Buat Pizza Guna Kaedah ‘Shortcut’ Lebih Mudah & Cepat. Tak Perlu Nak Uli Doh

Share

Kalau sebut tentang pizza, tentu mama-mama terfikir ‘part’ paling susah nak menguli adunan doh kan? Kalau mama-mama malas nak buat doh pizza, mama boleh guna kaedah shortcut yang dikongsi Suzana Othman

Hai mommies gojez sekalian alam.

Selalunya bila nak buat pizza homemade yang paling bercinta sekali nak uli doh untuk base pizza kan? Kalini kita shortcut aje guna roti sandwich cepat dan mudah. Jom tengok macam mana cara nak buat pizza shortcut.

Resepi Pizza Shortcut

Bahan-bahan:
-Roti sandwic
-Cheese slice
-Beef papperoni
-Sosej
-Crabstick
-Tomato cherry
-Mixed herbs
-Parsley kering
-Sos prego

Cara penyediaan;

Sapu sos prego atas roti

Letakkan cheese slice

Susun topping ikut kreativiti

Taburkan cheese yang diparut.

Tabur mixed herbs dan parsley kering

Bakar pada suhu 150°c selama 10minit menggunakan oven

Atau 180°c selama 3minit menggunakan Airfryer

Potong menggunakan pizza cutter

Sedia dinikmati

Klik gambar dan video utk lihat cara-cara membuat

Kredit: Suzana Othman

IKLAN