Hujung minggu ini apa agaknya resipi minum petang untuk anak-anak dan suami? Ayuh cipta bonding bersama anak-anak dengan menguli pau comel ini. Minta anak-anak turut serta untuk melakar wajahnya pau comel. Pasti anak-anak suka.

Jom cuba resipi ringkas dari Pn Umie Nurhayati ni. Sedap dan paling penting gebu!


Comel tak pau akak ni? Mujur dia tak kedut lepas kena kukus. Kat bawah ni hakak share sekali dengan resepi nyer taw.

Anak Susah Nak Makan, Cuba Buatkan Pau Gebu Comel Ni, Confirm Suka!

Resepi Pau Gebu
Bahan A *
300gm air suam
220gm gula kaster
18gm yis segera

Bahan B”
920gm tepung pau
60gm vegetable fat (special for pau) kalau tak ade boleh gune vegetable shortening
180gm air
1 sudu teh bread softener
2 sudu teh crescent baking powder (boleh tukar baking powder biasa je kalaw tak ade)
2 sudu teh minyak masak

Anak Susah Nak Makan, Cuba Buatkan Pau Gebu Comel Ni, Confirm Suka!

Masukkan air suam ke dalam mangkuk, tambah yis segera dan gula. Campur sebati dan biarkan selama 10 minit.

IKLAN

Campurkan kesemua bahan B. (Ayak dulu tepung bersama baking powder). Uli pakai tangan je.

Lepas tu masukkan bahan A tadi dan uli lagi sehingga doh betul-betul elastik. Diulangi uli sehingga doh betul-betul elastik kalau nak pau kita gebu gebas. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.

Anak Susah Nak Makan, Cuba Buatkan Pau Gebu Comel Ni, Confirm Suka!

Lepas dah naik 2 kali ganda, tumbuk doh tu bagi buang angin. Uli sikit lagi. Uli-uli manja je.

IKLAN

Bahagikan doh kepada 30gm or ikut korang nak besar mana pau nyer tu.

Bulatkan doh dan leperkan atas tangan sahaja, boleh la isikan inti kesukaan anda. Tutup doh kemas-kemas dan bulatkan balik cantik-cantik. Letakkan di atas baking paper yang korang dah gunting tu, bentuk kertas ikut suka, akak buat bulat sebab nampak kemas dan comel.

Untuk buat deco kat pau, akak amik sedikit lebihan doh tu dan warnakan dengan serbuk koko untuk bagi impak warna hitam dan pewarna pink dan purple untuk boh kat pipi pau tu.

Bentukkan la ikut kretiviti masing-masing. Lagi halus line kat deco tu lagi nampak comel pau korang. Dah siap deco semua, rehatkan pau selama 30 minit.

IKLAN

Anak Susah Nak Makan, Cuba Buatkan Pau Gebu Comel Ni, Confirm Suka!

Susun di atas pengukus dan kukus selama 5-7 minit sahaja. Akak kukus 5 minit je.

Tips
1. Kukus menggunakan api kuat, jangan guna api terlalu kecil ok.
2. Jangan lupa tutup tudung periuk dengan kain.
3. Bila pau dah masak terus tutup api, bagi wap reda dulu baru buka penutup periuk kukus tu, tak pun angkat je periuk yang berisi pau tu beserta periuk ke tepi baru buka penutup periuk.
4. Jangan kukus terlalu lama

Selamat Mencuba

Artikel berkaitan: Pau Kacang Merah Gebu, Sejuk Pun Masih Lembut, Senang Step Nak Buatnya!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI