Siapa sangka kanak-kanak berusia enam tahun mampu memberi kejutan buat seisi rumah bila berjaya memesan makanan menerusi atas talian.
Bapa kanak-kanak itu terkejut apabila penghantar makanan muncul di hadapan pagar rumah bagi menghantar pesanan yang telah dibuat menerusi sebuah platform.
Bagaimanapun, reaksi si bapa ketika menerima bungkusan makanan tersebut telah mencuri perhatian ramai kerana tidak menyangka ia adalah dari pesanan anak kecilnya yang baru berusia enam tahun.
Si comel berusia enam tahun itu memesan lapan pek ayam goreng. Memang bijak.
Menerusi video berdurasi seminit 17 saat dimuat naik di TikTok, dilihat penghantar makanan itu menyebut nama ‘Seri Rahayu sambil menghulurkan bungkusan makanan kepada seorang lelaki.
Ads
Selepas bertanya kepada ‘orang rumah’, lelaki berkenaan memberitahu Seri Rahayu yang juga isterinya tidak membuat sebarang pesanan makanan.
“Banyaknya! Siapa order ni? Isteri saya kata dia tak order.
“Betul ke ni alamatnya bang (penghantar makanan)? Cuba abang check. Betul dah ni.
“Tapi saya dan isteri takda order,”ujar lelaki itu.
Ads
Ternyata anak lelaki berusia 6 tahun pasangan itu yang membuat pesanan makanan tanpa memberitahu kepada ibu bapanya.
“Anak yang order la. Kami berdua tak tahu apa-apa. Anak saya yang order senyap-senyap,”jawabnya sambil tersenyum.
Ads
Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi di mana rata-rata warganet turut terhibur dan berkongsi pengalaman masing-masing.
Dalam kehidupan berumah tangga perulah saling melengkapi. Hargai pasangan dan buatkan diri mereka terasa disayangi. Untuk keharmonian rumah tangga, perlu ada kebersamaan antara pasangan.
Seperti yang dikongsikan oleh Muhammad Yusof di dalam penulisannya, resipi bahagia dalam perkahwinan mudah. Kata kuncinya ialah ‘bersama’. Macam mana tu?
Ikuti perkongsian menarik ini, semoga memberi manfaat kepada kita semua.
Saya follow semua media sosial Ustaz Ebit Lew. Begitu juga dengan pasangan Youtuber, Sugu Pavithra. Punyalah sweet mereka ni suami isteri. Masak bersama, makan bersama, rasa masakan sama-sama. Banyak yang kita boleh belajar daripada 2 pasangan romantis ni.
Resepi bahagia dalam perkahwinan ni simple je sebenarnya. Kata kuncinya ialah ‘bersama’. Bukan nafsi-nafsi. Bukan sorang-sorang. Bukan..
Istilah suami isteri ‘bersama’ ni macamana ye? Kalau ikut dia mudah je sebenarnya. Isteri ada dalam hidup suami, suami ada dalam hidup isteri.
Contohnya bila habis solat ataupun time suami nak pergi kerja, isteri salamlah tangan suami, then suami balaslah kiss kat dahi isteri. Bahagia oo suami rasa. Yang isteri akan rasa dihargai. Kan nampak kebersamaan kan, kat situ?
Bila isteri keletang kelentung kat dapur, suami datanglah menyapa tanya isteri buat apa tu walaupun dah tahu mestilah isteri tengah masak(takkan tukar minyak hitam motor kot). Bila suami cuba bantu kupas bawang holland sebijik dua pun isteri dah senyum lebar dah rasanya. Kan, nampak kebersamaan kan kat situ?
Bila isteri dah penat basuh baju, suami tolong lah sidai. Biarlah tebal telinga kena perli dengan jiran sebelah ‘sidai baju ye bang?’, tapi kat dalam rumah berbunga-bunga hati isteri bila suami dia tolong sidai baju. Tapi bab lipat baju tak payah suruh suami, nanti jadi roti kirai pulak jadinya. Nak mudah suami isteri main kutu, beli je mesin lipat baju. Setel masalah.
Time isteri tengah berehat main henset, sekali sekala suami buatlah air kopi dalgona ke, air teh o ke, maggi cup ke, bagi kat isteri. Lepas tu picit la manja sikit. Mesti senyum lebar isteri kalau laki dia buat gini. Yelah, dah tiap masa suami order je teh o aislah, kopi o lah kat bini. Sekali sekala suamilah pulak buat kat bini. Awal-awal memang pelik. ‘Suami aku ni buang tabiat ke apa?’ tapi kan ni kebersamaan yang kita nak cari antara pasangan kita kan? Takkan isteri je hari-hari yang kena bancuh air suami, ye tak?
Masa bercinta bukan main, kalau boleh makan nak satu pinggan, satu cawan kongsi straw. Bila dah kahwin suami geli pulak nak kongsi cawan dengan bini. Patutnya kita cuba throwback amalan-amalan romantik yang kita dah practise masa bercinta tu, kan? Ini tak bila kahwin terus lupa ingatan.
Mula-mula kahwin bila keluar baju mesti sama. Baju, kain tudung mesti matching dengan baju suami. Pantang keluar je pegang tangan bukan main. Dah 5, 6 tahun kawin, suami biar isteri jalan sorang-sorang, dia lepak dalam kereta main henset. Ya, konsep baju matching suami isteri dan pegang tangan ni sepatutnya amalan sepanjang zaman sebab ni antara ‘kebersamaan’ yang paling mudah untuk suami isteri amalkan.
Contoh-contoh mudah inilah yang buat pasangan suami isteri itu bahagia. Tak caya cuba tengok apa yang pasangan Ustaz Ebit dan pasangan Sugu Pavithra ini buat dalam video mereka. Mana yang baik/positif tu kita ambillah sebagai pengajaran hidup, betul tak?
Satu lagi last sebelum habis, dalam sebuah ikatan perkahwinan, suami isteri memang kena berkerjasama.
Diingatkan suami-suami supaya jangan sesekali cuba buat isteri anda stress dan tertekan. Sekali lagi, suami tolong jangan buat isteri anda stress dan tertekan. Tolong ya suami-suami..
Suami please kalau boleh janganlah letakkan semua kerja rumah di atas bahu isteri semata. Cuba buat sama-sama, barulah isteri tak terbeban dan stress sebab dia sorang kena buat semua kerja dalam rumah meanwhile si suami just goyang kaki tengok TV. Mana istilah kebersamaan tu kalau dah semua kerja rumah isteri yang kena buat, kan?
Sebab tu pada semua parent yang ada anak lelaki, ajar mereka biasakan buat kerja rumah dari awal agar takde nanti dalam kepala mereka bila dah besar isteri ni ‘hamba abdi’ yang kena buat semua kerja dalam rumah. Didikan ini sangat penting kerana ia menentukan macamana pola pemikiran anak-anak lelaki 20 tahun akan datang. Ajar juga mereka supaya menghormati kaum wanita.
Ok, buat semua suami, sentiasalah bersama-masa isteri ya? Serius saya cakap ni. Sebenarnya jauh dilubuk hati, isteri anda sangat memerlukan masa bersama anda. Kalau boleh 24 jam dia nak berkepit dengan awak wahai suami. Lepas kahwin isteri hilang dah semua kawan rapat dia sebab isteri sentiasa merasakan yang ‘suami adalah rakan paling rapat dunia akhirat yang mereka ada’.
Bila salah sorang dah takde, kenangan bersama pasangan inilah yang akan jadi kenangan yang paling indah buat suami atau buat isteri. Hadam sampai lumat apa yang cuba saya sampaikan ni wahai suami, wahai isteri!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita gembira menyinari keluarga Diraja Pahang apabila Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri tercinta, Tengku Puan Bendahara Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan selamat menimang cahaya mata perempuan sulung mereka.
Kelahiran puteri kecil itu pastinya menjadi detik yang cukup bermakna buat pasangan diraja berkenaan, sekali gus menambah seri dalam keluarga besar Kesultanan Pahang serta menggembirakan seluruh rakyat yang mengikuti perkembangan Institusi Kesultanan Pahang.
Menerusi kenyataan rasmi Majlis Kesultanan Pahang, bayi perempuan itu selamat diputerakan pada 2 Julai 2026, jam 3.35 petang di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Cucunda diraja berkenaan merupakan puteri kepada Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara dan Yang Hormat Mulia Tengku Puan Bendahara. Puteri kecil itu telah diberikan nama yang cukup indah iaitu Tengku Nadine Amina Zahra.
Sempena perkhabaran penuh syukur itu, seluruh warga Majlis Kesultanan Pahang merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang atas keputeraan cucunda puteri baginda.
Dalam masa sama, warga Majlis Kesultanan Pahang turut menzahirkan rasa syukur serta mendoakan agar Tengku Nadine Amina Zahra sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, keberkatan dan perlindungan daripada Allah SWT.
Doa turut dipanjatkan agar segala urusan Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara dan Yang Hormat Mulia Tengku Puan Bendahara sentiasa dipermudahkan, khususnya dalam menjalankan tanggungjawab baharu sebagai ibu bapa.
Lebih manis, kehadiran Tengku Nadine Amina Zahra juga didoakan agar menjadi penyejuk hati keluarga diraja. Semoga puteri kecil ini membesar sebagai anakanda yang solehah, dikurniakan keimanan yang teguh, kebijaksanaan serta akhlak yang mulia.
Kelahiran ini bukan sahaja membawa kegembiraan buat pasangan diraja berkenaan, malah turut menjadi detik penuh makna buat Institusi Kesultanan Pahang dan seluruh rakyat yang sentiasa mengikuti perkembangan keluarga diraja negeri itu.
Terdahulu, Tengku Muhammad Iskandar selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Tengku Natasya Puteri dalam istiadat perkahwinan diraja yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan pada 24 Oktober 2024.
Perkahwinan diraja tersebut mendapat perhatian ramai kerana berlangsung penuh adat istiadat serta menjadi antara acara bersejarah dalam Institusi Kesultanan Pahang.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itu perumpamaan yang boleh diberikan kepada anak kepada pasangan selebriti terkenal Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana apabila ramai terpegun dengan kecantikannya.
Menerusi perkongsian di instagram Rozita Che Wan sempena majlis ulang tahun perkahwinan yang ke-10, kehadiran Aaisyah dalam majlis tersebut benar-benar mencuri tumpuan ramai kerana dia ibarat seperti seorang puteri.
Pada majlis itu juga, Rozita dan Zain menarik perhatian ramai kerana masih mengekalkan tradisi ‘bersanding semula’ sejak tahun 2019. Namun kali ini majlis persandingan dan majlis malam berinai itu diraikan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang dah menjangkau usia 10 tahun.
Dalam majlis tersebut, Che Ta turut diapit oleh dua anak lelakinya yang memakai pakaian sedondon berwarna merah bersama adik perempuan mereka, Aaisyah. Selain itu, Che Ta yang tampil bergaya seperti pengantin baru lengkap dalam satu persalinan dengan aksesori buatkan ramai yang terpegun walaupun usianya kini dah mencecah 40-an.
Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta membuat perkongsian dengan memuat naik foto Aaisyah di laman IG. Di dalam foto tersebut kelihatan Aaisyah lengkap berbusana merah bersama barangan kemas. Selain pemakaian inai, Aaisyah juga ditatarias oleh jurusolek Kasih Cicie.
Majlis persandingan tersebut dikatakan telah ditaja oleh rakan baik Che Ta telah diadakan di Glam Hall Damansara, Damansara Perdana pada Selasa.
‘Aura ratu terpancar’
Di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut terpesona selepas melihat wajah terkini Aaisyah. Mereka juga turut memberi pujian terhadapa penampilan si kecil itu kerana saling tak tumpah seperti ibunya.
“Lawa sangat dah serupa mummy dia”
“Muka daddy abis nie…aishah, cantik ikut ibu…keep it up ya sayang…”
“Masya Allah… Cantik nya anak dara cek’ta nie macam anak raja zaman dulu dulu”
“Mata bulat dan bundar..ala-ala sri devi sis…”
Kredit: IG rozitachewan1
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Susu ibu sejuk sebenarnya selamat diminum terus oleh bayi tanpa dipanaskan. Ketahui kelebihannya, cara memanaskan susu dengan betul serta panduan penting yang setiap ibu perlu tahu.