Memang banyak kita lihat kes-kes rogol yang melibatkan anak-anak yang masih kecil. Kadang terfikir mana pergi sifat kemanusiaan si pelaku, sanggup lakukan perkara sebegitu kepada kanak-kanak yang masih tak tahu apa-apa.

Sebagai ibu jika perkara ini berlaku kepada salah seorang anak, pastinya perasaan geram yang melampau akan menguasai diri. Seperti yang berlaku di Afrika Selatan yang mana seorang wanita dihadapkan ke mahkamah di sana kerana didakwa memotong alat sulit seorang lelaki yang disyaki merogol dan membunuh anak perempuannya berusia lima tahun.

Veronique Makwena, 23, bersama dengan kakak iparnya, Noxolo Maneli dan rakannya, Siyabonga Pakade, didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh lelaki itu selepas menemui mayat anaknya, Chantelle, di tandas awam di Port Elizabeth, Ogos lalu.

Budak 5 Tahun Dirogol, Dibunuh. Ibu Nekad Potong Alat Sulit Si Perogol
Chantelle ditemui dalam sebuah tandas awam setelah berhari-hari hilang dipercayai dirogol sebelum dibunuh

Peguam Fundile Matoto, yang bersetuju mewakili Veronique tanpa mengenakan sebarang caj guaman selepas kes itu mendapat banyak tumpuan berkata, pihaknya tidak menafikan serangan itu berlaku tetapi mahu tuduhan yang lebih ringan dikenakan terhadapnya.

Anak dilaporkan hilang dan ditemui di dalam tandas awam

Chantelle dilaporkan hilang dari rumahnya di Port Elizabeth pada Ogos tahun ini ketika ibunya pergi ke kedai yang agak jauh dari rumah.

Sebaik tiba di rumah, Chantelle yang ditinggalkan bersama rakannya tidak kelihatan.

IKLAN

Makwena berkata, dia menghabiskan masa sepanjang malam itu untuk mencari anak perempuannya, tetapi gagal menemui Chantelle.

Sehari selepas kejadian, mayat Chantelle ditemui dalam tandas awam dengan berlumuran darah  oleh suami Makwena dan polis terus melancarkan siasatan.

Seorang suspek lelaki berusia 20-an yang dikenali keluarga mangsa disyaki terbabit dalam kes itu dan diarahkan menjalani ujian DNA. Tetapi polis tidak dapat menahannya selagi keputuan ujian DNA tidak diperolehi.

IKLAN
Budak 5 Tahun Dirogol, Dibunuh. Ibu Nekad Potong Alat Sulit Si Perogol
Veronique bersama kakak ipar dan seorang rakan berdepan dengan lelaki yang dipercayai perogol anaknya dan bertindak memotong alat sulit lelaki berkenaan

Nekad berdepan dengan pelaku

Sebulan kemudian, Makwena bersama dengan kakak ipar dan seorang lagi rakan didakwa berdepan dengan suspek dan mendakwa lelaki itu bertanggungjawab di atas kematian Chantelle. Lelaki itu diserang dan alat sulitnya dipotong.

Mangsa kemudian dihantar ke hospital di mana dia memberitahu pihak berkuasa bahawa Makwena, Manela dan Pakade telah menyerangnya. Mangsa terpaksa menjalani pembedahan untuk menyambung semula alat sulitnya.

Susulan kejadian itu, Makwena dan dua lagi suspek ditahan reman dua minggu sehingga pihak Enough is Enough tampil mengumpul dana bagi mengikat jamin mereka.

IKLAN

“Ketika Chantelle ditemui, hati saya pilu dan terkilan. Anak perempuan saya dah tiada. Sepanjang malam kami mencari dia, rupanya dia terbaring kaku di lantai tandas yang sejuk. Saya masih tidak dapat menerima kenyataan ini,” kata Makwena.

Hakim menangguhkan perbicaraan dan menetapkan Februari depan untuk sebutan semula kes berikutan siasatan masih belum lengkap.

Sumber: The Reporter & Daily Mail

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI