Buat Sendiri Je Biskut Bayi, Nipis Dan Terlebih Rangup, Lagi Puas Hati!

Share

Ada bayi yang sentiasa hendak mengunyah sepanjang dia bermain. Malah ada juga bayi yang sentiasa memegang sesuatu barang atau makanan. Jangan lepaskan peluang, berikan sahaja biskut versi bayi yang lebih sihat supaya anak dapat makan dan mengenyangkan perutnya. Pun begitu, jangan biasakan anak makan biskut yang dijual kerana kita tidak tahu kandungan bahannya.

Mana tahu di dalamnya terkandung gula yang tinggi kepada bayi kita. Tak payah beli, sebaiknya ibu cuba buat sendiri biskut bayi ini. Resipi yang disediakan oleh Puan Ainie Syeema menerusi Happy Baby Food Malaysia dan juga instagram @aybites ini memang awesome. Resipi biskutnya nipis, cantik dan super rangup.

Paling penting tiada sebarang campuran barang yang tidak sesuai untuk bayi. Hanya gunakan kurma dan susu sebagai perasa semulajadi.

Baby Cookies

Unsalted Butter 100gram
Tepung Jagung 1/2 cawan
Tepung Gandum 1 cawan
Dates Paste 2 sudu besar
Formula Milk 2 scoop

Pukul butter sehingga kembang dan warna nya menjadi creamy. Masukkan Dates Paste. Gaul sebati.


Masukkan semua bahan kering. Tepung Gandum masukkan sedikit sedikit hingga doh tidak melekat di tangan.


Terap dan bentuk kan mengikut kreativiti. Bakar dalam oven pada suhu 160c selama 15 minit – 20minit mengikut kepanasan oven masing masing.

Tekstur cookies ni, ianya cair di mulut. Tidak rapuh, mudah untuk dipegang. Wangi bau butter dan manis manis buah. Kalau nak lebih manis tambah lagi Dates Paste.

Tidak pasti bagaimana biskut ini dihasilkan? Puan Ainie turut menyediakan video langkah demi langkah membuatnya agar dijadikan panduan lebih tepat kepada semua.

Jom hasilkan biskut sedap untuk bayi kita.

IKLAN