Anak perempuan seiras bapa sejuk, betul ke? Apa pun Sarima, anak kedua Syatilla & Saheizy Sam ini sangat comel.
Kehadiran Sarima pada 17 April lalu memeriahkan keluarga dalam keluarga Sam & Syatilla. Anak sulung mereka, Syeriv Samheizy sudah pun 2 tahun kini sudah pun bergelar abang. Sarima dilahirkan melalui pembedahan caesarean pada hari lahir ibu Sam, Khaty Fauziah.
Syatilla telah berkongsi beberapa gambar Sarima atau dipanggil Mima oleh ibunya. Bayi comel ini sangat seiras dengan Sam yang dipanggil Bapak. Sarima juga sudah mempunyai akaun Instagram.
Assalamualaikum @sarima_samheizy anak bubu bapak.
Saya dah lepas pantang. Sekejap jee masa berlari dgn rollerblade ya tuhan.
Selain itu, usaha ini turut menggalakan kanak-kanak kecil untuk mengenal dan biasa dengan suasana masjid sejak kecil dan memberi peluang kepada ibu bapa untuk mengimarahkan masjid pada bulan yang penuh kemuliaan ini.
Usaha murni pihak Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur yang menyediakan ruangan kanak-kanak bermain mendapat perhatian ramai warga maya.
Nazmi James Zakaria Alamak.. best nya.. anak2 taknak balik kalau macam ni hahaha
Umi Zainurrina Semoga Pihak autoriti dapat selaraskan agar semua masjid buat tempat khas untuk anak2 bermain. Masjid bukan tempat org tua saja untuk beribadat..tapi setiap lapisan umur. Yg ada anak kecil pun nak dekatkan anak2 pada masjid juga.
Muhamad Edi Basri Alhamdulillah. Masjid pada zaman Nabi Muhammad s.a.w jadi One Stop Centre. Semoga banyak Masjid lain boleh meniru inisiatif ni
Ismi Aliya Belah kl banyak masjid yang buat inisiatif menarik sebab ramai dalam kalangan jemaah orang2muda kalau masjid luar bandar banyak orang tua ya la lepas pencen ramai balik ke kg
Ibu bapa yang berada berdekatan Masjid boleh bawa anak-anak ke sini. Sedikit sebanyak dapat membuatkan anak rasa dekat dengan masjid.
Saksikan gelagat Azwan Kombos dan keluarga bersama Irma Hasmie beriadah di Super Park @ Next Gen hanya di Pa&Ma Playdate!
Bahaya ada di mana-mana. Bunga api yang disangka tidak berbahaya rupanya boleh meletup. Ibu ini tidak menjagka bunga api boleh menyebabkan kecederaan pada anaknya. Hati-hati mama papa!
Dalam kejadian yang berlaku malam Jumaat lalu, ibu, Intan Diana langsung tidak menjangka bunga api boleh menyebabkan kecederaan kepada anaknya yang berusia 4 tahun. Perkongsian ibu ini mendapat 2,600 perkongsian di Facebook.
Ingatkan. Bunga api ni tak bahaya..tapi bahaya
Meletop wei ank den main.
Dengar bunyi meletup.. Eh macam. Mercun plak.
Tak tahu la masuk angin ke… Telebih dos ke..
Citenye tak payah la lepas ni beli bunga api, Tak pasal-pasal jadi gini.
SAPU SESUATU YANG SEJUK SEMENTARA KE HOSPITAL
Selepas menyedari kejadian, Intan dalam keadaan cemas menyapu tangan anaknya menggunakan marjerin yang sejuk. Ia bertujuan menyejukkan kawasan melecur sementara membawa anaknya ke hospital.
“Selepas letupan, saya letak planta yang sejuk dari peti ais. Saya tak bolhe nak fikir apa. Saya fikir benda sejuk dalam peti ais
“Orang kata letak susu pekat sejuk pun bole. Tapu tak ada susu pekat, jadi saya ambil je la planta. Janji sejukm sementara saya nak bawa anak ke hospital, ” kata Intan ketika dihubungi Pa&Ma.
RAWATAN DI HOSPITAL
WARGANET BERPENDAPAT BUNGA API BAHAYA
Sementara itu, kebanyakan komen daripada warganet memberikan pandangan mengatakan bunga api boleh mengundang bahaya kerana boleh menyebabkan letupan.
Syiera Insyirah “Bunga api jenis ni memang bahaya kak.. Last sy main masa darjah 3. Boleh patah n terbang masuk dlm baju Smpai skrg tobat x main dah.”
Juraidah Arshad “Jangan dibeli kan lagi..benda dah lma..belerang tu masuk angin. Boleh meletop..baik kan la dulu tangan anak tu..nanti satu kerja tak boleh nak buat. Nak raya ni..”
Qemar Loy “anak aku pun penah kene Intan Diana, kuar api dr blkg tempat pegang tuu..bunga api masuk angin dah tuu.”
Asaniah Khamis “Anak akak kena tahun lepas, siap masuk habuk belerang lagi dalam kulit tapak tangn sebab bunga api tu meletup.”
Samarinda Jentayu “Tak payah la bli n beri ank main bunga api xade faedah nye pn,bunga api ni boleh mngundang sesak nafas sbb asap yg tebal,beringat sblm kne,malang x berbau,pe2 pn smoga cpat sembuh ye dek”
Faisha Isaac “Anak yang lelah jangan bagi main bunga api ni or jauhkan dia dari hidup asap ni…dia blh suffocate dan pengsan…saya yg tua ni pun tak boleh bau.”
TIP MERAWAT ANAK MELECUR TAHAP 1
Melecur boleh menyebabkan kesakitan yang teramat sangat. Kulit yang terkena melecur akan kelihatan kemerah-merahan atau menggelupas, melepuh, atau bengkak. Di dalam keadaan yang lebih teruk, kulit akan kelihatan keputih-putihan.
1. Alihkan anak dari punca yang menyebabkan melecur itu.
2. Lalukan air mengalir (suam atau suhu biasa) ke atas kulit yang melecur itu paling kurang 20 minit, sehingga bahagian tu dah tak rasa sakit. Ini adalah untuk mengelakkan kecederaan tisu ke lapisan lebih dalam.
Tengok gelagat anak-anak yang lucu sebenarnya boleh menghiburkan hati ibu ayah walaupun dalam masa sama rasa geram je. Kadang tu benda yang tak terjangka dek akal kita, anak boleh terfikir nak lakukan.
Tak dinafikan sebelum mereka nak membesar, macam-macam idea spontan akan dilakukan. Boleh bikin ibu pening kepala sayang! Tapi itulah kenangan untuk kita bila anak dah besar nanti.
Pastinya bila diceritakan semula pada anak-anak mengenai kisah silamnya masa kecil, mereka pun tak percaya dan akan tergelak juga. Sebagai ibu bapa, kena extra sabar sikit sebab anak yang banyak akal ni, anak bijak. Mudah-mudahan kesabaran ibu ayah terbalas dengan kejayaan yang diberikan oleh anak bila besar nanti.
Dalam perkongsian seorang pengguna TikTok atas akaun Keropok Lekor Matriz, seorang wanita berkongsi telatah spontan anak buahnya yang berpura-pura tidur selepas menumpahkan bedak di atas sofa. Lucu sungguh!
Menerusi video pendek itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan 2 tahun duduk di atas sofa sambil matanya terpejam.
Nak tergelaknya kanak-kanak itu yang mesra dipanggil Wazi pandai buat-buat tidur selepas dia menyedari ibu saudaranya, Mak Ngah dah tahu dia suspek utama menumpahkan bedak di atas sofa di rumah neneknya itu.
Kantoi dengan Mak Ngah…
Bila nampak Wazi leka dengan ‘projeknya’ terus Mak Ngahnya datang dekat konon nak bertanya siapa yang menumpahkan bedak itu di atas sofa, tapi Wazi lagi cepat bertindak untuk selamatkan diri dengan berlakon pejam mata dan seolah-olah tidur nyenyak.
Bila di soal oleh Mak Ngah Wazi langsung tidak menghiraukan pertanyaan tersebut sebaliknya dia kaku je terduduk di atas sofa dan meneruskan lakonan ‘tidurnya’ itu walaupun riak wajahnya nampak macam nak menangis. Alahai cerdik sungguh!
Ooo dah main bedak, habis sofa Tok Ma hang pura-pura tidur eh. Ila, kau tengok anak kau ni, dah jadi patung cendana dah. Pura-pura pejam mata..Hmm ni bedak ni siapa main kalau Wazi tidur. Mak Ngah musykil ni. Wazi tidur tapi ada bedak, siapa lah yang main bedak ni ye?
Bukan itu sahaja, walaupun wanita ini sudah memanggil ibu adik Wazi, tetapi kanak-kanak ini masih statik di tempat yang sama. Bila Mak Ngah pergi dekat Wazi dan tanya depan-depan, siap mendengus lagi..Haa tahu pun takut!
Cerdik sungguh
Video gelagat comel Wazi ini tular di media sosial dan netizen terhibur melihat telatah spontan kanak-kanak ini. Malah ada yang siap kata lakonan tu mantap sungguh walaupun spontan!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.