Buat Sendiri Face Mask Extender, Tak Payah Susah-Susah Nak Selit Tali Celah Telinga

Share

Salah satu kesukaran buat wanita berhijab ketika memakai face mask jenis talinya perlu diselitkan di telinga. Susah sebab kena pakai face mask dari awal sebelum pakai tudung.

Bukan itu saja, kadang-kadang face mask akan disambung dengan getah sayur, pin kertas atau apa saja yang boleh memudahkan face mask ini dipakai dari luar. Bagi para ibu yang mahu memakainya dengan lebih selesa, boleh gunakan face mack extender.

Artikel Menarik: [Kerajaan Bersetuju Bagi Rakyat Malaysia Cuti Hari Isnin, Minggu Pertama Bulan Jun Setiap Tahun!]

Tak perlu beli, nak buat mudah saja. Ikuti perkongsian dari Aida Azman ini.

Inilah rupanya bila dah siap

Just nak share face mask extender homemade,

Korang kalau ada butang dan getah boleh buat macam ni, tapi maaf bukan saya yang tukang ni tapi incik somi.

Jimat pun jimat! Selamat mencuba.

Face Mask Extender

Bahan yang diperlukan:
Kain/getah
Butang

Cara membuat:
1. Potong kain getah ikut ukuran yang sesuai.
2. Jahit butang di kedua hujung. Siap!

Artikel Menarik: [Tolonglah Jangan Bawa Anak Kecil Keluar Jalan-Jalan. Kita Berdepan Musuh Tak Nampak]

Ada macam-macam design yang boleh dibuat. Cantik-cantik semuanya. Kesemua rekaan ini hasil kreatif kebanyakan para ibu yang diambil dari grup Tukang Apa Hari Ini di Facebook.

Guna kain felt pun boleh
Letak mata-mata pun boleh!
Ini pun cantik, guna lebihan kain untuk buat extender
Comel letak bunga macam ni

Lepas ni, tak susah dah kalau nak pakai face mask jenis tali selit di telinga ni. Boleh buat extender ni ikut mood, macam-macam stail boleh dihasilkan. Selamat mencuba!

IKLAN