Seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun ditemukan rentung, manakala lima cedera dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Jalan Permatang Badak Perdana 2, Kuantan, awal pagi Khamis (28 April).
Menerusi laporan Metro, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.15 pagi.
Katanya, seramai 18 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, BBP Kuantan dan BBP Indera Mahkota dikejarkan ke tempat kejadian.
“Empat jentera termasuk dua jentera FRT terbabit dalam operasi terbabit.
“Berdasarkan laporan, kebakaran membabitkan dua rumah jenis semi D separuh kekal, masing-masing hangus 100 peratus dan 90 peratus.
“Enam mangsa terbabit, masing-masing seorang kanak-kanak dua tahun ditemukan rentung, seorang lelaki dewasa melecur 50 peratus dan seorang lelaki pula cedera ringan.
“Dua wanita dewasa dan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan turut cedera,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kebakaran itu juga membabitkan tiga kenderaan terbakar iaitu satu kenderaan hangus, manakala dua kenderaan mengalami kerosakan teruk.
Ads
“Setakat ini, punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Sementara itu, menerusi laporan Sinar Harian, siasatan secara menyeluruh akan dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mengenal pasti punca kejadian kebakaran dan letupan dahsyat melibatkan dua rumah terbabit.
Pengarah JBPM Pahang, Datuk Ir Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata siasatan itu membabitkan dari pelbagai sudut kerana kemusnahan dua rumah semi D itu dipercayai bukannya berpunca daripada kebakaran.
Beliau tidak menolak kemungkinan letupan itu dipercayai berpunca daripada beberapa bahan termasuk mercun dan bunga api.
“Kita akan menyiasat keseluruhan kejadian supaya kita dapat pengesahan punca berlaku letupan. Jika dilihat pada dasarnya kejadian ini, bahan yang berlaku letupan kemungkinan daripada dapur masak gas atau bahan lain yang masih dalam siasatan.
Ads
“Berdasarkan tinjauan, saya lihat ada silinder gas dan bunga api. Tapi Kita juga tidak tahu apakah sebenarnya bahan yang menyebabkan letupan.
“Kalau betul letupan itu berpunca daripada bunga api atau mercun, kita perlu tahu berapa banyak jumlah mercun sehingga menyebabkan kejadian letupan teruk dan memusnahkan rumah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan di lokasi kebakaran dan letupan itu.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd Tarmizi Yahaya.
Wan Mohammad Zaidi menjelaskan kebakaran ini menyebabkan berlaku satu letupan yang sangat kuat yang menyebabkan struktur rumah kedua dua buah rumah ini rosak teruk dan menyebabkan dinding serta bumbung rumah runtuh.
Ads
“Berdasarkan kepada laporan saksi semasa kebakaran berlaku adanya letupan yang sangat kuat yang boleh didengari sehingga 10 kilometer,” katanya.
Beliau berkata, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja untuk meraikan Aidilfitri buat pertama kali bersama anak tersayang.
Pertama kali bergelar ibu selepas melahirkan Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu, Siti begitu teruja sekali.
Bayangkan perasaan dialami Siti yang 12 tahun menyambut hari raya bersama suami dan ahli keluarga terdekat sahaja.
Tentu sahaja kehadiran bayi yang comel akan menambah kegembiraan dan kelainan dalam keluarga bahagia Siti dan Datuk K.
Kalau dulu persiapan raya tertumpu pada suami, anak-anak buah, duit raya dan kuih raya tetapi kini Siti akui dari awal Ramadan sudah sibuk memikirkan persiapan untuk Aafiyah sahaja.
Lucunya dalam gambar yang dimuat naik di Instagramnya, Siti yang teruja untuk berpakaian sedondon dengan si comel pada hari raya sampai terlupa untuk meletakkan sekali pakaian suami tercinta.
Nampak cantik pakaian sedondon ibu dan anak ini. Tentu mereka akan tampil paling menawan di pagi Syawal.
Pelontar vokal lagu Comel Pipi Merah ini memberitahu, sudah menempah empat pasang baju raya yang sedondon dengan anaknya untuk digayakan pada hari raya.
Nampaknya perasaan Siti pun sama seperti ibu lain yang ingin tampil berpakaian sedondon dengan anak di pagi raya.
Selain dari itu, Siti yang menerima banyak hadiah pakaian kasual daripada peminat tidak akan membazirkan pemberian tersebut. Hadiah pakaian yang masih banyak belum dipakai oleh Aafiyah pasti akan digayakan di hari lebaran ini.
Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang kritikal kerana kandungan dadah dalam badan, terpaksa ditidurkan berikutan keadaannya yang sangat lemah.
Ibunya yang berusia 36 tahun berkata, setakat ini keadaan anak bongsu dari tiga beradik itu tiada tanda positif dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.
Doktor terpaksa tidurkan kerana keadaan sangat lemah
Katanya, dia sempat meluangkan masa setengah jam malam tadi sambil menggosok tubuh anaknya.
“Doktor memaklumkan anak saya perlu ditidurkan kerana keadaannya yang sangat lemah kesan daripada dadah itu.
Gambar Hiasan – Bernama
“Pilu hati saya melihat keadaannya sebegitu dan walaupun dia tidak sedarkan diri, saya tetap berbisik di telinganya agar bukakan mata dan segera sembuh.
“Saya hanya inginkan anak sedar sahaja, tidak mengapa kalau dia tidak boleh berjalan atau ada kesan lain, itu sahaja yang saya harapkan,” katanya ketika dihubungi.
Wanita itu berkata, anaknya juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kerana mengalami masalah pertuturan (lambat) dan baru boleh berjalan.
Kredit: Harian Metro
Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun kritikal selepas dikesan terdapat dadah jenis methampethamine dalam badannya.
Susulan itu, seorang buruh yang juga bapa saudara mangsa berusia 30 tahun ditahan malam kelmarin untuk membantu siasatan.
Suspek yang memiliki tiga rekod lampau bersabit dadah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 26 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Bagi ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata, pendaftaran proses kelahiran dah tak sama seperti sebelum ini. Ini berikutan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menggunakan sistem janji temu kepada pelanggan yang ingin berurusan.
Sistem ini bagi mengelakkan kesesakan di kaunter JPN dan bagi memastikan kelancaran proses yang ingin dilakukan dalam musim pandemik Covid-19.
Seperti perkongsian Liyana Jasni, dia berkongsi info ini untuk pengetahuan semua selain memudahkan pendaftaran untuk mendapatkan surat beranak bayi.
Siapa yang tengah pregnant tu mohon alert ya. Kalau due date dah kurang dari 2 bulan, dah boleh buat appoinment JPN untuk proses daftar kelahiran.
Kalau negeri yang lebih padat dengan penduduk macam Selangor kena buat beberapa bulan awal sebab banyak slot penuh.
Yana baru tau pasal ni tadi, terus buat appoinment. Kena check 1 persatu tarikh dan waktu yang available. So tadi yang paling cepat pun 23.08.2021.
**Peringatan untuk papa mama juga, mesti ingat tarikh janji temu ini kerana jika terlepas, automatik terbatal dan pemohon perlu membuat tempahan baru dan mungkin mengambil sedikit masa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam kehidupan rumah tangga, sokongan dan kata-kata penghargaan daripada pasangan boleh menjadi ubat yang paling mujarab.Seorang isteri yang seharian menguruskan anak-anak kecil di rumah...