah anda kanak-kanak ini lahiriahnya mereka sukakan perkara di luaran terlebih dahulu berbanding dalamnya ada apa. Sebagai contoh, kanak-kanak suka surprise egg kerana wrapping surprise egg sangat menarik membuatkan kanak-kanak ini menjadi obses untuk sentiasa membelinya sedangkan apabila mereka buka surprise egg mereka hanya layan sekejap sahaja permianan di dalamnya. Begitu juga dalam mendidik anak minum air kosong. Mulakan dengan luarannya nampak menarik terlebih dahulu.
Sebelum Lisa beli botol air anak yang pertama lisa akan tanya dahulu apa kartun yang dia paling suka dan Fareeq kata dia lebih gemar mickey mouse atau robot. Bila lisa belikan botol air yang ada gambar mickey mouse dan robot, dari situ Fareeq sangat suka bawa botolnya ke mana-mana dan secara tidak langsung apabila dia haus dia akan terus minum air botol yang dipegangnya itu.
Anda boleh lihat di sini antara jenis botol air yang dapat bantu menarik perhatian anak-anak supaya suka minum air kosong.
2) Minum Air Menggunakan Straw
Ada sesetengah kanak-kanak mereka tidak sukakan minum air kosong menggunakan cawan kerana ia mudah tumpah dan mereka tidak dapat nak agak perlu teguk tahap mana. Apabila mereka sudah rasa susah untuk minum dengan cara menggunakan cawan, maka mereka akan lebih suka minum air kotak di mana ia ada straw dan mudah untuk minum. Sebab itu, anda digalakkan untuk membeli botol air yang ada straw untuk kanak-kanak ini atau membeli straw plastik supaya mudah untuk kanak-kanak minum air.
3) Lead By Example( Ibu bapa Contoh Terbaik)
Sebelum menyuruh anak-anak ini minum air kosong secukupnya, ibu bapa sendiri perlu minum air kosong secara konsisten. Kanak-kanak akan tiru apa yang kita lakukan bukan apa yang kita suruh mereka buat. Walaupun sekarang ini ibu bapa rasa sukar untuk minum air kosong, tidak mengapa boleh dimulakan sedikit demi sedikit dan sambil itu ajak anak minum air kosong bersama-sama. Tiada istilah terlambat dalam mengajar anak-anak ke arah kebaikan. Sentiasalah positif dalam mendidik anak-anak.
4) Mendidik Seawal 6 bulan
Bagi anda yang mempunyai anak masih bayi, ketika inilah masa terbaik untuk kenalkan anak-anak amalan minum air kosong sejak mereka bayi lagi. Umur yang ideal untuk diperkenalkan minum air kosong adalah seawal 6 bulan kerana ketika usia ini mereka sudah mula makan solid food dan risiko mereka untuk menghadapi masalah sembelit agak tinggi. Ketahuilah bahawa umur ini, kanak-kanak akan ikut sahaja apa yang ibu berikan kepada mereka. Maka lebih mudah untuk mereka mengamalkan minum air kosong sehingga besar nanti.
Berdasarkan pengalaman Lisa sendiri dengan mempunyai 2 orang anak, Lisa lambat perkenalkan anak pertama Lisa dengan air kosong menyebabkan dia agak sukar untuk minum air kosong dan sehingga umurnya 2 tahun barulah dia betul-betul suka untuk minum air kosong. Berbeza dengan adiknya, Sarah. Lisa mula perkenalkan Sarah dengan minum air kosong seawal 6 bulan dan alhamdulillah sehingga kini air kosong merupakan minuman kegemarannya selain susu badan atau susu formula.
5) Sediakan Buah Yang Kaya Dengan Kandungan Air
Di samping memberi air kosong untuk kanak-kanak ini sentiasa hidrasi, mereka juga boleh makan-makanan yang kaya dengan kandungan air seperti tembikai, sayuran, buahan yang lain. Buahan dan sayuran ini mampu membekalkan air dalam badan kanak-kanak selain sumber minum air kosong sahaja. Selalulah mendidik anak untuk mencintai makan buahan dan sayuran yang dapat memberi mereka
Sebenarnya mendidik anak minum air kosong bukanlah susah jika kita tahu cara dan teknik yang betul. Tambahan pula bila kita sudah faham mengapa air kosong sangat penting untuk anak-anak dan pada diri kita juga. Cumanya kesedaran itu perlu dipupuk dari awal lagi.
InsyaALLAH, Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu ibu bapa mendidik anak-anak untuk minum air kosong secara konsisten dan di samping itu memberi kesihatan yang lebih baik kepada kita semua.
Bersalin tanpa koyak dan jahit pastinya dianggap satu kejayaan bagi semua ibu. Pun begitu bersalin tanpa koyakan bukan satu hal mudah kerana berlaku diluar kawalan ibu.
Pun begitu, menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, koyakan teruk ketika bersalin boleh di atasi dengan urutan Perineum yang betul Ketika mengandung.
Malah ibu hamil juga dinasihatkan untuk tidak merasa takut-takut dan belajar teknik yang betul untuk melakukan urutan ini. Ikuti perkongsian beliau menerusi Instagramnya.
“Bermula dari minggu ke-35 kehamilan, anda atau pasangan boleh melakukan urutan perineum setiap hari sehingga bayi anda dilahirkan. Ini mungkin dapat mengurangkan risiko koyakan semasa bersalin.
“Kaedah ini sangat bermanfaat untuk ibu yang pertama kali hamil. Anda juga boleh meminta bantuan pasangan untuk melakukannya bersama.
Tip Urutan Perineum
Duduk dalam air suam sebelum mula. Ini dapat membantu anda lebih relaks dan mengendurkan otot-otot di sekitar kawasan perineum.
Tisu di bahagian faraj dan perineum sangat sensitif. Pastikan kuku anda dipotong pendek untuk mengelakkan calar atau rasa tidak selesa semasa mengurut.
Pastikan anda relaks dan dalam posisi yang selesa. Tempat terbaik untuk melakukan urutan ini adalah di atas katil. Sandarkan badan dengan bantal dan bengkokkan lutut.
Gunakan pelincir seperti minyak vitamin E, minyak badam atau minyak zaitun.
Tekan ke bawah, ke arah dubur dan sisi dinding faraj. Tahan ibu jari anda dalam posisi ini selama kira-kira 1 minit. Anda akan mula merasakan regangan. Tarik nafas dalam-dalam.
Urut perlahan-lahan bahagian bawah faraj dengan gerakan berbentuk “U” selama 2-3 minit. Ulangi sebanyak 2-3 kali.
Lakukan setiap hari atau bila ada masa. Mungkin mengambil masa beberapa minggu urutan harian sebelum anda mula merasakan peningkatan keanjalan di kawasan perineum.
Bila badan letih, otak penat mulalah rasa stres. Kita rasa tak berdaya sehingga ada masanya kita lepaskan amarah pada anak-anak. Tambah lagi bila mereka buat hal. Memang teruk kita marahkan anak. Bukanlah tidak rasa bersalah, tetapi rasa stres mengatasi segalanya pada waktu itu. Kesannya, anak yang menjadi mangsa.
Anak-anak pula bila mahukan perhatian dari ibu dan ayahnya, mulalah mereka buat peragai pelik. Itulah yang menjadi pencetus kepada amarah kita.
Dalam perkongsian Ustaz Ebit Lew, katanya anak-anak yang aktif itu tandanya mereka sihat dan pandai. Mereka buat begitu kerana dahagakan kasih sayang ibu ayahnya. Tambah Ustaz Ebit lagi, sebagai ibu ayah kita perlu belajar untuk memandang anak-anak sebagai amanah. Banyakkan solat dan mengadu kepada Allah SWT. Zikir dan berdoalah selalu, banyakkan juga solat taubat.
BERDOSA ORANG MELEPASKAN GERAM PADA ANAK-ANAK
Bila anak saya dua sekali demam. Demam rindu. Rahmat Allah.
Pernah seorang wanita mesej saya tanya dia hari-hari pukul anak-anaknya. Cubit anaknya. Siang malam mengamuk di rumah. Macam mana saya tak mengamuk, dia pukul adiknya. Menjerit 24 jam. Sepahkan rumah. Main bedak bertabur satu rumah. Kadang-kadang kencing berak pun jadi mainan. Penatlah saya. Ustaz macam mana saya nak sabar dan bahagia. Saya tak tahan saya marah dan pukul lepas tu rasa menyesal. Saya risau perangai anak-anak ni.
JAWAB SAYA SEBENARNYA ANAK-ANAK YANG AKTIF TANDA ANAK TU SIHAT DAN PANDAI. INSYAALLAH BAKAL DAIE BESAR. ANAK-ANAK BUAT SEMUA TU KERANA DAHAGAKAN BELAIAN KASIH SAYANG. BELAJAR LIHAT SEMUA INI AMANAH. SOLAT MENGADU PADA ALLAH. ZIKIR DAN DOA. BANYAK TAUBAT. BERDOSA ORANG LEPASKANA GERAM PADA ANAK-ANAK.
Suami pula perlulah membantu kerja-kerja di rumah. Peluk dan sayang isteri. Isteri dahaga perhatian suami. Berilah masa cium isteri dan anak-anak. Pegang tangan mereka lafaz sayang pada anak-anak. Ibu cerita baik bapa pada anak-anak. Bapa cerita baik ibu depan anak-anak. Jangan sesekali bergaduh depan anak-anak.
Cucu Rasulullah S.A.W dan sahabat yang kecil-kecil ada pernah pecahkan barang, main belakang Nabi S.A.W masa solat, main berlari melompat menunggang Rasulullah S.A.W tapi Rasulullah S.A.W tak rasa malu bahkan anak-anak ini bila besar menjadi seperti Rasulullah S.A.W. Sifat dan akhlak serta kecintaan mereka.
Saya ingat seorang anak sekolah rendah ditanya apa itu love. Jawabnya love tu time.kita bekerja untuk anak-anak. Sekarang kita lupakan mereka. Kita pandang dan beri perhatian pada phone. Tapi tak beri perhatian kepada keluarga. Kita beri perhatian pada kerja dan kawan-kawan tapi tak beri perhatian pada keluarga. Apa dah jadi dengan kita. Ya Allah ampunkan diriku ini.
Anak-anak dahagakan kasih sayang ibubapanya. Ingatlah apa sahaja yang anak anak buat bukan kerana jahat tapi kerana mereka dahagakan perhatian, belaian dan kasih sayang. Kita sendiri yang dah besar ni pun rindu nak berbual dengan mak ayah. Yang tiada mak ayah rindu nak panggil mak..nak panggil ayah. Perkataan itu jadi ubat bagi anak. Sayangi dan belailah anak-anak.
Bersabarlah jika anak-anak buat perangai. Ada sebab tersendiri mengapa mereka mencari peluang untuk memastikan anda memberi sepenuh perhatian kepada mereka. Saat mereka mendambakan kasih sayang dari anda, mereka tidak terfkir apa yang dibuat itu salah atau tidak.
Apa yang anak-anak tahu, asalkan ia dapat buat ibu ayah beri perhatian padanya, itulah yang dia akan buat. Kemudian kita marahkan dia pula, tidakkah kita rasa bersalah?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!