Hidangan istimewa hari raya tidak semestinya rendang bersama nasi impit dan lemang semata-mata. Kalau nak hidangkan pencuci mulut seperti kek pun boleh juga. Untuk elakkan rasa muak sebab dah makan banyak menu raya, bolehlah buat kek pisang dengan yogurt ini.
Resipi menarik yang dikongsikan oleh Danish’s Red Kitchen ini tidak susah untuk dibuat. Masih sempat lagi nak cari barang-barang untuk menghasilkan kek ini.
Satu lagi resepi Kek Pisang MESTI CUBA yang moist dan failproof, BANANA YOGURT CHEESE CAKE VIRAL versi Danish sendiri, untuk dicuba oleh semua sebagai hidangan sekeluarga atau yang berniaga, boleh guna buat produk berniaga ya!🤗
Sumber foto: Danish’s Red Kitchen
Tak perlu mixer atau blender, guna whisk sahaja. Ikut semua yang diberikan didalam video dan di bawah caption ya. Jika ada soalan sila tinggalkan dikomen. Happy baking lovelies!❤
BANANA YOGURT CHEESE CAKE #ResipiDanishHarraz
Ads
BAHAN-BAHANNYA:- 4 -5 biji Pisang Berangan masak ranum, dilecek ½ cawan (125g) Unsalted butter, cairkan dan sejukkan sedikit ½ cawan + 2 sudu besar (125g) Gula Putih (gula minuman) 2 biji Telur gred A (large) ½ cawan (120g) Greek atau Plain Yogurt 2 sudu teh Vanilla Extract 1 ½ cawan (180g) Tepung Gandum* 1 sudu teh Baking Soda* Secubit garam* ¼ sudu teh Serbuk Kulit Kayu Manis (optional, tapi Danish suka letak) (ayak bahan² bertanda *) Secubit Garam Halus 100 grams Mini atau Regular DARK Chocolate Chips (Optional) Baking tray 9×9
Sumber foto: Danish’s Red Kitchen
ADUNAN CREAM CHEESE:- (Boleh setengahkan adunan jika mahu layer cream cheese yg nipis sahaja) 250 g Cream Cheese lembut 3 sudu besar (40g) Gula Putih 1 biji Telur Gred A (large) ¼ cawan (60g) Yogurt 1 sudu besar Tepung Gandum
Ads
NOTA PENTING:- Sukat semua bahan dengan betul supaya tiada bahan yg terlebih atau terkurang. Dan pastikan semua bahan dalam keadaan yg masih baik. Danish buat manisnya just nice. Tapi pisang dan choc chips yg digunakan juga akan menyumbang tahap manis kek pisang kita.
Selepas masukkan bahan kering pastikan adunan kek pisang hanya dikaup balik, JANGAN OVERMIX. Begitu juga selepas masukkan choc chips. Tuang adunan cream cheese perlahan dan ratakan perlahan supaya ianya tidak tenggelam kedalam adunan pisang.
Ads
Bakar cake dalam oven yg telah dipanaskan selama 45 – 50 minit pada suhu 160°C, bergantung pada jenis/suhu oven. JANGAN OVERBAKE untuk elak cake jadi kering. Biarkan cake didalam pan selama 15 minit sebelum dikeluarkan. Sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara dengan suhu bilik.
Kudapan rangup memang buat anak terujanya lain macam untuk makan. Apa kata mama selitkan sedikit kudapan sihat ini, Popia Enoki rangup untuk bekal anak.
Macam mana nak buat? Paling mudah, hanya balut sahaja dengan kulit popia dan goreng. Mudah kan? Jom cuba perkongsian resipi Zatul Akmal.
Hari ni buat popia enoki goreng crispy sambil siapkan bekal anak sekolah agama.
Bahan-bahan:
Kulit popia
Cendawan enoki
Tepung bestari dan tepung gandum -jadi gam
Basuh bersih cendawan enoki dan toskan airnya.
Kulit popia pula di potong kepada empat bahagian.
Ambil satu bahagian, balutkan cendawan enoki dengan kulit popia dan gamkan di hujungnya menggunakan campuran tepung tadi.
Celup dalam bancuhan tepung bestari, angkat dan celup pula dalam tepung bestari.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Menyediakan makanan berpantang tidaklah sesukar mana. Hanya perlu memilih makanan yang segar dan tinggi khasiatnya serta serasi dengan tubuh kita.
Namun berbanding menyediakannya sendiri, air tangan suami pastinya terasa cukup sedap dan amat bermakna. Resipi berpantang yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa ini memang cukup sedap.
Lagi sedap bila mana suami yang menyediakannya dengan ikhlas hati untuk isteri tersayang. Jom lihat resipi istimewa yang dikongsikannya. Sedap!
Day 2
Day 4
Assalamualaikum. Alhamdulillah dah 20 hari saya berpantang. Ini adalah menu saya dalam 20 hari ni. Saya bersalin normal tanpa jahit. Baby 3.4kg. Dan anak ke 5.
Semua menu ni dimasak oleh suami dan sesuai dengan badan saya dan saya dah amalkan dari anak-anak yang lepas lagi. Mohon jangan berdebat ye.
Day 8
Day 12
Day 16
Kalau rasa sesuai dengan badan anda, bolehlah jadikan ikutan. Kalau rasa tak sesuai tak perlu ikut. Jaga pemakanan yang sihat bukan saja dalam pantang malah berterusan sampai bila-bila dan sebab itu saya amalkan Suku Suku Separuh dalam pemakanan harian saya.
Day 18
Day 19
Alhamdulillah badan saya cepat sihat, bertenaga dan boleh BF bayi dengan tiada masalah dan berat pun turun.
Gambar last sekali saya buat senarai sebelum bersalin hari tu. Senang nak sediakan barang dan suami nak masak.
Bagi yang pernah mencuba ayam Domino’s pasti tahu keenakan hidangan tersebut. Sesiapa yang teringin ayam Dominos bolehlah mencuba resipi yang dikongsi oleh Puan Fiza ini.
Cara penyediaanya sangat mudah dan bahan-bahan yang digunakan juga boleh didapati di dapur rumah sahaja. Ikuti resipi ini.
Ayam Panggang Ala Dominos
Sekilo drumstik yang kecik tu yer…kalau ikut resepi asal guna sekor ayam..cuci bersih..toskan.
Bahan-Bahan;
120g sos cili
120g sos tomato
120g sos tiram (yang ni saje-saje makcik tambah)
2sb madu (yang ni pon makcik tambah)
2sb gula
1sb garam
1sb serbuk cili
2sb lada hitam
2ulas bawang putih di tumbuk lumat
60g butter
Cara Penyediaan;
-Masak kesemua bahan sampai butter cair
-Sejukkan
-Lumur pada ayam dan letak sedikit minyak
-Perap (lagi lama lagi sedap)
-Bakar suhu 180°-200° ikut oven masing-masing qpi atas bawah…
-30-40 min (ikutlah nak garing mane yer..jangan rentong sudah😅)
Jika sebelum ini anak sentiasa bersama ibu dan ayah sejak kecil. Kali ini si kecil yang kita tatang bagai minyak yang penuh bakal melangkah ke alam persekolahan. Ibu mana yang tidak sayu hati berpisah seketika.