Bila anak masuk usia 6 bulan, maka para ibu mula teruja nak memberi makan pada si manja. Tapi ingat ya mama, walaupun banyak resipi akan dicuba tak lama lagi tapi jangan pula tambah garam, gula ataupun msg dalam makanan bayi.

Buat Sendiri Penambah Perasa Semulajadi Untuk Bayi, Ibu Ini Kongsi 3 Resipi Mudah

Tapi kenapa? Bukan ke garam, gula dan msg penyedap rasa? Sebenarnya makanan bayi dibawah setahun disarankan tidak menggunakan bahan perasan dan garam kerana ianya akan membebankan buah pinggang bayi anda. Anda digalakkan untuk menggunakan bahan semulajadi untuk menambah rasa dalam makanan bayi anda.

Bahan penambah rasa boleh dibuat sendiri oleh mama dengan menggunakan bahan semulajadi. Kalau nak tahu resipi penambah perasa semulajadi boleh ikuti perkongsian ini.

Penambah perasa semulajadi untuk baby 7 bulan ke atas. ❌ salt ❌ sugar ❌ MSG
Untuk tambah selera makan anak. Bau yang sangat wangi dam rasa yang sedap sesuai untuk masukkan dalam masakan anak buat penambah rasa sebab baby bawah 2 tahun tak boleh letak sebarang garam/gula/msg dalam masakan.

1) Mirepoix

Sesuai untuk masukkan dalam bubur dan apa-apa masakan bayi. Rasanya yang manis lemak.

IKLAN

Buat Sendiri Penambah Perasa Semulajadi Untuk Bayi, Ibu Ini Kongsi 3 Resipi Mudah

Cara penyediaan:

  •  Tumis kesemuanya menggunakan unsalted butter sampai lembik.
  • Dah sejuk. Blend da bekukan mengikut portion untuk sekali masak.

2) Tomato paste

Sesuai untuk masukkan dalam masakan bertumis. Contoh menu; tomyam, padprik

Buat Sendiri Penambah Perasa Semulajadi Untuk Bayi, Ibu Ini Kongsi 3 Resipi Mudah

IKLAN

Cara penyediaan:

  • Tumis kesemuanya menggunakan unsalted butter sampai lembik. Dalam gambar saya tak letak banyak tomato sebab tak muat. Seeloknya letak lebih tomato sebab nama pun tomato paste 😅
  • Dah sejuk. Blend dan bekukan mengikut portion untuk sekali masak.

3) Chicken feet stock

(CFS) sesuai untuk masakan bersup. Contohnya : Sup ayam. Untuk CFS ni, ada sesetengah orang tambah perahan lemon sedikit. Saya tak letak. Boleh jugak buat Beef Bone Stock. Hanya tukar kaki ayam kepada tulang lembu.

Buat Sendiri Penambah Perasa Semulajadi Untuk Bayi, Ibu Ini Kongsi 3 Resipi Mudah

IKLAN

Cara penyediaan:

  • Rebus 3-4 jam. Ada yang sampai 5 jam. Ikut lah masing-masing sebab nak ambil stock mestilah yang pekat.
  • Sis rebus sampai semua hancur. Kemudian tapis dan ambil kuahnya sahaja. Kemudian bekukan.

Ramai yang tanya boleh ke tukar unsalted butter kepada minyak masak. Boleh tapi seeloknya untuk bayi pakai pure olive oil/ unsalted butter. Lagipun butter bau wangi dan rasanya yang lemak-lemak 🥰

Untuk bekukan seeloknya bekukan di dalam ice tray jenis SILICONE. Senang nak bawa keluar nanti. Boleh cari di shopee.

Kredit:Erra Fazleen

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Buat Sendiri Penambah Perasa Semulajadi Untuk Bayi, Ibu Ini Kongsi 3 Resipi Mudah

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI