Gummy Bear antara kudapan kegemaran kanak-kanak. Rasanya yang kenyal dan sedap membuatkan anak-anak selalu nak kunyah kan?
Sebelum ini biasanya kita hanya beli di kedai, jarang yang nak buat sendiri. Tapi kali ini apa kata mama buat sendiri, bahan-bahan pun kita boleh olah ikut kehendak kita. Selamat mencuba!
Anak-anak seronok betul dapat makan gummy bear. Tak pernah mimpi pun boleh buat sendiri kat rumah. Guna 4 bahan je, 6 minit dah siap. Ekspressss sangat.
Bahan yang saya guna;
1. Jus anggur
2. Gula
3. Madu
4. Gelatin
Ads
Masuk semua bahan, masak 6 minit dalam Thermomix. Tinggal je tak payah kacau langsung pun. Best kan.
Ads
Bila buat sendiri, kita tahu bahan apa kita letak, dan boleh pilih yang lebih baik. Tak risau anak nak makan kan.
Pisang antara makanan kegemaran kanak-kanak kerana rasanya yang manis dan lembut, selain itu pisang juga sangat bagus untuk sistem pencernaan.
Kalaua anak mama antara penggemar buah pisang, jom cuba resepi tortilla banana chip yang dikongsi isi. Sangat mudah disediakan dan sesuai dijadikan kudapan si comel mama!
Ibu balik keje petang masuk dapur tengok apa bahan yang ada untuk minum petang anak dara ni..namanya tortilla banana chip..ni resepinya sangat mudah..
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Potong wrap tu bentuk segitiga
2 Sapu telur atas dia
3. Letak pisang yang telah dihiris
4. Sapu unsalted butter yang telah dicairkan atas pisang
5 Bakar pada suhu 170 darjah selama 15min
Rangup dan manis..Aisyah makan 4 slice..ibu makan 4 slice..
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bubur nasi sebenarnya boleh siap dimasak hanya dalam hanya 7 minit sahaja. Cara memasak ini sesuai untuk mama yang sibuk. Apabila bayi sudah menjangkau usia 6 bulan jadual rutin mama pun berubah. Penyediaan bubur untuk bayi menjadi keutamaan.
Jadi menu utama sebelum anak boleh makan makanan orang dewasa mestilah dengan menyediakan bubur nasi. Kalau ibu yang bergelar suri rumah bolehlah masak bubur bila hampir waktu makan anak tapi bagi ibu bekerjaya, penyediaan kenalah awal pagi untuk dihantar ke rumah pengasuh atau taska.
Kalau terlajak sikit bangun pagi, alamatnya tak sempatlah nak masak bubur nasi untuk anak. Nak tak nak terpaksalah bekalkan anak dengan bijirin segera walaupun niat awalnya nak anak rasa air tangan mama.
Idea bernas yang dikongsikan ini sangat membantu mama-mama yang ada anak kecil dalam penyediaan bubur nasi dengan cepat. Hanya memerlukan masa 7 minit bubur anak sudah boleh siap.
Cara penyediaan bubur nasi 7 minit:
Langkah 1
Basuh beras hingga bersih dan tak perlu tos.
Langkah 2
Masukkan beras dalam bekas dan letak sedikit air di dalamnya. Frozen atau letakkan bekas berisi beras ini dalam bahagian sejuk beku (contoh kuantiti dua cawan beras iaitu stok bubur nasi bayi untuk 5-6 hari).
Langkah 3
Bila nak masak bubur, keluarkan dari peti ais dan terus masukkan dalam periuk. Tambah air, biarkan saja beras yang beku di dalam periuk. Kalau nak tambah ayam dan sayur, letak masa ini kerana beras yang disejukkan tadi akan mengembang terlalu cepat.
Langkah 4
Minit pertama gunakan api sederhana. Jangan tinggalkan bubur untuk buat kerja lain kalau tak mahu bubur hangit.
Langkah 5
Minit ke-7, beras sudah kembang dan menjadi bubur. Kalau kuantiti tak banyak, penyediaan bubur akan mengambil masa kurang dari 15 minit.
Langkah 6
Inilah rupa bubur yang sudah siap dan disejukkan, kembang elok, pekat dan halus. Selamat mencuba.
Sumber: FB Nor Sakinah Md Zainal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hujung minggu ini apa agaknya resipi minum petang untuk anak-anak dan suami? Ayuh cipta bonding bersama anak-anak dengan menguli pau comel ini. Minta anak-anak turut serta untuk melakar wajahnya pau comel. Pasti anak-anak suka.
Jom cuba resipi ringkas dari Pn Umie Nurhayati ni. Sedap dan paling penting gebu!
Comel tak pau akak ni? Mujur dia tak kedut lepas kena kukus. Kat bawah ni hakak share sekali dengan resepi nyer taw.
Resepi Pau Gebu
Bahan A *
300gm air suam
220gm gula kaster
18gm yis segera
Bahan B”
920gm tepung pau
60gm vegetable fat (special for pau) kalau tak ade boleh gune vegetable shortening
180gm air
1 sudu teh bread softener
2 sudu teh crescent baking powder (boleh tukar baking powder biasa je kalaw tak ade)
2 sudu teh minyak masak
Masukkan air suam ke dalam mangkuk, tambah yis segera dan gula. Campur sebati dan biarkan selama 10 minit.
Campurkan kesemua bahan B. (Ayak dulu tepung bersama baking powder). Uli pakai tangan je.
Lepas tu masukkan bahan A tadi dan uli lagi sehingga doh betul-betul elastik. Diulangi uli sehingga doh betul-betul elastik kalau nak pau kita gebu gebas. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
Lepas dah naik 2 kali ganda, tumbuk doh tu bagi buang angin. Uli sikit lagi. Uli-uli manja je.
Bahagikan doh kepada 30gm or ikut korang nak besar mana pau nyer tu.
Bulatkan doh dan leperkan atas tangan sahaja, boleh la isikan inti kesukaan anda. Tutup doh kemas-kemas dan bulatkan balik cantik-cantik. Letakkan di atas baking paper yang korang dah gunting tu, bentuk kertas ikut suka, akak buat bulat sebab nampak kemas dan comel.
Untuk buat deco kat pau, akak amik sedikit lebihan doh tu dan warnakan dengan serbuk koko untuk bagi impak warna hitam dan pewarna pink dan purple untuk boh kat pipi pau tu.
Bentukkan la ikut kretiviti masing-masing. Lagi halus line kat deco tu lagi nampak comel pau korang. Dah siap deco semua, rehatkan pau selama 30 minit.
Susun di atas pengukus dan kukus selama 5-7 minit sahaja. Akak kukus 5 minit je.
Tips 1. Kukus menggunakan api kuat, jangan guna api terlalu kecil ok. 2. Jangan lupa tutup tudung periuk dengan kain. 3. Bila pau dah masak terus tutup api, bagi wap reda dulu baru buka penutup periuk kukus tu, tak pun angkat je periuk yang berisi pau tu beserta periuk ke tepi baru buka penutup periuk. 4. Jangan kukus terlalu lama
Ramai ibu tidak sedar cara salah simpan susu ibu boleh mengurangkan nutrien dan membahayakan bayi. Ketahui 9 kesilapan penyimpanan susu ibu yang perlu dielakkan.