Viral kisah Qayyum, anak angkat kepada Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida, apabila ibu kandung Qayyum tampil untuk mengambil kembali anaknya. Setelah berbincang, keluarga Aliff Syukri telah bersetuju untuk kembalikan Qayyum ke pangkuan keluarga kandungnya apabila diminta berbuat demikian.
Berat hati keluarga Aliff Syukri untuk melepaskan Qayyum, tapi apakan daya DS Shahida berpendapat lebih baik Qayyum berada dalam jagaan keluarga kandungnya. DS Shahida telah berkongsi video dimana Baem, anak ketiganya menangis
Baem sedih Yom nak pergi esok!! tak apa Baem nanti mama bagi Baem adik banyak-banyak ya!
Tersentuh hati melihat Baem menangis memikirkan Qayyum yang sudah selamat berada dalam jagaan keluarga kandungnya. Netizen turut bersimpati dengan keadaan Baem. Iyalah, hari-hari bersama Qayyum, bermain bersama dan tiba-tiba Qayyum tiada.
Aduhaii sedihnyanyaa..
Ads
Adik susuan dia kan.. budak-budak memang tak pandai nak tipu perasaan dia
Perkongsian sekeping gambar Arif duduk di atas pangkuan Dr Mahathir yang dikongsi dalam Instagramnya benar-benar membuatkan netizen geram melihat kecomelannya serta peluang yang diperolehi.
Selamat Tok Tun kembali menjadi Perdana Mentri Malaysia. Arif doakan semoga maju jaya! -Arif, siPipiPao
Ramai netizen rasa teruja dan menyatakan perasaan ”cemburu” kerana si comel Arif berpeluang bertemu dengan pemimpin lagenda ini apatah lagi duduk di atas ribanya.
Doa Untuk Arif
Di samping itu ramai peminat si Pipi Pao turut mendoakan agar Arif menurut jejak langkah pemimpin hebat ini satu hari nanti.
Bahkan mereka juga berkata tak mustahil satu hari nanti Arif pula yang jadi seperti Tun M.
Semoga doa yang baik-baik itu dimakbulkan oleh Allah satu hari nanti. Mana tahu Arif pula jadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti kan.
Perdana Menteri Tertua Di Dunia
Dr Mahathir, 92, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh di Istana Negara, Khamis malam.
Beliau adalah perdana menteri tertua di dunia.
Pakatan Harapan, yang dipengerusikan Dr Mahathir, membentuk kerajaan Persekutuan selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei.
Membesar tanpa kasih sayang seorang ibu, namun bayi kembar perempuan ini bertuah kerana dikelilingi oleh ahli keluarga yang cukup menyayangi mereka sepenuh hati.
Walaupun tak berkesempatan untuk menatap wajah ibu, merasai pelukan ibu dan susu ibu, perancangan Allah itu cukup indah.
Setelah hampir 3 bulan pemergian isteri akibat komplikasi melahirkan bayi kembar, perasaan bergelar ayah itu sangat istimewa.
Menurut Syazwan Najmi Zulkarni, melihat kembarnya membesar dengan sihat itu dah cukup mengembirakannya. Ini adalah tanda cinta dan amanah isteri yang ditinggalkan untuk dijaga dengan sebaiknya.
“Saya juga tidak sabar menunggu kembar ini boleh bercakap dan mengucapkan hari bapa kepada saya,” katanya
Kembar iras muka arwah isteri
Syazwan Najmi, 23, berkata, tumbesaran puteri kembar, Medina Safiya dan Medina Sofiya semakin baik malah kedua-duanya sihat dan makin berisi walaupun dilahirkan pra matang pada hujung Mac lalu.
Menurutnya, kedua-duanya juga ada iras arwah isterinya, Siti Nur Nasuha Shafie, 23, yang sudah dua bulan lebih meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
“Pengorbanan arwah isteri menjadikan saya dapat bergelar seorang ayah dan saya tak akan sia-siakan setiap detik manis bersama si kembar kami,” ujarnya lagi.
Sebelum ini kisah pasangan suami isteri ini mendapat perhatian ramai apabila Syazwan memohon orang ramai mendoakan arwah Siti Nur Nasuha kerana bertarung nyawa akibat komplikasi selepas melahirkan bayi kembar mereka sebelum meninggal dunia pada 14 April lalu.
Arwah yang melahirkan bayi kembar perempuan pada 31 Mac tidak sempat menatap kedua cahaya mata sulung kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Ahli keluarga sentiasa mengambil berat
Menurutnya, sejak dibenarkan membuat lawatan, ahli keluarga dan kenalan tidak putus menziarah si kembarnya dan rata-ratanya meluahkan simpati dengan nasib mereka yang membesar tanpa kehadiran ibu dan tak kurang yang ‘mencuba nasib’ ingin menjadikan mereka sebagai anak angkat.
“Buat masa sekarang kedua anak ini dalam jagaan keluarga saya dan mentua secara bergilir kerana rumah kami tidak jauh antara satu sama lain.
“Bagaimanapun mereka lebih kerap berada di rumah mentua kerana saya bekerja bersama mak dan ayah di sebuah kantin hospital di Tumpat namun jika terasa rindu saya boleh pulang menjenguk mereka bila-bila masa,” katanya sambil memberitahu masih meneruskan rutin mingguan dengan menziarah pusara isterinya setiap pagi Jumaat.
Sementara itu, ibu mentuanya, Maharani Abdul Rahman, 43, menyifatkan kehadiran kembar perempuan itu satu anugerah yang tidak ternilai di sebalik kehilangan anak keduanya itu.
Dia yang memiliki lima anak dan semuanya perempuan tidak keberatan menjaga dua cucunya itu kerana boleh melepaskan rasa rindu terhadap arwah Siti Nur Nasuha.
“Pemergian (arwah) Nasuha agak memang mengejutkan tapi kami reda kerana itu adalah asbab kematiannya dan dia meninggalkan dua cahaya mata yang comel ini sebagai amanah untuk kami yang tidak akan disiakan,” katanya.
Besarnya pengorbanan ibu bapa untuk anak. Sama ada diberi rezeki lebih atau hidup dalam sederhana, semuanya nak beri yang terbaik. Begitu juga kasih seorang ayah buat anaknya. Orang kata kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah tiada penghujungnya.
Perkongsian yang cukup menyentuh hati di FB Azri Walter mengenai kisah seorang ayah yang sanggup membawa balik teddy bear yang dijumpai di tempat sampah itu menunjukkan kegigihan ayah memenuhi permintaan anak.
“Dah lama anak nak teddy bear”
Menerusi perbualan lelaki itu, teddy bear yang bersaiz besar itu dah lama anak inginkan. Disebabkan harganya yang mahal dan secara berseloroh dia cakap harganya boleh buat beli lauk, hasrat itu terpaksa dipendamkan.
Kebetulan rezeki terjumpa teddy bear ini yang masih dalam keadaan elok di tempat sampah, apa salahnya ambil dan basuh semula. Ini pun dah buat hati anak gembira.
Pengorbanan ayah tiada nilainya
Di penghujung perkongsian saudara Azri, dia ada menitipkan kata-kata semangat buat seorang lelaki bergelar suami.
Ingatlah setiap tanggungjawab ini, ada ganjaran pahala di sisi Tuhan. Mari kita semua bersama-sama terus melawan kerasnya hidup ini. Kita tidak boleh putus asa kerana di belakang kita ada harapan yang perlu dipenuhi.
Kalau rasa down, tatap sekejap wajah-wajah insan yang Tuhan amanahkan untuk kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.