Kebiasaannya bila anak dah mula makan, menu utama mesti bubur nasi. Disebabkan mahu memastikan anak berselera makan, ibu akan cuba pelbagai resipi dan memasukkan pelbagau jenis sayur dan lauk.
Memang betul cara ibu untuk menarik dan beri rasa yang sedap pada makanan anak tapi jika ibu campurkan bubur nasi dengan ubi kentang ia kurang sesuai untuk bayi. Ini kerana ia mungkin boleh menyebabkan masalah kembung perut atau sembelit.
“Sesuaikah jika saya menggabungkan nasi dan ubi kentang dalam menu bubur nasi anak saya?”
Jawapan : Kurang sesuai.
Kenapa ?
Ads
Kandungan Karbohidrat Apa yang perlu kita tahu tentang karbohidrat?
Kandungan karbohidrat Satu cawan beras rebus ada lebih kurang 41g Satu cawan beras putih (bijian pendek) ada kira-kira 55g
Setiap 1 biji ubi kentang (saiz sederhana dengan berat 210-230g) ada 37g
Ads
Jika hidangan 1/2 cawan bubur nasi bersama 1/2 biji ubi kentang, jumlah karbohidrat yang ada ialah 39g. Masih di bawah paras yang dibenarkan (95 grams per day for infant by The Institute of Medicine’s)
Namun kita kena ingat, yang didalam susu ibu/ susu segar juga mengandungi karbohidrat.
Dan, kedua-dua komponen ini (nasi dan ubi kentang) ialah ‘resistant starch’. Kanji tergolong dalam kumpulan karbohidrat kompleks (complex carbohydrates or starches).
Aktiviti penghasilan enzim amilase di pankreas bayi (pancreatic amylase activity) Oleh kerana keadaan usus yang masih belum matang sepenuhnya, penghasilan enzim amilase di pankreas bayi adalah masih diperingkat ‘awal’.
Untuk tidak menimbulkan rengsaan seperti kembung perut (bloating) dan masalah penghadaman seperti sembelit, nasi (sama ada bubur atau nasi butir) tidak dicampurkan ubi kentang.
Ambil sahaja kedua sumber ini secara berasingan. Bubur nasi bersama sedikit protein (ikan/ayam) dan sayuran yang kaya serat. Begitu jua dengan kentang. Lecek bersama sayuran dan sedikit isi ayam/ikan.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyusuan susu ibu eksklusif disarankan sehingga bayi berumur 6 bulan. Selepas itu, makanan pelengkap perlu mula diperkenalkan bagi menampung keperluan tenaga dan pemakanan bayi.
Jika terlalu awal, kebaikan penyusuan susu ibu eksklusif tidak akan diperolehi. Jika terlalu lewat pula, akan melambatkan pertumbuhan dan perkembangan bayi.
Untuk 6-8 bulan pertama, bayi diberi makanan dalam bentuk dikisar, dipuri atau dilecek.
Paling penting, kepelbagaian dan keseimbangan makanan! Ada sayur, buah, karbohidrat, protein dan lemak (minyak, marjerin atau santan)
Sumber : nutritionist kota bharu, kementerian kesihatan malaysia
Mengekalkan berat badan yang ideal merupakan sesuatu sangat sukar namun penting. Ini kerana kekurangan atau terlebih berat badan akan memberi impak terhadap kesihatan anak anda dan meningkatkan risiko dijangkiti penyakit kronik. Berikut merupakan 10 panduan anak anda mempunyai berat badan ideal.
Pilih makanan yang sihat
Kanak-kanak lebih cenderung menggemari makanan yang kurang bernutrisi. Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi penentu dalam pemilihan stok makanan yang selalunya disimpan di rumah kerana kanak-kanak akan makan makanan yang terdapat di peti ais atau di meja makan. Ibu bapa juga perlu mengurangkan pembelian makanan yang tidak sihat. Namun begitu, anda masih boleh sekali sekala membeli snek kegemaran anak anda.
Biarkan mereka memilih makanan sendiri
Anda boleh membenarkan anak anda memilih jenis dan kuantiti makanan yang ingin dimakan mereka berdasarkan pilihan makanan sihat yang terdapat di rumah. Pendekatan ini sekaligus dapat mengajar anak anda membuat pilihan makanan yang sihat. Walaupun pendekatan ini kelihatan memberi banyak kebebasan kepada anda, ini tidak akan menjadi masalah sekiranya pilihan makanan mereka adalah hanya dalam kalangan makanan yang sihat.
Jangan terlebih makan
Pastikan anak anda berhenti makan apabila mereka sudah kekenyangan. Kebanyakan ibu bapa cenderung menyuruh anak mereka menghabiskan makanan mereka. Namun begitu, pendekatan ini hany akan membuat mereka tidak dapat mengikut kemahuan tubuh badan mereka sendiri.
Anda hanya perlu membiarkan mereka dan jangan menyuruh anak anda menghabiskan makanan mereka jika mereka sudah mengadu kenyang. Ini akan mengelakkan mereka terlebih makan dari yang sepatutnya.
Biarkan anak anda mencuba aneka jenis makanan
Kecenderungan terhadap sesuatu makanan akan bermula sejak awal usia lagi. Oleh itu, anda perlu menawarkan aneka makanan kepada mereka. Anda boleh mula memberikan aneka jenis makanan baharu kepada anak anda tetapi jangan memaksa mereka. Sebaliknya, tawarkan mereka secebis daripada makanan itu untuk mereka mencubanya.
Pelbagaikan menu
Kanak-kanak mungkin ada makanan kegemarannya tersendiri. Namun begitu, mereka juga mungkin ingin mencuba makanan baharu jika menepati citarasanya. Ketika makan di luar, biarkan anak anda mencuba makanan baharu yang tidak pernah dicuba oleh mereka. Anda juga boleh menawarkan makanan anda sedikit atau memesan pemanis mulut untuk mereka mencubanya.
Minum minuman yang kurang kalori
Minuman soda atau bergula mempunyai kalori tambahan dan tidak bagus untuk anak anda. Ini hanya akan meninggikan risiko anak anda mengalami obesiti. Sebaliknya, galakkan anak anda untuk minum lebih banyak air putih dan susu yang sememangnya merupakan minuman terbaik untuk mereka. Kanak-kanak juga tidak memerlukan jus yang banyak walaupun ia merupakan jus yang asli. 4 hingga 6 auns sehari sudah memadai buat mereka.
Kawal pengambilan gula
Pengambilan manisan tidak menjadi masalah buat kanak-kanak namun jangan jadikan manisan ini sebagai punca utama anak anda mahu makan malam. Apabila manisan ini menjadi habuan kerana berjaya menghabiskan makan malam, kanak-kanak akan menganggap nilai manisan adalah lebih tinggi berbanding makan malam mereka. Anda perlu memastikan mereka tidak melebihkan manisan daripada makanan lain.
Jangan gunakan makanan sebagai ganjaran
Apabila makanan digunakan sebagai bentuk ganjaran di atas suatu pencapaian, mereka akan mula menganggap makanan adalah satu cara untuk mengawal tekanan dan emosi mereka. Sebaliknya, anda boleh menunjukkan penghargaan anda dengan ungkapan, pujian, pelukan dan perhatian berbanding pemberian makanan.
Jangan galakkan perbuatan makan sambil menonton televisyen
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengurangkan waktu menonton televisyen juga dapat mengurangkan lemak dalam badan mereka. Makan di hadapan televisyen akan membuatkan mereka sukar untuk menumpukan perhatian terhadap kekenyangan mereka lalu mengundang kepada masalah terlebih makan. Anda perlu hadkan waktu mereka dengan televisyen atau komputer dan biarkan mereka akan melakukan aktiviti lain yang lebih sihat.
Jadi contoh yang baik
Kanak-kanak akan menjadikan ibu bapanya sebagai role model. Oleh itu, anda sendiri perlu mengamalkan tabiat pemakanan yang baik. Sebagai contoh yang baik, tunjukkan kepada mereka bahawa anda juga makan makanan atau snek yang sihat, makan di tempat makan yang sepatutnya serta tidak pernah terlepas waktu makan. Elakkan makan snek yang tidak berkhasiat di hadapan anak.
Keperluan bayi baru lahir yang wajib disediakan oleh ibu ayah sebelum kelahiran. Ketahui senarai lengkap barangan asas bayi termasuk lampin, pakaian, tempat tidur, penyusuan dan keselamatan.